Posts

Mid Sem Breakkk

Assalamualaikum semua :)                 Macam buang tebiat pulak tetiba rasa nak update blog arini. HAHA. Utk pengetahuan semua, aku tgh cuti midsem ni. Hee tu yg bahagia semacam tu. Ohh nampak tak blog ni dah lain sikit? Ni sume gara-gara gambar yg hilang kat blog ni laa. Rasa macam ada org sabotaj aku je. Beriyaa aku buat header baru ni tau sebab sedap sikit mata memandang. Kalau tak, rasa kelam je blog ni. Dah la lama bersarang. Kahkah. Takpe harini aku bersemangat nak update blog! walaupun assignments bertimbun tak buat lagi tuuu. Huhu             Sejak dah masuk 3rd year ni kannnn....aku rasa macam dah tua laa. Dah dewasa. Chewahh. Tapi 3rd year ni jugaklah yg banyak buat otak aku berserabut dgn benda2 yg mengarut. HAIHHHH. Apa yg boleh aku cakap, aku rasa hidup aku dah berubah. Persekitaran dah lain, kolej dah lain, roommate pun lain. Cara belajar pun dah lain. Banyaklah benda dah berubah. Ada benda ...

Iklan Raya Maxis 2013 yang Terbaik!

Image
Assalamualaikum dan selamat berpuasa. Hari ni jumaat terakhir utk ramadhan kali ni. Semoga Allah panjangkan umur kita semua utk bertemu ramadhan yg akan datang. Aamin. Nak citer ni...tadi aku tertengok satu iklan raya kat fb. Iklan raya maxis utk tahun 2013. Iklan tu nampak simple..tak sampai 2 minit pun tapi mesej yg nak disampaikan tu sangat mendalam bagi aku. Nahh cuba korg tgok dulu.. BEST !! So apa pendapat korg? Hensem kan budak tu? HAHAHA. Okay aku bukan nak cakap pasal kehenseman budak tu laa. " sometimes, the best way to connect is to switch off " quote ni best kan? kena sangat dengan zaman moden ni. Lagi-lagi kat rumah nenek. Bersepah-sepah lappy. Dah macam bukak Cybercafe je. Sume mengadap lappy , phone baik yg tua, muda, budak-budak kecik. TV pun kadang-kadang tak bukak. Sebabnya? Dah ada wifi. Nampak tak permainannya kat situ. Ada satu kisah ni..aku dengar kat radio. Citernya cenggini..ada sorang mamat ni..dia makan kat mamak dgn famili kawan di...

Byebye Second Year

Image
Assalamualaikum dan selamat malam :) Dah lama gila tak update blog ni sampai tatau nak tulis camana. HAHA. Tapi nak bagitau jugakk. aku dah habis 2nd year. yahoooooooo!! sekarang ni tengah cuti semester, tu yg rajin nak bukak blog ni. Kalau tidak...harammmm. haha. Oh, sebelum terlupa selamat berpuasa kepada semua. Lagi berapa hari je nak raya. cepat pulak rasanya. Tapi tahun ni paling tak best. Kaklong takde. Dia praktikal kat KLCC pastu raya nanti tak balik. Raya ke-5 baru balik. Hmmm. Sumpah tak seronok gila raya tahun ni. :'( tak semangat la nak raya. Back to the tittle, aku baru je tamat 2nd year. Alhamdulillah masih mampu bernafas lagi. hahaha. Tapi serius cakap...second year ni susah gila broooo. Stress memanjang, memang banyak tekanan laaa. Muka aku yg baik2 licin ni tetiba sedap pulak jerawat landing. Start 2nd year nilah pandai pulak jerawat tumbuh. Nampak tak memang stress betul aku. Walau bagaimanapun, berkat usaha, doa serta tawakal..alhamdulillah result pun okay la...

