Wednesday, 27 January 2016

Matrikulasi VS Asasi

Assalamualaikum :)

Entry kali ni aku tujukan khas untuk adik-adik yang baru abes SPM. Satgi kalau result keluar, mesti korang dilema nak pilih matrikulasi ke asasi. Meh aku tolong serabutkan kepala korang. HAHAHA. Aku lepasan SPM batch 2009. So abes SPM memang blur taktau nak masuk matrik ke asasi. Nak dijadikan citer, disebabkan result aku gilang gemilang (astaghfirullahalazim tak baik riak XD) aku dapat dua-dua tawaran matrik dengan asasi. Yang kelakarnya..aku dapat KMNS which is matrik yang langsung takde dalam senarai aku mohon. Result UPU pulak keluar, aku ditawarkan Asasi Sains Hayat UNIMAS (first choice aku!). Abah marah time tu sebab aku mohon UPU tu ikut sukahati aku je. Aku tak bagitau parents aku. Yang paling dia bengang sebab second choice aku letak Asasi Sains Hayat UM. Depa pun bising, kalau tak mesti dah dapat UM. HAHAHA aku rasa from the beginning lagi memang aku tanak asasi kot. 

Nak tanak aku terpaksa pergi matrik jugak, sebab mama dengan abah memang tak bagi aku belajar kat UNIMAS sana, jauh katanya. Sebelum korang baca dengan lebih lanjut, aku cuma nak kata obviously entry aku ni akan bias sebab aku memang akan suruh korang pilih matrikulasi. Sorry aku taktau sangat pasal asasi, mungkin korang boleh cari info kat tempat lain. Apa yang boleh aku katakan, My matriculation life is one of the best thing that ever happened to me. 4 tahun kat universiti tetap tak boleh kalahkan setahun kat matrikulasi. 


BEST SANGAT KE MATRIKULASI NI?


1. Matrikulasi ni separuh macam sekolah separuh lagi macam kat U.

Jadual pack. 8 pagi hingga 5 petang (Isnin-Khamis) kalau Jumaat macam biasalah 8-12 tengah hari. Program kat matrik terbahagi kepada dua iaitu, Program Satu Tahun (PST) dengan Program Dua Tahun (PDT). Ada 3 module; Sains Hayat, Sains Fizikal dan Akaun (rasanya ada matrik yg ada teknikal sekali kot). Pembelajaran di matrik ni lebih kurang macam sekolah, kau masih lagi disuap. Yang bezanya belajar kat matrik ni rushing gila, kau kena pandai catch up laa. Mula-mula masuk aku culture shock jugak..sebab susah gila subjek semua. Macam takleh brain. Tapi lama2 okay. Kena rajin sikit kalau nak berjaya. Kat matrik aku, kitorang panggil lecturer dengan panggilan cikgu. So fefeeling sekolah lagi laa, seronok weh. So hubungan pelajar dengan lecturer tu memang baik gila laa. Kat matrik laa aku jumpa cikgu kimia yg paling awesome! Cikgu Syed :) Aku paling suka hari Jumaat..sebab tiap kali ari Jumaat korang akan nampak ramai gila orang macam nak nikah! hahaha especially laki. Depa pakai baju melayu, songkok siap samping! XD


Aku merupakan ex-KMNS batch 2010/2011. Mula-mula aku masuk matrik, aku dapat Sains Fizikal. HAHA sebab result fizik aku lagi bagus daripada biologi. Aku frust masa mula-mula, yelah konon-konon parents kau harap kau jadi doktor tetiba kau dapat sains fizikal. Tak ke gila tu? Waktu orientasi seminggu aku go on jelah dengan kelas fizik tu F3P5. Bila dah seminggu aku rasa seronok pulak sebab dah kenal classmates, diorang gila-gila. Biasa laa budak fizik kan? HAHA. Tetiba aku dapat tau, dalam masa seminggu tu, kita boleh tukar kos. Cth, fizik nak masuk hayat, hayat nak masuk fizik. Mula-mula aku macam dah pasrah, mungkin fizik ni memang jalan aku. Tapi lepas solat subuh waktu last day permohonan tukar kos tu..aku terfikir, selama ni aku minat biologi, takkan nak biarkan minat aku terkubur camtu je. Aritu jugak aku terus mohon nak tukar kos! Seminggu lepas tu, permohonan aku berjaya..classmate aku yg tukar sekali dengan aku semua dapat kelas lain-lain. Maka bermulalah kehidupan aku sebagai pelajar sains hayat. Aku dapat H4P1. Sampai je kelas, perkenalkan diri. Time tu adalah dalam 6 orang kot tukar sekali dengan aku. Waktu tu subjek biologi, tak sempat nak berkenalan dengan orang lain, tetiba ada kuiz! HAHAHA gila aku sekejap. Dah la tak pernah belajar langsung, tetiba ada kuiz. Nasib baik ingat sikit-sikit masa belajar kat sekolah dulu. Paling takleh lupa muka masing-masing kerek gila waktu tu, skema pulak tu tetiba aku nyesal masuk hayat. Tapi tu masa mula-mula kenal dah lama-lama, depa okay je, not that bad macam first impression aku dulu. Diorang cool cuma tak segila budak-budak fizik la. 

pondok belakang astaka tepi cafe D.


