Monday, 21 April 2014

WARKAH UNTUKMU SAHABAT!

Dear sahabat, 

                 Assalamualaikum...aku harap kau sihat2 belaka. Ohh bukan harap..tapi aku nampak kau makin sihat sekarang. Makin bahagia. Makin bertenaga dan tak sedih lagi macam dulu. Alhamdulillah. Aku happy tengok kau happy. Serius. Kalau kau nak tahu, sejak kau muncul dalam hidup aku lebih kurang setahun lalu. Aku rasa happy. Sebab kita sekepala. Lagi satu sebab benda yg kau pikir selalunya sama dgn aku. Apa yg orang tak sedar, kau sedar. Aku lagi la sedar. Sebab aku suka perhatikan sekeliling. haha. 

                Tapi...sebenarnya aku pun sedar...kau datang kat aku sebab kau nak minta pertolongan aku. Kau nak suruh aku bantu kau. Selamatkan persahabatan kau dgn si dia yg semakin bergolak ketika tu. Aku tolong pun ikhlas. Sebab aku kesian gila kat kau..macamana dia boleh tetiba putuskan persahabatan korang macam tu je without any valid reasons. 

                 Aku bagi nasihat macam2 kat kau..boleh kata setiap hari jugak aku bg kata-kata semangat kat kau. Kau terlalu lemah sahabat. Kau tak boleh hidup tanpa dia. Tapi lama kelamaan aku tgk kau dah mula kebal. Tak serapuh dulu. Sesi kaunseling ni pun berterusanlah sampai ke cuti semester 2nd year. Waktu cuti pun kau terus menghantui aku dgn kisah sedih kau tu. Aku tak kesah pun sebenarnya..walaupun aku sebenarnya dah muak dengar rintihan kau. Tapi sebabkan aku sayangkan kau. Aku gagahi juga terus positifkan kau dgn segala kata-kata semangat yg aku ada. 

              Entah macam mana...kita jadi semakin rapat. Aku selalu share kat kau citer2 hidup aku. Sampai crush aku siapa pun kau tahu. Yang ni aku tak penah bagitau sesiapa pun. Kau la yg 1st. Lepas tu, kita masuk 3rd year..waktu tu kau dan si dia masih belum berbaik. Walaupun korang sudah berkomunikasi sedikit. Kau tetap jugak try nak berbaik dgn dia. Tapi perjalanan tu masih jauh lagi. 

             Kemudian....kau mengikut jejakku mengambil kelas bahasa. Kelas yg sangat seronok bagi aku. Tapi selalu yg aku tak boleh lupa..sebelum pergi kelas aku akan lepak kat bilik kau. Sambil nak tido, kita akan berdiskusi macam2 benda. Luahan hati dan sebagainya. Aku suka sangat. Sebab aku jarang nak share citer dgn orang. Sebab selalunya org malas nak dgr citer aku. 

             Bila kita ke PORT DICKSON dgn coursemate ramai2. Malam tu pun aku ada share something kat kau..pandangan aku pasal coursemates kita. Sebab kau sibuk sangat nak tahu. Aku pun bagitau la. Tapi aku pun taktau aku patut kasitau kau ke tak. Sebab byk rahsia yg aku tau tapi takde org yg tau. Hmmm. Lepas tu, setelah macam2 perkara terjadi masa sem 1. Entah bagaimana, aku lupaa..kau telah pun berbaik dgn si dia. 

            Masuk semester 2, kau betul2 mula rapat kembali dgn si dia. Kali ni bukan rapat biasa. Tetapi terlebih rapat daripada dulu sehingga langsung tak boleh berenggang. Kau mula tinggal di kamarku. Tido bersama si dia setiap hari dan meninggalkan roomatemu sendirian di kolej. Kemana-mana kau mesti bersama si dia. Dalam kau tak sedar, kau mula mengenepikan aku dari hidup kau. Mungkin kau tak sedar kerana terlalu gembira, tetapi aku rasa kehilangan kau. Sebenarnya jauh di lubuk hatiku, banyak sangat benda aku nak share dgn kau. Terlalu banyak aku memendam sampai kadang2 aku lupa nak cakap benda tu. Dan akhirnya, aku tak cakap langsung. Tapi satu benda yg buat aku tersentap. Kau lupa janji kau. Janji manismu dulu...mungkin kau pun sudah lupa janjimu padaku. 

