Thursday, 27 August 2015

Trip to Sabah! (Day 3)

DAY 3 (8th August 2015)

Lepas 2 hari berada di KK. Akhirnya, hari ketiga tak hujan! Cuaca cerah alhamdulillah. So kami boleh pergi pulau arini. :D Kitorg gerak dalam pukul 10 lebih camtu sampai ke Jesselton Point. Sebenarnya kitorang boleh pilih nak pegi satu atau 2 pulau. Tapi kitorang masing-masing decide nak pergi satu je pulau iaitu Pulau Sapi sebab katanya kat situ snorkeling best. 

                           

Abi tengah uruskan tiket kitorg untuk ke Pulau Sapi.  Nama boat yg bakal kitorg naiki tu Island Hop Express.  

sekitar jetty. cantik kan? kat jetty je dah lawa. pe citer ni. hahaa

antara boat-boat yang ada kat situ.

                            

Dari jetty ke pulau sapi tu, amek masa dalam 15 hingga 20 minit camtu. Waktu naik boat tu rasa pening-pening (sebab aku mabuk laut kot) tapi lepas dia bawak laju-laju. Angin kuat, dah tak rasa pening, rasa seronok pulak. Yang kelakonya, kitorang naik sekali dengan satu chinese family ni..anak diorang yg paling kecik tu comel gila! Botak bulatttt! eeee geram. hahaha. Pastu suara dia aje menjerit waktu boat jalan. Tak lama pastu, dia tukar seat dengan mak dia, which is sebelah miralim. Lagi epik, berlawan-lawan suara depa dua menjerit tiap kali pakcik tu bawak lajuuu dengan ombak kuat lagi. XD 
omey kan? mihihihi

akhirnyaaaaa kami pun sampai ke Sapi Island! Tadaaaaaa


cantikkk kan? jernih je air diaaa. 

gua terpaksa jadi anti-sosial kejap sebab nak amek gmbo ni. kat belah sini sunyi sikit. belah sana tak sesuai utk paparan umum. ramai makhluk yg berbikini dan topless. astaghfirullah!  XD 

mehehe. ni lepas kitorang snorkeling. fatin tengah berehat kat pondok sebab dia pening dan nak muntah. first time snorkeling sebenarnyaaa, mekasih fatin tolong ajar kita walaupun kita takut lemas. hahaa.

selepas penat snorkeling, posing sana-sini, usha-usha orang. eh. kitorang pergi cari makanan. kebulur gila dengan tak sarapannya. so tengahari tu, makan kongsi dengan nurul sebab mahal gilaaaaa makanan dia. sebab kat pulau kan. pulak tu ramai tourist dari luar negara. lagi lah mahal! 

nasi dengan sambal udang.


Dua-dua makanan ni je dah RM20! Pergh bankrupt. hahaha. So lepas ni kalau nak pergi pulau ke laut ke. Tolong lah bawak bekal makanan sendiri ye. Tengah sedap-sedap makan tetiba ada biawak beso dekat je dengan kitorg. Terjerit-jerit la kat situ memasing. hahaha. Sebab ramai orang kerumun dekat biawak tu, so biawak tu pun pegi jauh sikit dari kitorang. Foreigners jakun gilaa! masing-masing amek gmbo. Kat negara depa takde biawak agaknya? XD

Bila perut dah kenyang, hati pun senang. HAHA! Diorang sambung snorkeling. Aku? Mereput kat tepian pantai. Dok usha-usha orang. Berangan sat. Menikmati keindahan alam. Tunggu jugaklah kot-kot ada jejaka kacak nak tego macam dalam filem. Apakan daya..yang ada hanyalah bapak orang. XD So aku main-main air jelah kat tepi-tepi tu. Sampailah pukul 3 petang. Kami siap-siap tukar baju semua sebab pukul 4 petang boat sampai. 

Pukul 3.45 petang lagi kitorg dah tunggu kat jetty. EH tunggu punya tunggu..dah pukul 4. Banyak boat sampai tapi semuanya bukan Island Hop Express tapi Island Express. Ceh awat letak nama dekat-dekat. Rasa tertipu betul! K takpe kejap lagi sampai la kot. Dan akhirnyaaaaa...jam menunjukkan pukul 5.30 petang dan boat tak sampai lagiiii. Daripada orang ramai gila kat situ. Tinggal berapa ketul je. Konon-konon abi kata nak bawak kitorg tengok sunset petang tu. Ceh jadi tengok sunset kat pulau pulakkk. Hmmm. Tetiba cuaca mendung pulak. Angin kuat gila. Ombak jangan cakaplah. Masing-masing dah redho gila kalau kena tido kat pulau malam tu. hahah. 

Finally..before pukul 6, boat sampai! Thank god. Syukur gilaa rasa. Tapi bila dah naik boat, hujan lebat gila, ombak kuatttttt sangat-sangat. Serius takut. Dah la aku duduk depan dengan fatin, bila boat tu jalan laju, sebab ombak kuat, dia terhentak kuat, dan air pun masuk dalam boat. lebih tepatnyaaa air laut tu sedap lempang-lempang aku. Perghh serupa mandi lagi. hahaha. Basah kuyup! Rasa macam dalam movie! Bila ombak kuat gila, dengan jeritan miralim lagi..satu je aku pikir. cemana laa kalau boat ni terbalik. Fuh. Dah la tak reti berenang. Mati. Tapi syukur alhamdulillah, akhirnya kami sampai ke jetty dengan selamat. :) Abi jemput kitorang balik. Dia pun dah cuak sebab lambat gila kitorg balik. Abi kata, kalau exora ni boleh menyelam dah lama abi selamatkan korang. puih! 

-TO BE CONTINUED-

No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda disini. thanks. :)