2. Subjek yang diajar di matrikulasi; English, Matematik, Kimia, Biologi (Sains Hayat), Fizik (Sains Fizikal), dan Akaun (kalau kau amek akaun la). Tapi tu zaman aku laa sekarang taktau pulak , rasanya module semua dah tukar. Tapi kalau dulu, perbezaan budak fizik dengan hayat hanyalah subjek fizik dan biologi. 

Subjek tambahan; Pendidikan Islam, Teknologi Maklumat, Kemahiran Dinamika, Kokurikulum.

Banyak gilaaaa kan subjek budak matrik? Paling banyak assignment dengan presentation..subjek English! Sem 1 biasanya kita akan busy prepare untuk MUET. Tapi serius aku cakap sebab subjek-subjek tambahan nilah aku belajar something kat matrik yang aku tak dapat kat tempat lain. For example, macam sem 1 aku belajar teknologi maklumat dengan ko-k. Time teknologi maklumat tulah kita boleh lepak2 dalam makmal komputer belajar buat website, belajar buat video dan time tu jugaklah semorang galak add kawan-kawan kat fb. Untuk ko-k pulak, ada banyak jenis sukan tapi sistem dah tetapkan sukan tu ikut praktikum masing2. Macam kelas aku dapat futsal. Semester ke-2 pulak, baru amek pendidikan islam dengan kemahiran dinamika. Amende yang specialnya? Okay, subjek pendidikan islam aku sangat best! aku dapat sorang ustazah yg suka buat lawak,.memang terbaik! setiap minggu pulak, sorang-sorang akan bagi takzirah kat depan kelas mengikut giliran. Subjek kemahiran dinamika pulak belajar macam2 jenis etika ketika makanlah, amende tah lagi aku tak ingat. Subjek ni pun sama, ikut giliran kau kena bercakap kat depan kelas pasal apa-apa topik. Pastu kami kena buat drama. heee ni aku suka! aku berlakon jadi cinderella time tu. kakaaka. ada class lain pulak depa siap shoot video tp class kitorang perform live. Sebab wujudnya dua subjek nilah aku jadi confident buat presentation masa aku kat U.

ni masa study group kat library. gigih bergaduh dengan budak2 kelantan sbb berebut bilik study. pfttt

3. Matrik ada banyak aktiviti/program. 

Ni depends on matrik masing-masing laa. Kalau macam KMNS hampir setiap minggu ada program. Cthnya, battle of the band, choral speaking, koir, nasyid, drama. Banyak sangat..aku dah lupa! Macam-macam aktiviti aku join terutamanya masa sem 2. Yang aku takleh lupa, program tangkap serangga! Ni best gilaaaa. Setiap kelas hantar wakil 2 orang. Kitorang tangkap macam2 jenis serangga sampai tengah malam. Paling susah nak tangkap rama-rama. Cantik woiii rama-rama ni. Lagi aku pernah join pertandingan kawad kaki. Dapat johan kot! hahaha. Persembahan koir, hampir setiap malam berlatih. Minggu exhibition pulak, kelas kitorang in charged untuk subjek biologi. Tu pun samaaa! gigih tido pukul 5 pagi sebab nak siapkan. Pastu hari kejadian, takde orang nak present, aku dengan member lagi sorg yg kena paksa. Lagi 30 minit orang nak dtg baru aku baca semua benda, hafal semua benda. hahaha. Masa tu pegi merayap kat booth orang lain pastu kacau diorang tengah present. Jahat betul aku. Ingat lagi gagap2 budak tu nak jawab.

topik kitorang dapat: reproduction in plant.

4. Matrik tempat belajar bersosial. 

Amboiiii. HAHAHA. Especially untuk orang yg tak pernah masuk asrama macam aku. Bilik kat matrik biasanya memuatkan 4 orang. Jadi start drp bilik aku belajar bergaul dengan orang. Aku dulu anti-social (jenis buat hal sendiri konon kah!) tp since masuk matrik aku kenal macam-macam jenis orang drp pelbagai latar belakang dan negeri. Aku sangat suka cara hidup yg diterapkan kat matrik. Aku dapat roommate 2 org PDT. Depa tua setahun. So aku start bergaul dengan orang bukan seumur dengan aku. Rasa seronok gila. Macam2 diorang ajar aku. Entah macamana tak ingat, aku start jadi joyah. hahaha. Ada geng budak aras, geng aras atas, budak blok A,blok C, classmates lagi..ramai laa aku kenal. Mostly, kawan dengan budak PDT. Diorang sempoi gila. Kalau nak lunch semua kumpul kat tengah bilik pastu makan reramai. Bilik aku dulu tak pernah tutup pintu sebab ada je tetamu menjengah. haha. Depa jugaklah ajar aku menghargai kawan, sambut birthday kawan. main baling-baling tepung. Bila petang lepak reramai jalan2 pusing KMNS. Semua benda buat sama-sama! Takde istilah kau mereput sorang-sorang dalam bilik main lappy. XD

ni blok A5. asrama aku. heheh lawa kan bulan tu? 