           Kini....kau semakin menjauh, aku juga semakin menyepikan diri. Kalau kau perasan, aku dah kurang bercakap berbanding dulu. Bukan terasa hati...cuma terpikir sesuatu. Siapakah aku ini di matamu? Bila kau susah..kau cari aku..tapi bila kau senang..kau terus campak aku. Adakah kau hanya pergunakan aku sahabat? Adakah itu nilaiku sahabat? Kenapa kau tega ketepikan orang-orang yg menyayangi kau seperti aku dan roomatemu demi si dia? Kenapa sahabat? 

          Akhir kata, terima kasih atas segala memori indah yg kau beri padaku. Semoga kau bahagia selalu sahabat. Aku sentiasa doakan yg terbaik utk kau. Aku rindukan kita yg dulu. Walaupun aku mungkin tidak bernilai di matamu tapi kau sangat bernilai di mataku. Wahai sahabat, i love you forever :)




Luahan hati,
RR






Friday, 11 April 2014

ALAM MAYA VS ALAM NYATA

Assalamualaikum semuaa :)

Hari ni aku nak citer pasal suatu fakta, kenyataan ataupun 'assumption' daripada observation yg aku buat. So, macam tajuk yg engkorang baca la. Dalam alam maya (social media) dan alam nyata (real life), adakah perangai korang sama je ke ataupun berbeza sama sekali? Ask yourself.

picture tells a thousand words.

K. Bila korang tengok gambar ni apa korang rasa? terasa? HAHAHA. Deep! Tapi inilah kenyataannya. Dalam dunia yang serba serbi hebat dengan teknologi ni..mewujudkan insan-insan yang lebih berani di depan keyboard berbanding real life. Sebagai contoh, kat kelas aku..ramai yang camni. Kat kelas masing-masing langsung tak bercakap (okay takde la langsung tak..cuma jarang je), tak bertegur sapa pun, tapi bila kat twitter kemain rancaknya..dah macam best friend 10 tahun. kahkah. Tapi kenapa tak in real life? kenapa?

Jangan la tanya aku kenapa. Aku pun taktahu. Ke sebab manusia sekarang ni semakin pemalu? Kurang keyakinan diri? I don't know. Dan kerana itu jugalah...aku tak suka sangat interaction kat dalam alam maya ni. Bukan sebab sombong. Cuma aku malas je. Gua rasa ni semua harapan palsu. In real life, takde pulak korang nak berbual rancak camni. HAHA. 

Kan ke best kalau kerancakan interaction di alam maya tu diapply ke dunia nyata. Mesti best kann? Mesti dah boleh jadi buddies takkan terpisah. Tulahh, susah la benda ni. Serius susah. Aku dah 3 tahun belajar kat UM, tapi still tak berapa nak rapat sangat dengan beberapa coursemate aku. Tak macam time matrik dulu, Kenapa? Aku pun taktauu. HAHA. Tapi i still try my best nak rapatkan ukhuwah dengan diorang. Wish me luckkk! 

Ohh and one more thing, aku tak suka berkenalan dengan orang-orang kat alam maya ni. Sebabnya..aku tak rasa kat dunia nyata perangai diorang pun camtu. Tapi kalau ditakdirkan satu hari nanti aku bertemu jodoh melalui alam maya ni, aku terima seadanya. Hihi. Okay itu saja utk entry kali ni. Ni semua sekadar pandangan sahaja, tak semuanya betul, tapi ada juga yang betul. So renung-renungkanlah. 

"So instead of starting a conversation in social media, why don't you try starting conversation in real life" 

kbyee :)

Monday, 7 April 2014

I HATE READING!

