Tuesday, 5 November 2013

Mid Sem Breakkk

Assalamualaikum semua :)


                Macam buang tebiat pulak tetiba rasa nak update blog arini. HAHA. Utk pengetahuan semua, aku tgh cuti midsem ni. Hee tu yg bahagia semacam tu. Ohh nampak tak blog ni dah lain sikit? Ni sume gara-gara gambar yg hilang kat blog ni laa. Rasa macam ada org sabotaj aku je. Beriyaa aku buat header baru ni tau sebab sedap sikit mata memandang. Kalau tak, rasa kelam je blog ni. Dah la lama bersarang. Kahkah. Takpe harini aku bersemangat nak update blog! walaupun assignments bertimbun tak buat lagi tuuu. Huhu

            Sejak dah masuk 3rd year ni kannnn....aku rasa macam dah tua laa. Dah dewasa. Chewahh. Tapi 3rd year ni jugaklah yg banyak buat otak aku berserabut dgn benda2 yg mengarut. HAIHHHH. Apa yg boleh aku cakap, aku rasa hidup aku dah berubah. Persekitaran dah lain, kolej dah lain, roommate pun lain. Cara belajar pun dah lain. Banyaklah benda dah berubah. Ada benda yg aku suka dan ada jugak benda yg aku taksuka. Tapi nak buat camne, nak ke tak nak ke, suka ke tak ke, aku kena try adapt jugak benda baru ni. hmmm. 

             Sekarang ni...aku rasa dah tak best macam dulu..terutamanya bila hak bersuara aku telah dirampas, rahsia aku terbongkar. Rasa dah tak bebas nak menyuarakan pendapat. Hmmm..sebab apa? Takut org judge? Takut org bash? YESSS! 

"The unhappiest people in this world are the people who care about what everyone else thinks about them."

Patutlah aku selalu tak happy. Asik pikir pasal org je. Hmmm..bukan apa, aku takut bila aku bersuara kang ramai pulak yg sentap. Mungkin dgn cara penulisan lebih baik. haha. Yasmin pernah kata "ngah, mulut kau ni mmg xreti jaga laa. Mesti ramai org sakit hati dgn kau". Aku tau mulut aku memang lancang. Tapi tuu kat rumah je. Aku sebenarnya jenis suka berterus terang. Tapi aku tau ramai org akan sakit hati kalau aku jujur. Suka sgt jaga hati org, tapi hati aku takde org pun reti nak jaga. Aku tau aku lemah, sampai ramai org suka main2kan aku, buli aku dan pijak2 aku. sighhh =,=. Aku selalu tertanya-tanya, kenapa kalau org gemuk org tak berani nak kutuk? tapi kalau org kurus berani pulak kau kutuk? FYI, aku pun ada hati dan perasaan jugak macam korg. Apa perasaan korg bila org panggil korg papan, tulang, lidi, pembaris, ikan kering laa? ohh memang korg takde perasaan sbb korg tak kurus kering macam aku. And it hurts!! :'( Aku tak minta pun dilahirkan kurus sgt mcm ni. Nak buat macamana dah genetic mcm tu. Org gemuk pun tak minta dilahirkan gemuk. Mohon mengerti. Terima kasih.


Jadah pulak aku fefeling petang2 ni. OH come on nadia. Don't be sad. Somebody loves you! LOL
Sudahlaaa kisah sedih tu, malas nak tacing2 ni. Oh lagi satu...aku rasa privacy hidup aku telah diceroboh. Sighhh lagi =,= mungkin tak lama lagi. Blog ni pun bakal ada org yg tau. HEWHEW. Lastly, minta maaf segala salah silap, terkasar bahasa. Salam maal hijrah! :) Sama-samalah kita berhijrah menjadi org yg lebih baik lagi. Inshaallah. bye2 ~


#SALAM MAAL HIJRAH 1435H


Friday, 2 August 2013

Iklan Raya Maxis 2013 yang Terbaik!

Assalamualaikum dan selamat berpuasa.

