Thursday, 27 August 2015

Trip to Sabah! (Day 3)

DAY 3 (8th August 2015)

Lepas 2 hari berada di KK. Akhirnya, hari ketiga tak hujan! Cuaca cerah alhamdulillah. So kami boleh pergi pulau arini. :D Kitorg gerak dalam pukul 10 lebih camtu sampai ke Jesselton Point. Sebenarnya kitorang boleh pilih nak pegi satu atau 2 pulau. Tapi kitorang masing-masing decide nak pergi satu je pulau iaitu Pulau Sapi sebab katanya kat situ snorkeling best. 

                           

Abi tengah uruskan tiket kitorg untuk ke Pulau Sapi.  Nama boat yg bakal kitorg naiki tu Island Hop Express.  

sekitar jetty. cantik kan? kat jetty je dah lawa. pe citer ni. hahaa

antara boat-boat yang ada kat situ.

                            

Dari jetty ke pulau sapi tu, amek masa dalam 15 hingga 20 minit camtu. Waktu naik boat tu rasa pening-pening (sebab aku mabuk laut kot) tapi lepas dia bawak laju-laju. Angin kuat, dah tak rasa pening, rasa seronok pulak. Yang kelakonya, kitorang naik sekali dengan satu chinese family ni..anak diorang yg paling kecik tu comel gila! Botak bulatttt! eeee geram. hahaha. Pastu suara dia aje menjerit waktu boat jalan. Tak lama pastu, dia tukar seat dengan mak dia, which is sebelah miralim. Lagi epik, berlawan-lawan suara depa dua menjerit tiap kali pakcik tu bawak lajuuu dengan ombak kuat lagi. XD 
omey kan? mihihihi

akhirnyaaaaa kami pun sampai ke Sapi Island! Tadaaaaaa


cantikkk kan? jernih je air diaaa. 

gua terpaksa jadi anti-sosial kejap sebab nak amek gmbo ni. kat belah sini sunyi sikit. belah sana tak sesuai utk paparan umum. ramai makhluk yg berbikini dan topless. astaghfirullah!  XD 

mehehe. ni lepas kitorang snorkeling. fatin tengah berehat kat pondok sebab dia pening dan nak muntah. first time snorkeling sebenarnyaaa, mekasih fatin tolong ajar kita walaupun kita takut lemas. hahaa.

selepas penat snorkeling, posing sana-sini, usha-usha orang. eh. kitorang pergi cari makanan. kebulur gila dengan tak sarapannya. so tengahari tu, makan kongsi dengan nurul sebab mahal gilaaaaa makanan dia. sebab kat pulau kan. pulak tu ramai tourist dari luar negara. lagi lah mahal! 

nasi dengan sambal udang.


Dua-dua makanan ni je dah RM20! Pergh bankrupt. hahaha. So lepas ni kalau nak pergi pulau ke laut ke. Tolong lah bawak bekal makanan sendiri ye. Tengah sedap-sedap makan tetiba ada biawak beso dekat je dengan kitorg. Terjerit-jerit la kat situ memasing. hahaha. Sebab ramai orang kerumun dekat biawak tu, so biawak tu pun pegi jauh sikit dari kitorang. Foreigners jakun gilaa! masing-masing amek gmbo. Kat negara depa takde biawak agaknya? XD

Bila perut dah kenyang, hati pun senang. HAHA! Diorang sambung snorkeling. Aku? Mereput kat tepian pantai. Dok usha-usha orang. Berangan sat. Menikmati keindahan alam. Tunggu jugaklah kot-kot ada jejaka kacak nak tego macam dalam filem. Apakan daya..yang ada hanyalah bapak orang. XD So aku main-main air jelah kat tepi-tepi tu. Sampailah pukul 3 petang. Kami siap-siap tukar baju semua sebab pukul 4 petang boat sampai. 

Pukul 3.45 petang lagi kitorg dah tunggu kat jetty. EH tunggu punya tunggu..dah pukul 4. Banyak boat sampai tapi semuanya bukan Island Hop Express tapi Island Express. Ceh awat letak nama dekat-dekat. Rasa tertipu betul! K takpe kejap lagi sampai la kot. Dan akhirnyaaaaa...jam menunjukkan pukul 5.30 petang dan boat tak sampai lagiiii. Daripada orang ramai gila kat situ. Tinggal berapa ketul je. Konon-konon abi kata nak bawak kitorg tengok sunset petang tu. Ceh jadi tengok sunset kat pulau pulakkk. Hmmm. Tetiba cuaca mendung pulak. Angin kuat gila. Ombak jangan cakaplah. Masing-masing dah redho gila kalau kena tido kat pulau malam tu. hahah. 