SALAM UOLLSS, 

Sekali lagi entri utk harini. HAHA. nampak sangat Rosnadia ni stress betul minggu lepas. Okay, kalau korang nak tau kan..aku ni bukan jenis orang yg membaca! yes, frankly speaking..i hate reading! Sebab tu kalau engkorang perasan. Nota-nota aku semua berwarna-warni. HAHA. Sebab nak timbulkan minat membaca lettew. Tapi aku sebenarnya lagi suka buat mind-map. Aku tak suka baca buku yg penuh dgn tulisan. Sebab....boring! Maybe sebab aku kidal kot. Language aku kurang sikit, aku lebih suka benda-benda bergambar dan kreatif!. Hikss. Dan kerana itu jugalah. Rumah aku hanya dipenuhi dgn komik komik komik. 

Tapi last last sem..aku terpengaruh untuk baca NOVEL MELAYU! perghh. aku pun tak caya gak. Sampai gian la kejap. asik beli novel melayu cintan-cintun tu. hikss. Tapi apakan daya benda ni tak berpanjangan. Satu je novel melayu yg aku takleh lupa sampai sekarang, aku baca waktu form 5. ANDAI ITU TAKDIRNYA. Best gilaaaaaaa! :D aku baca nanges-nanges kot. memang terbaik! 

Berbalik kepada topik asal, aku sebenarnya nak citer. Baucer buku aku kali ni sangat bermanfaat sebab aku beli banyak buku woi. Bangga sat. 

ini baru beli semalam! hihi. 

komikkkk! hahha. beli kat um aritu. pastu dapat beg maid maiden free kauu! :D
Ini baru baca sikit. heeee

komik lagiiiii

i love this educational comic! best gilaaa.  it motivates me a lot! 
hambikkkk kauuu! banyak gila buku aku beli. HAHA. tapi kannnn....sekarang ni aku tengah belajar untuk memupuk minat membaca dalam diri. Yelah, kalau kita nak berilmu, mesti la kena banyakkan membaca. So, aku nak start daripada sekarang..aku mesti rajin membaca. At least one day one page pun jadilah. Tambah sikit ilmu. First time aku rasa happy sangat dapat beli buku and i don't know why. kahkah. Aku nak berubah.....so wish me luck guys! :D

MUKA GUA KELUAR PAPER!

ASSALAMUALAIKUM kawan2~

Perghhh..tajuk entri kali ni gila berlagak! HAHA. tapi gua serius ni..mesti lu orang terkejut gak. Pada suatu hari tuu, takingat tarikh..minggu lepas rasanya. Lepas habis kelas Parasit, tetiba mama call aku. Tak penah2. Then, mama kata "nadia, budak-budak ni suruh kau beli surat khabar berita harian" aku jawab, "eh kenapa pulak? " mama balas "muka kau keluar surat khabar ni !" 

OMGGGG! SERIUSSSLYYYYY. Waktu tu macam-macam aku pikir. Benda jahat apa pulak aku buat sampai keluar paper ni. Ke tweet-tweet mengarut aku yg sedih pasal MH370 tu. kah. Setelah aku dapat penjelasan semuanya, barulah aku tau..rupa-rupanya muka aku keluar paper sebab blog Paan. Cehh, aku ingatkan kenapa la tadi. Semua beriya gila. Namun begitu, tak seorang pun member aku tahu pasal benda ni. Aku bagitau jah sorang je waktu tu. Jah pun ikut beriya jugakkk. Sampai bawak aku pegi PPUM sebab nak cari surat khabar je. LOL. haha. Dipendekkan cerita, surat khabar habiss. haha. Pastu entah macamana faie pun tau pasal benda ni, diikuti nurul serta nana. 

Tapi yg aku paling bersyukurnya...muka aku keluar paper tu kat BH EDISI JOHOR je. HAHAHA! 


awwww cakkk! tudia terpampang besar kau muka paan. Ohh muka iolls ada sikit je kat atas tu. *fliptudung*


Pehh tajuk article dia tanak panas lagi. Elakkan Kontroversi! haha. Yang lawaknya..paan cakap, weh aku cakap sikit je kot. Tetiba pandai lak wartawan ni menambah-nambah. Alaaa biasa la tu. Banyak auta je daripada fakta. Walaupun begitu, aku bangga dgn kau paan! tak sia-sia usaha kau selama ni. Aku tumpang femes gak la. LOL. Nak bagitau ni, aku tengah cuti midsem ni. weeeeeee~ dan aku bercadang nak tulis entri bebanyak arini. Mohon bersabar ye. kehkeh

byeeee :)