pahit manis 2011

Assalamualaikummm..^_~

Woot2~~lama gila aku x update blog ni. huhu. Rasa lawak pulak tbe2. haha. Ni sume akak aku punye pasal la ni..sibuk sgt soh aku update..eksaited ari2..follower die mkin ramai tu..aishh, xpaham aku. 

BTW, aku tgah bahagia cuti semester ni..dah abis rupanya semester 1..huhu. tp malangnya cuti panjang aku dah nk abis lah. arghhhh..malasnya nak naik sem baru. SEMESTER 1 dan 2011 telah pun berakhir dgn meninggalkan 1001 kenangan manis dan pahit. Yep, banyak sgt kenangan pahit aku sepanjang 2011 lalu. Firstly, orang yg paling aku sayang dh takde kat dunia ni lagi iaitu ATUK. Dah lebih kurang setahun lebih atuk mghidap stroke. Atuk kne serang stroke before aku msuk matrik and sejak tu aku x pernah dengar suara atuk lagi sampai la atuk meninggal. Sedih sgt..time study week kat matrik dlu pun..aku pernah termimpi gigi aku patah..then, bgun2 je cuak laa coz aku tau itu petanda xbaik. Org2 tua pnah kata kalau mimpi gigi tercabut tu mksudnya org terdekat ngn kita akan meninggal. Huh, yg tka rumate aku boleh plak nk myedapkan hati aku..dia kata "tu mksudnya ko akan jadi doktor gigi kot nadia" HAHA. Then, malam tu..nenek tpon..nenek kata atuk dh mkin tenat. Hui, risau la aku blaja aku x tenang.

THEN, blaja kat matrik pun tamat 20.4.2011..sedih sgt nk berpisah ngn rumate2 tersyg-tka, nad, bella-rumate angkat -ayuni-budak aras-nazira dll-pastu mmber2 rapat yg lain. H4P1 prak aku..sumpah best gile dorg. huhu. Lepas je balik rumah, abah terus bawak aku g hospital tengok atuk. Sedih tgok condition atuk time tu. Badan atuk kurus sgt. Mata atuk pun kuyu je smpai xleh bukak. Warna kulit atuk pun berubah jadi kekuningan camtu. Tapi yg sebak masa tu..paklong kejut atuk, dia kata "bah, nadia dah balik ni..kenal tak?" pastu atuk bukak mata pelan2 dia pun angguk..mksudnya die kenal aku laa. omoo~sedih sgt..aku bergenang air mata sambil salam atuk. Teringat plak dulu2~ atuk selalu marah2 aku..temankan aku tgok tv..hantar aku g skolah time skolah rendah. 3 ari lepas tu, waktu petang..tibe2 pakcik aku call mama..dia kata atuk dah takde. Sumpah time tu dah meleleh gila. Kaklong yg study kat seremban time tu xsempat nak jumpa atuk. Kesian dia. SEMOGA ROH ATUK DICUCURI RAHMAT..AMINNN

Begitulah kisah sedih aku pada tahun 2011..walau bagaimanapun, tak lama lepas tu, aku dpt tawaran melanjutkan pelajaran ke UM..tapi malangnya dapat kos Biomed yg menjadi perdebatan family aku. Dorg xberapa nak berkenan ngn kos tu. Yelah, nak buat camana SEM 2 kat matrik dlu aku main2 so, resultnya xberapa nak rata laa. Dorg sume nakkan aku jd doktor..tp apakan daya..tu je yg dapat. Alhamdulillah~mama ngn abah n family sume pun faham. Dorg gembira je. Namun, ade sesetengah sedara mara ktorg ni yg mgutuk aku sebab dapat kos ni. Okayy, sedih sgt. Aku down sebab benda ni. Hari2 aku pk future aku smpai demam2. JAHAT KAN DIORG? takpelah aku dh maafkan. 

BILA DAH MASUK UM..aku ingt nk tukar kos medic tapi lepas pk panjang aku decide nk stay je untuk kos biomed ni. Mungkin ade hikmah disebalik sume ni kan? ALLAH TAHU APA YANG TERBAIK UNTUK HAMBA-NYA. aku berpegang dengan kata2 tu, alhamdulillah~setakat ni aku boleh bawa lagi kos ni bersama kawan2 biomed aku. hehe. Sejak aku msuk um ni, aku rse aku semakin rajin lah. maybe environment dia kot. Sume org pun study je ari2. so aku pun studylah. Tambah2 pulak sume COURSEMATE pandai2 belaka. huh, itu mmg cabaran aku ! 

Actually, byk lagi benda2 pahit yg jadi tahun lepas..tapi tak pelah. Tak payah la nk cerita panjang lebar. Aku akan lupakan sume kenangan pahit tu and mulakan hidup yg baru pada tahun 2012 ni dengan harapan tahun ini lebih baik dan bermakna serta aku mampu menjadi insan yg lebih tabah, beriman, kuat dan berani pada tahun ini. AMINN. Oh, tadi result final sem 1 dh kuar. alhamdulillah~walaupun tak sehebat mereka2 yg lain. Aku bersyukur dengan result tu, sebab itu usaha aku! hehe..dgn dugaan demam masa exam FISIO aritu. huuuu~alhamdulillah ya Allah~

HMM. rsenya dh panjang lebar aku taip ni. haha. pnat pulak. K la sampai di sini saja entry untuk arini. Kalau aku rajin nt aku update lagi ye. hehehe. akhir kataaa..
bubye :) SALAM MAULIDURRASUL utk semua !





4 februari 2012~ happy birthday mohamad shafiq azriq~adik aku! hopefully, ko jadi makin rajin study jgn asik main gitar je!! buat yg terbaek utk spm tahun ni. jyeahh, gud luck bro!

Comments

  1. selamat mnyambut maulidur rasul nad...sedey la plak bile bce post ko tuh...hmpir menitis air mte nih....moge atuk kiter d cucuri rahmatkpd rohnyer yer....

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh. thanks bce entry aku yg panjang berjela ni. len kali ko buat la entry pjg2 plak. boleh aku bce puas2. haha. semoga roh atuk dicucuri rahmat. aminnnnn <3

      Delete
    2. insyallah...tgok la cmne...kalo adew mse pnjg la entry uh...heheh..

      Delete
  2. Adess, tersedak tetiba dadaku ini. knapa yer ? Haha. Okey, Ni LAH diri kau yg sebenar. Mmg hebat. KiIKI. rajin-2 lah update lepas ni. suka baca entry awak. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. baikkkkkk ! buek takyah nk eksaited sgt la ngn blog nih! haha

      Delete
  3. Bersabarlah...

    kadang-kadang mulut orang ni kita tak leh nak tutup..kadang-kadang terfikir jugak, ni hidup siapa, tapi kenapa diorang plak nak sibuk-sibuk kan? family kite pun ok je..

    tunjukkan kat mereka awk leh berjaya walaupun amik kos lain!

    Good luck!

    ReplyDelete
  4. thanks yana :) inshaAllah sy akan buat yg terbaik. hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda disini. thanks. :)

Popular posts from this blog

Matrikulasi VS Asasi

Rupa VS Personaliti

COMMON SENSE