Jodoh VS Mati
Assalamualaikum dan salam ramadhan... Seringkali kita dengar orang berbicara soal jodoh lagi banyak berbanding mati. Sikit-sikit cakap pasal kahwin, jodoh, suka orang ini, suka orang itu, crush ke mamat ni, crush ke minah tu. Kalau bersembang topik jodoh, kencang betul, tapi bila berbicara tentang mati..krik krik krik. Itulah manusia yg sukakan perkara indah-indah, kahwin sapa tanak kan? kalau cakap pasal mati. diam seribu bahasa. takut. itulah manusia termasuklah orang yg sedang menaip ni pun. huhuhu. 23 tahun. Ramai kawan-kawan aku yg telah mendirikan rumahtangga. Bukan setakat dirikan rumahtangga je. Ramai jugak yg dah ada anak. Tidak ketinggalan mereka-mereka yg dah bertunang. Asal scroll fb je frust . Ada satu masa tu musim kahwin. Maigod penuh newsfeed gambar kawan kahwin. Kita hanya mampu like jelah. HAHA. Tahniah kepada kawan-kawan yg cepat bertemu jodoh. Aku? Jodoh tengah on the way ,...