EH dah 2016?

Assalamualaikum semuaaa :)


Long time no see. Kenapa dah lama tak update? (ada anonymous tanya). Maaf lama menyepikan diri. Aku busy sikit sejak grad aritu. Ada banyak komitmen. Almost every week ada event nak kena attend. Kawan kahwinlah, akak aku tunanglah, itulah inilah. HAHAHA. So tak sempat nak update. Ada lagi satu sebab, kalau korang perasan, aku banyak update blog kalau aku tengah sedih. Sebab tu entry dulu-dulu semuanya sendu dan beremosi. XD Selalunya kalau aku tengah sedih, mencurah-curah idea aku nak menulis. Semuanya lahir dari hati yang suci murni. Bila kita tengah sedih, tulisannya nampak lebih jujur, polos dan tulus. Tak gitu? HAHAHA. So pointnya kat sini, sekarang aku tengah happy sebab tu dah kurang menulis. 

Lately banyak pulak anonymous komen kat blog ni. So i was like..errr ingatkan takde orang baca blog aku. Sebab tu aku selesa kat sini. Tapi rupa-rupanya ada orang sedar kewujudan aku. kahkahkah! Dah la header macam budak-budak, gambar kartun. Dah 2016 kot. InshaAllah nanti aku tukar kepada header yang lebih matang ye. Oh, sebelum terlambat, nak wish kat semuaaaa. Happy New Year! Semoga tahun 2016 ni membawa sinar harapan baru dalam hidup kita bersama. 


Nak bagitau azam 2016 aku, ehem-ehem;

1. Nak bahagia/happy. 


Tahun 2015 lepas banyak menyedarkan aku tentang suatu hakikat, kalau aku teruskan perangai aku yang dulu..memang selama-lamanya aku takkan bahagia. I think by the time I wrote this, I've changed a lot. Dulu I cared too much about everything, about everyone. Thats my problem. Then I realized, woi nadia takde orang kesah pun pasal kau! No one actually cares. kenapa kau kena kesah pasal orang lain? Orang lain tak pikir  pun macam kau pikir! Pada orang lain, benda ni remeh je. Sejak tu, aku cuba ubah mindset aku. Less care, more happier. Dulu aku selalu kesah apa yang orang kata tapi sekarang aku dah tak kesah. Lantaklah nak kata apa, ni hidup aku bukan kau. So i choose to be happy. :) FYI, sekarang aku dah jarang online, haaaa ni pun salah satu punca happy jugak! Aku dah sampai kat satu fasa hidup di mana aku stop share everything kat social media. Kalau dulu, semua benda nak share, nak amek gambar, nak bagitau satu dunia. Tapi sekarang, I want to live my private life privately. Pergh. Aku bukak insta kalau nak share gambar je pastu tutup balik. Aku dah malas nak scroll, sorry kalau aku dah jarang like gambar korang. Kadang kalau rasa macam dah lama sangat tak bukak insta, barulah bukak scroll sikit pastu tutup balik. kakakakaka. Kalau ada sesapa perasan, aku dah buang banyak gambar aku kat insta. Ikut kan hati rasa nak buang terus account tu tapi kang rasa disconnected pulak dengan orang lain. Twitter pulak? Pun sama macam insta, I stop scrolling and judging. Rasanya zaman dulu dah lama berlalu pergi kot. I stop stalking people. I dont wanna waste my time. Jadi yang aktif hanyalah wassap dengan FB je kot. LOL. Kadang-kadang kegembiraan tu tak perlu dikongsi kat satu dunia pun, cukuplah kita je yang rasa bahagia tu. Kau akan rasa betapa preciousnya bahagia tu bila kau je yang rasa tapi orang lain taktau. Tapi kalau aku dah tak share pape pasal hidup aku, aku akan make sure aku share kat sini. InshaAllah. Tapi ada ke orang nak tau? hahahaha. Sukati aku laa blog aku :P 

2. Nak gemuk.


Ni azam daripada lahir, Nak tampil gemuk dan menawan. Hahaha. Sejak aku bahagia ni, berat dah naik sikit. Alhamdulillah. Doakan aku gemuk weh! 

3. Nak travel.


Nak kumpul duit banyak-banyak nak pegi travel dengan family dengan kawan-kawan. heee. Semoga Allah murahkan rezeki aku dan sesiapa yang baca entry ni jugak :)

4. Nak baca lagi banyak buku.


5. Nak jadi muslimah sejati. (HAHAHHA doakan!)



Sebenarnya ada banyak lagi azam tapi malas dah nak taip. Last but not least, semoga aku, kau, dia dan korang dapat menempuh tahun 2016 ini dengan jayanya. Ingatlah, semua benda yang terjadi dalam hidup kita ni Allah dah tentukan. Semua ada hikmahnya. Semoga kita jadi manusia yang selalu bersabar, bertambah iman dan tidak merungut apabila diuji oleh-Nya. Percayalah, Allah has a better plan for you and for us. Fikir perkara yang baik-baik, inshaAllah benda baik yang akan jadi kat kita. Banyakkan berdoa. Jangan lupa cipta banyak memori indah tahun ni. Kalau panjang umur, kita jumpa lagi kat entry akan datang. Tu pun kalau aku rajin laa. hahaha. okbaiii. 



P/S: kalau rindu aku, tolong doakan yang terbaik utk aku. masyeh :)


Comments

  1. Ye aku doakan.. mintak maaf kalau terasa annoyed :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Btw, there's nothing to be sorry for. You've just made my day! :D

      Delete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda disini. thanks. :)

Popular posts from this blog

Matrikulasi VS Asasi

Rupa VS Personaliti

COMMON SENSE