Thursday, 9 April 2015

Aku Rindu

RINDU.

Bunyi simple tapi benda paling susah nak ungkapkan. 
Pernah tak kau rasa rindu dengan orang yg hari-hari kau jumpa?
Itulah yg aku rasa hari-hari. Bila aku masuk kelas. Bila aku nampak dia. 
Dah ada depan mata, nak rindu jadahnya?

Aku rindu..
Nak borak dengan kau macam dulu.
Nak ada conversation deep-deep macam dulu.
Nak cakap je apa yang aku rasa tanpa pikir. 
Serius rindu. 

Aku rindu..
Nak dengar segala kisah-kisah kau. 
Pasal anak sedara kau. 
Pasal kawan-kawan kau.
Pasal semua tentang kau. 
Sekarang aku rasa macam taktau langsung pasal kau. 

Walaupun aku kata aku dah move on, tapi hakikatnya belum. 
Aku punya takleh move on dengan kau ni kalah org putus cinta.
Nampak macam aku dah tak kesah, tapi hakikatnya aku kesah. 
Aku perasan raut wajah kau sedih je sejak akhir-akhir ni.
Kau ada masalah ke? :( 

Aku ni manusia yg paling susah nak luahkan perasaan.
Arghh, takkan tetiba nak ckp aku rindu kau? Padahal hampir setiap hari kita jumpa.
Kan ke pelik bunyinya tu. Cukuplah perati kau dari jauh je.
Aku nak kau tahu aku ambil berat lagi pasal kau. 
Aku tanak kau sedih. 
Moga bahagia selalu sahabat. 

Benda setahun lepas takkan sama lagi dah. Tapi perasaan aku tetap sama. 
AKU RINDU KAU WEH. 


Puisi tengah malam yg sepi (puisi lah sangat!),
RR