Finally..before pukul 6, boat sampai! Thank god. Syukur gilaa rasa. Tapi bila dah naik boat, hujan lebat gila, ombak kuatttttt sangat-sangat. Serius takut. Dah la aku duduk depan dengan fatin, bila boat tu jalan laju, sebab ombak kuat, dia terhentak kuat, dan air pun masuk dalam boat. lebih tepatnyaaa air laut tu sedap lempang-lempang aku. Perghh serupa mandi lagi. hahaha. Basah kuyup! Rasa macam dalam movie! Bila ombak kuat gila, dengan jeritan miralim lagi..satu je aku pikir. cemana laa kalau boat ni terbalik. Fuh. Dah la tak reti berenang. Mati. Tapi syukur alhamdulillah, akhirnya kami sampai ke jetty dengan selamat. :) Abi jemput kitorang balik. Dia pun dah cuak sebab lambat gila kitorg balik. Abi kata, kalau exora ni boleh menyelam dah lama abi selamatkan korang. puih! 

-TO BE CONTINUED-

Trip to Sabah! (Day 2)

DAY 2 (7th AUGUST 2015)

Perkara yg buat aku jatuh cinta dengan sabah ialah waktu solat dia. bestttttt! Azan subuh pukul 4.51 pagi kot. Wow sangat. Lepas tido nyenyak malam tu, aku bangun pukul 3.45 pagi. Kagum lagi dengan diri sendiri! XD Alhamdulillah badan dah kembali normal. Dah tak sakit dah. Dah sihat terus kebulur pagi tu dan banyak cakap macam selalu. Hahaha. Dalam pukul 6 pagi macam tu hari dah cerah macam pukul 7 kat semenanjung.

Hari kedua..cuaca hujan lagi kat sabah. Pagi tu kami pegi ke Masjid Terapung Sabah. Cantik sangat! Subhanallah. Kitorang sampai je, nampak ramai budak-budak pakai serban tengah cuci, kemas masjid. Alhamdulillah sejuk je mata memandang. Nanti nak suruh anak aku jadi gitu lah. Eh.




Budak-budak ni pulak baru balik dari sekolah agama katanya. Hahaa. Comel gilaa. Kalau sekolah agama aku dulu sampin kaler hijau ni utk ketua darjah je. Haih rindu pulak zaman sekolah.


Pastuuuu...kami ke bengkel kereta sebab tayar bocor! Hahahaha. Macam-macam hal. Takpe kami redho selalu #sabahredhotravel. 


Next...aquaria UMS..





Kemudian, kitorang pergi lunch dulu kat 1borneo hypermall..
jumpa kucing gebuuuu ni! eeee geram tgk. 

takoyaki kat sini sedap gilaaa abi kata. tp serious aa memang sedap! 
diorang punya pekerja pun memang power! laju gila dia buat takoyaki tu. perghh

haa ni yayasan sabah

kat sini boleh jumpa macam-macam jenis coklat, kopi ke, apa-apalah. kau nak beli ole-ole utk family haaa kat sini pun ada.

Last sekali, kami dibawa ke Monsopiad Cultural Village! okay yang ni aku eksaited,.sebab pernah belajar dalam subjek cultural tourism masa dgn Dr Hanafi masa 4th year sem 1 dulu. Gigih tauuu hafal segala benda pasal cultural village ni dulu. Nasib baik keluar exam. HAHA. 



inilah Abi yang aku sebut-sebut tadi. 

Malam tu kami dinner lambat sikit, sebab abi ada emergency, sebab anak dia terjatuh dan cedera. Jadi inilah menu makan malamnyaaaa. 
Ni namanya sayap madu. Sedap gila! Satu cucuk rm1.70 camtu kalau tak silap. 

Okay ini pulak Laksa Sarawak. Saja nak cuba makanan supervisor kita yg tersayang. kahkah. Rasa dia okay cuma tulah, tekak tak berapa nak berkenan. haha maaf Dr Romano. 


Dengan ini, tamatlah hari kedua. Boleh nampak laa aku dah malas nak tulis. Banyak letak gmbo je. Kahkah! 