Hari ni jumaat terakhir utk ramadhan kali ni. Semoga Allah panjangkan umur kita semua utk bertemu ramadhan yg akan datang. Aamin. Nak citer ni...tadi aku tertengok satu iklan raya kat fb. Iklan raya maxis utk tahun 2013. Iklan tu nampak simple..tak sampai 2 minit pun tapi mesej yg nak disampaikan tu sangat mendalam bagi aku. Nahh cuba korg tgok dulu..BEST!!


So apa pendapat korg? Hensem kan budak tu? HAHAHA. Okay aku bukan nak cakap pasal kehenseman budak tu laa.

"sometimes, the best way to connect is to switch off "

quote ni best kan? kena sangat dengan zaman moden ni. Lagi-lagi kat rumah nenek. Bersepah-sepah lappy. Dah macam bukak Cybercafe je. Sume mengadap lappy, phone baik yg tua, muda, budak-budak kecik. TV pun kadang-kadang tak bukak. Sebabnya? Dah ada wifi. Nampak tak permainannya kat situ.

Ada satu kisah ni..aku dengar kat radio. Citernya cenggini..ada sorang mamat ni..dia makan kat mamak dgn famili kawan dia. Pastu dia cerita..sepanjang kat situ..takde satu suara pun keluar. Sume sibuk main phone je. Bayangkanlah satu keluarga tapi semua tak bercakap. pftttttttt. Ni yg dinamakan disconnected! Ohmaiii. Kemudian mamat tu cerita lagi...ada satu je perkataan yg keluar sepanjang makan tu. "ANE...KIRA!! " HAHAHAHAHA. Nampak tak macam tu sekali. Teruk sgt dah ni.

Tapi alhamdulillah syukur, famili kitorg tak camtu lagi. Sebabnya sume mulut bising. Pantang dapat peluang bercakap. HAHA. Wifi ada ke takde ke..kitorg tetap communicate. Kadang-kadang aku marah jugak kat adik aku yasmin tu bila dia 24 jam main fb je. Nak makan pun sibuk berfb. So nak cakap ni..adakalanya kita patut tutup wifi, sebab nak rapatkan silaturrahim.

Konklusinya, sayangilah keluarga anda selagi mereka masih ada. Jangan menyesal pulak bila dorg dah takde nanti. Luangkanlah masa korg dgn famili. Wifi kat mana-mana pun bole cari,tapi memori susah nak cari...sebab memori tercipta sendiri.

Itu saja utk entry kali ni. Byeeeeee :)

Saturday, 27 July 2013

Byebye Second Year

Assalamualaikum dan selamat malam :)

Dah lama gila tak update blog ni sampai tatau nak tulis camana. HAHA. Tapi nak bagitau jugakk. aku dah habis 2nd year. yahoooooooo!! sekarang ni tengah cuti semester, tu yg rajin nak bukak blog ni. Kalau tidak...harammmm. haha. Oh, sebelum terlupa selamat berpuasa kepada semua. Lagi berapa hari je nak raya. cepat pulak rasanya. Tapi tahun ni paling tak best. Kaklong takde. Dia praktikal kat KLCC pastu raya nanti tak balik. Raya ke-5 baru balik. Hmmm. Sumpah tak seronok gila raya tahun ni. :'( tak semangat la nak raya.

Back to the tittle, aku baru je tamat 2nd year. Alhamdulillah masih mampu bernafas lagi. hahaha. Tapi serius cakap...second year ni susah gila broooo. Stress memanjang, memang banyak tekanan laaa. Muka aku yg baik2 licin ni tetiba sedap pulak jerawat landing. Start 2nd year nilah pandai pulak jerawat tumbuh. Nampak tak memang stress betul aku. Walau bagaimanapun, berkat usaha, doa serta tawakal..alhamdulillah result pun okay la. Tapi result aku dah jatuh sebenarnya. haha. Tulah malas nak belajar. Padan muka aku. Tapi mama kata okaylah tu. Mama okay, aku okay je. Muahhaha. Takpe next sem aku belajar betul2 ye. ngehehe :D


rilek brader, brader rilek.
sementara nak tunggu 3rd year, kita rileks dulu. eheheheheheheehehe

Okay. nanti aku update lagi kalau rajin. hehe. byeeeeeeeee ~