5. Makanan kat matrik sedap gila dan murah!

Ni masa tahun 2010 laa sekarang mungkin dah berubah kot. Antara faktor yg membuatkan aku gemuk kat matrik dulu sebab nilah makanan sedap gila. Especially kat cafe A dengan D. Aku rindu ayam goreng cafe A yg besar gilaa dan tempe goreng sambal. :( Waktu bulan puasa pulak, ada bazar kat sini. Selalunya time tulah waktu terbaik nak usha semua jejaka kacak KMNS, hahahaha. 

air favourite di Kopsa KMNS. RM1 je. mana nak dapat air niiiii? dah 5 tahun tak jumpa. dapnyeee. 



APA BENDA YANG TAK BEST PASAL MATRIKULASI?

1. Susah nak masuk U.

Aku rasa semorang sedia maklum..kalau kau sebut budak matrik, selalunya orang akan pandang rendah. Pahal pulak? Sebab selalunya kalau permohonan UPU, diorang akan dulukan budak-budak asasi. Dan kebanyakan pelajar yg dapat kos lelong kat IPT selalunya budak matrik. Ye. Itu hakikatnya..kat U aku dulu pun susah gila nak jumpa budak KMNS. Bila kau dah masuk U, biasanya budak asasi ni akan berpuak-puak bila diorang dah jumpa geng diorang. Sad but true. Tapi tak semua laa segelintir je. Pada pendapat aku, kau jangan rendah diri walaupun kau hanyalah produk matrik. Tak semestinya budak asasi itu pandai dan budak matrik itu sebaliknya. Bukti kan kat orang lain yg kau hebat! 

2. Banyak gejala sosial.

Ini tak dinafikan..matrik aku dulu pun banyak gila kes. Heh. Depa stress belajar kot. Pukul 11 malam camtu, pak guard dengan ustaz dah ronda2 suruh balik bilik. Dulu aku selalu sidai baju kat belakang blok pukul 3 pagi. hahaha. tak takut hantu pun, tapi bila dengar ada kes laki masuk blok pompuan terus tak sidai baju pagi pagi buta. Sebenarnya benda camni buatkan aku terexpose dengan real world. amboiii. yelah, macam2 kes teruk-teruk aku tau. so aku takdelah terkejut bila aku masuk U. Aku kawan je dengan semorang kat matrik, tak kesah la perangai dia camana. Dia manusia jugak. Dia layak untuk dijadikan kawan. Yang penting diri kau! Kau jangan mudah terpengaruh. Kena jaga diri baik-baik laa.

3. Stress

Hidup kat matrik sangat stress sebab jadual pack! Lagi lagi kalau kau join macam-macam aktiviti macam aku. So kau memang langsung takde masa nak belajar. Aku ingat lagi, satu hari tu..esok ada kuiz, malam tu aku latihan koir, tengah malam balik pukul 12 tu baru nak study. hahaha. Waktu nilah kau kena belajar cara nak manage masa. Seriously, benda ni sangat berguna untuk masa depan kau. Tak bestlah hidup kalau nak senang je. Tapi bila fikir balik takde laa stress mana pun. It was fun! Takkan nak belajar je 24jam. Kah!


FUHHH. gila panjang aku taip. Okay tu je kot personal opinion aku. So, kids..choose wisely! It's up to you. Nak pilih matrik/asasi/diploma/form 6/ politeknik ke. Suka hati korang laa. Satu je aku nak pesan, kalau korang dah buat pilihan..jangan pernah menyesal dengan pilihan tu tapi belajar sehabes baik dengan jalan yg korang dah pilih tu dan cuba untuk mencintai pilihan korang tu. Akhir kata, bagi aku matrikulasi bukan mengajar aku untuk menjadi pandai, tapi matrikulasi banyak mengajar aku erti kehidupan. Benda yang aku tak dapat kat tempat lain, hanya di matrikulasi. Tempat yang memberi 1001 kenangan indah dalam hidup aku. Tempat mengenal erti persahabatan. :) Thankyou sudi baca. Till we meet again. Byeeeee~



p/s: apakah lagu paling femes dalam kalangan budak-budak matrik? jawapannyaaa....serangga pilihan! hahahaha



1 comment:

sila tinggalkan komen anda disini. thanks. :)