Tuesday, 3 March 2015

Aku nak apa sebenarnya?

Assalamualaikum and hai :)

                 Masuk semester baru, soalan pertama lecturer bagi adalah..."WHAT DO YOU THINK YOU WILL BE DOING 10 YEARS FROM NOW?" Dangggggg...pikir punya pikir baru gua tahu. Gua takde impian. Tak plan masa depan langsung. Jadi bila tiba turn aku..dengan yakinnya aku jawab "I am planning to be a writer..write books to inspire people. Married with 3 children." KAHKAH. Bila ditanya soal sambung belajar, yakin lagi aku menjawab, "I am not sure." Padahal dalam hati, aku tanak sambung! Sembang kencang kau nadia. Konon nak jadi penulis. Konon dah kahwin,siap ada 3 anak. Sekarang ni bayang-bayang calon pun tak nampak lagi. Hahaha. 

                  Okay, kali ni serius sikit. Tak payah pegi jauh-jauh laa sampai 10 tahun ke depan. Lepas grad ni apa aku nak buat? Honestly, aku taktau. Yang aku tahu mama dengan abah suruh aku keje. Aku pun memang takde niat nak sambung master sebab dah penat belajar. Aku nak cari duit pulak nak bagi mama dengan abah, asik diorang je keluar duit untuk aku. Perasaan bila dapat bagi parents kau duit tu bahagianya tak terhingga. Sebab aku pernah keje lepas abes SPM dulu, so aku paham perasaan tu. Walaupun duit aku bagi time tu takde laa banyak mana, tapi dapat buat mama abah tersenyum. Lagi-lagi bila aku boleh belanja family aku makan kat luar. Happynya rasa. Duit hasil kerja keras kita sendiri. :) 

              Yang menjadi persoalannya di sini..aku nak kerja apa? Soalan ni yang mama ajukan kat aku petang tadi. Terus rasa risau. Aku taktau nak keje apa. Serius. Hmmm. Kalau ikut skop kerja kos aku, sepatutnya aku kerja dalam lab laa, sama ada jadi science officer, research assistant ke. Tapi masalah utamanya, aku taksuka kerja dalam lab. Salah satu sebabnya, tak jumpa orang. Aku takboleh, aku rasa sepi, aku kena bercakap, aku kena interact dengan dunia luar, aku tanak jumpa orang yang sama je hari-hari. Abes tuuu kau nak kerja apa rosnadia? 

            Dulu masa dapat tahu aku dapat kos biomed ni, 3 hari aku demam sebab fikir masa depan. Over gila. Tapi masanya telah tiba. Kali ni memang kena pikir. Selama ni aku hidup ikut flow je. Aku buat semua yang family aku nak. Aku suka akaun tapi mama tak bagi jadi akauntan, dia suruh aku amek bidang sains. Persepsi mak bapak tak pernah berubah, bila anak pandai je, mesti kena amek aliran sains, kena jadi doktor. Aku takpaham kenapa tapi aku ikutkan jugak. Ntah, banyak sebenarnya benda yang aku dapat bukan something yang aku suka. Contohnya, dulu aku paling tanak sekolah kat tun habab, tapi bila pergi PPD nak tolak tawaran tu, nak tukar sekolah kat taman aku je, tetiba ada drama pulak. Pakcik tu kata gini, "haa cuba awak tengok tu, mak budak tu sampai merayu-rayu nak anak dia masuk sekolah ni, awak boleh pulak tolak tawaran." 5 minit lepas tu, mama terus tukar fikiran, suruh aku sekolah kat tun habab. kah!

           Lagi dramatik, waktu permohonan matrik, aku langsung tak letak KMNS sebab aku tanak. Aku tau matrik tu selalu takde air. Tapi bila result permohonan matrik keluar, aku dapat KMNS! kah lagiiii. Kemudian bila mohon UPU, aku langsung tak mohon UM sebab aku tak suka. Tapi demi menyedapkan hati mama, aku pilih laa satu, tu pun aku letak kat pilihan terakhir. kah aku dapat jugak! XD Misteri sebenarnya hidup kita ni. Cantik betul Allah atur. Kadang-kadang benda yang kau benci/tak suka tu memang terbaik untuk kau, dan tak semestinya benda yg kau suka tu bagus untuk kau. Dan sampai sekarang aku berpegang teguh pada restu mak bapak aku. Redha diorg penting. Semua perkara yang jadi ni memang ada hikmah. Memang kita tak nampak sekarang effect dia, tapi nanti bila dah lama-lama baru kita sedar. 

          So aku tak boleh jawab lagi soalan-soalan tadi..insyaAllah satu hari nanti, bila tiba masanya. Aku ada jawapan untuk semua tu. Aku tahu apa aku nak buat. Aku ada impian. Mungkin plan-plan sembang kencang tadi pun boleh berubah jadi lain. Kita hanya mampu merancang je, tapi Allah yang menentukan segalanya. Okay byeeee~


p/s:  Dah boleh start cari-cari calon kot! hahahhaa XD