Trip to Sabah! (Day 1)

Assalamualaikum semuaaa :) 

Maaf lama menyepi. Rosnadia hidup lagi jgn risau. Hahaha. Cuma nak lebih hidup di real life berbanding virtual life. So arini aku nak kongsi sikit lah pengalaman bercuti bersama girlfriends yg tersayang di Sabah aritu. Chewah bajet hot nak berkongsi bagai. hahaha


DAY 1 (6th AUGUST 2015)

Malam before bertolak pegi sabah, aku muntah-muntah teruk. Hahaha apebenda ntah yg aku makan sampai jadi begitu sekali. Spoil mood bercuti betul. Paling tak best, hari nak bertolak tu pun sakit-sakit lagi. Haih payah betul org yg byk penyakit ni. Tapi syukur Alhamdulillah ada bidadari-bidadari syurga yg tolong jaga. Baiknyaaaaa depa. Terutamanya fatin sharin yg sanggup kutip (baca = curi ) plastic muntah dalam flight utk kita. Muahaha. Flight pukul 11.30 pagi dan kami sampai sabah lebih kurang pukul 2 macam tu. Sampai di bumi sabah...hujan lebat! So tentative hari pertama terpaksa ditunda ke hari lain. Sampai je kat sabah, kitorang disambut oleh Abi dan kawannya ehem-ehem, iaitu tourist guide pakej yg kitorg tempah - sabah redho travel. Tourist guidenya friendly sangat macam dah 10 tahun kenal. Hahaha. 

Mula-mula kitorang lunch dulu. Paling kelakar, datang jauh-jauh ke sabah..aku makan bubur ayam je! Hahahahahah. Pftttt sebab tgh sakit kan. Dah makan hampir separuh, pastu muntah balik. Serupa aku tak makan. =.= kemudian, abi bawak kami pegi ke Muzium Sabah. Disebabkan aku konon-konon sakit teruk (muntah je padahal), so tak banyak gambar aku amek. Sebab takdak mood. Oh lagipun, pelawat tak dibenarkan amek gambar dalam muzium. So takde gambar la. Hihi. Paling menarik, kat dalam muzium ni ada rangka ikan paus besar gila! Haaa tu jelah aku ingat sebab selebihnya aku mereput. Setiap kerusi yg ada kat muzium ni semua aku duduk. Hahaha sebab jalan sikit je rasa nak muntah. Pftttt.



kat luar muzium ni ada kereta-kereta antik. tolong jangan tertipu dgn senyuman aku sebab aku pandai berlakon.  Di luar bibir tersenyum, di dalam hati menangis. kah! 



Next..kitorang pegi ke signal hill.
Best jugak kat sini, sebab kau boleh nampak bandar kota kinabalu ni dari atas bukit. Chewah. 



Pastu abi bawak kitorg pegi makan kt...(tak ingat nama tempatnya, hahaha). Seriously seafood kat sabah murah gilaa wooo. Heaven sangat utk orang-orang yg suka makan seafood mcm aku! So korang pilih jelah nak makan apa. Ikan ke, udang ke, ketam ke, lala ke, lantak korang lah..pastu depa akan masak terus. Memang fresh gila seafood dorang jual, sayur pun nampak segar je. 

masyaAllahhhhh! sedap gila butterprawn ni! 




Omgg! butterprawn tu sedap gilaaaaaaaa. Takleh move on! Malangnya, lepas dinner aku muntah balik. Arghh teruk gila kot. Tak penah aku muntah seteruk ni. Makan sikit je muntah. Kau paham tak perasaan bila kau lapar gilaaaaa. Tapi kau tak boleh nak makan? Sedih betul aku rasaa. Huwaa. Sia-sia usaha aku gemukkan badan masa raya aritu. Skrg (waktu aku tulis entri ni) berat aku turun 2 kg kot..gara-gara sakit arituuu. Benci !

Lepas dinner, kitorg check in dekat homestay KK. Sangat best! Besar ada 3 bilik. 2 toilet. Ada dapur. Ada astro, satu je kurang..takde wifi. Haha. Sebabkan aku sakit, so depa manjakan aku dengan bagi aku bilik single. Sakit sikit je punnnnn. Gedik betul rosnadia ni. Tapi aku tak mintakkk. Depa yg bagi. XD Hari pertama kat sabah, aku jadi pendiam. Hahaha bangga pulak rasa. Ingat senang ke aku nak diam. Bak kata abi, dia kalau diam ada 3 sebab je. 1) tengah susah hati 2) tengah marah 3) tengah sedih. Tapi aku kalau diam..ada byk sebab. XD antaranya...sebab sakit (ni sebab penyakit dan termasuk jugaklah sakit hati hahah), marah, sedih, byk fikir, penat dll. So malam tu dalam pukul 9 lebih lepas mandi, solat, makan ubat..aku terus tidur.

-to be continued-