Last Choice

Image
orang2 : kau dapat pilihan ke berapa wehh tawaran utk masuk UM ni? aku : errrrr..last choice. HAHA Pelbagai reaksi aku terima waktu aku bagitau aku dapat pilihan ke berapa. Ada yg cool, relax cakap OHH. Ada yg kata aku tipu. Ada yg siap gelakkan aku. Panas betul waa! Mesti korang xpernah terbayang pun kan ada org dapat last choice utk UPU. Aku pun tergelak sendiri gak masa dapat tau. Camne aku boleh dapat last choice sehh..sampai hati diorg xnak tgok pilihan aku yg kat atas2 tu. Actually dalam byk-byk pilihan aku..yg last tu lah paling aku tak mau sebenarnya. Tu pun aku pakai letak je. Ijazah Sarjana Muda Sains Bioperubatan - Universiti Malaya . Aku tanya sume org kat rumah ni. Aku tanya mama. Mama kata okay . Walhal aku dah tak tahu nak letak apa lagi kat pilihan tu. Dan tu lah satu- satunya pilihan yg aku letak UM. Semua orang berebut nak masuk UM tapi aku sebaliknya. HAHA. Mesti korg pelik. Aku pun tak tahu kenapa tapi aku lebih suka UKM :) Akhir kata, walaupun aku dap...

zaman kanak-kanak aku!

Image
sedapppp..time kecik2 dulu nak pilih warna pun berebut2 padahal rasa dia sama je kan? lol DULU kalau jumpa benda ni kat dalam tin biskut, jakun gila kot. haha.  kecik2 dulu selalu main benda ni ngan kaklong. HAHA sedap an jajan2 ni? : :Adakah semasa kecil dulu anda pernah buat perkara perkara berikut?                                       ni time aku kecik2 dulu..bangun2 je dah ada kat atas katil. heaven gila 1. Buka kipas meja , cakap dengan kipas sebab nak dengar suara bertukar. 2. Naik kereta dan tengok bulan. Ingat bulan tu ikut kita. 3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari "handle", rasa hebat. 4. Masa sekolah, ade orang bagi milo percuma, lepas ambil sekali menyamar jadi orang lain, ambil milo lagi sekali. 5. Masa sekolah, ade orang dtg jual vitagen/susu/buku/barang, bawak balik list, mintak duit nak beli kat mak bapak. 6. Lukis burung guna huruf M atau V 7...

Hidup seorang kidal

Image
Assalamualaikum semua^^ sihat tak korang hari ni? hehe. Tangan aku tiba2 je rasa gatal nak taip entry. HAHA. Sapa kat sini kidal sila angkat tangann. Okay aku tak nampak pun. Tapi yg penting kita gengg!! Left-handed ni rare species tau. Susah gila nak jumpa..sebab aku eksaited gila kalau tau kawan aku kidal gak. Mungkin korang yg guna tangan kanan ni tatau susah senang org kidal kan? mehh aku bagitauu. Fakta seorang kidal : Menurut Scientific American, 15% penduduk dunia merupakan seorang kidal. Lelaki 2 kali ganda berbanding perempuan. No wonder lah jarang jumpa perempuan kidal. Seriously , dalam ramai2 kawan aku takde seorang pun perempuan kidal wehh..kalau ada pun chinese je. Sedihh :( Orang kidal ni lebih genius . eheemm. Aminnn..bukan aku yg cakap okay. ni fakta! haha Kalau mak bapak kidal, 50% kemungkinan anak mereka juga kidal. Kalau mak bapak right-handed, 2% je anak mereka mungkin kidal. Aku lah makhluk bertuah tuu..mama abah dua2 guna tangan kanan..enta...

perbezaan orang kapel dengan orang single

Image
Orang kapel - tak boleh berjauhan dengan handphone. Kalau boleh 24 jam pegang hp tu. Makan dengan hp, tido sebelah hp..kalau boleh tengah melepas pun pegang hp gak. Orang single - handphone letak sepah-sepah..atas peti sejuk, bawah katil dll. Handphone mati 2 hari pun buat dek je.  Orang kapel - handphone sentiasa ada kredit.  Orang single -handphone dah 10 bulan tak topup..tunggu expired date baru nak topup agaknya. HAHA Orang kapel- suka menyendiri sorang2..dok berangan-angan atas katil..banyak menghabiskan masa dengan tepon sendiri berbanding keluarga. Orang single -suka menghuha-huha..berborak2 dengan keluarga..tgok tv..main2 ngan adik Orang kapel - suka berjiwang tak tentu pasal kat Facebook, twitter dan orang malas nak layan. Orang single -sesekali nak jugak jiwang2 kan? tup tap tup tap..ramai pulak yg dok heran. Lu ingat lu sorg je ke pandai jiwang? :P Orang kapel - cenderung menjadi stalker yg sangat hebat di Fb, twitter dll. Stalk si bf/gf kot2...