MUKA GUA KELUAR PAPER!

ASSALAMUALAIKUM kawan2~

Perghhh..tajuk entri kali ni gila berlagak! HAHA. tapi gua serius ni..mesti lu orang terkejut gak. Pada suatu hari tuu, takingat tarikh..minggu lepas rasanya. Lepas habis kelas Parasit, tetiba mama call aku. Tak penah2. Then, mama kata "nadia, budak-budak ni suruh kau beli surat khabar berita harian" aku jawab, "eh kenapa pulak? " mama balas "muka kau keluar surat khabar ni !" 

OMGGGG! SERIUSSSLYYYYY. Waktu tu macam-macam aku pikir. Benda jahat apa pulak aku buat sampai keluar paper ni. Ke tweet-tweet mengarut aku yg sedih pasal MH370 tu. kah. Setelah aku dapat penjelasan semuanya, barulah aku tau..rupa-rupanya muka aku keluar paper sebab blog Paan. Cehh, aku ingatkan kenapa la tadi. Semua beriya gila. Namun begitu, tak seorang pun member aku tahu pasal benda ni. Aku bagitau jah sorang je waktu tu. Jah pun ikut beriya jugakkk. Sampai bawak aku pegi PPUM sebab nak cari surat khabar je. LOL. haha. Dipendekkan cerita, surat khabar habiss. haha. Pastu entah macamana faie pun tau pasal benda ni, diikuti nurul serta nana. 

Tapi yg aku paling bersyukurnya...muka aku keluar paper tu kat BH EDISI JOHOR je. HAHAHA! 


awwww cakkk! tudia terpampang besar kau muka paan. Ohh muka iolls ada sikit je kat atas tu. *fliptudung*


Pehh tajuk article dia tanak panas lagi. Elakkan Kontroversi! haha. Yang lawaknya..paan cakap, weh aku cakap sikit je kot. Tetiba pandai lak wartawan ni menambah-nambah. Alaaa biasa la tu. Banyak auta je daripada fakta. Walaupun begitu, aku bangga dgn kau paan! tak sia-sia usaha kau selama ni. Aku tumpang femes gak la. LOL. Nak bagitau ni, aku tengah cuti midsem ni. weeeeeee~ dan aku bercadang nak tulis entri bebanyak arini. Mohon bersabar ye. kehkeh

byeeee :)

Comments

  1. Haha, aku baru je terbaca . Tak baik riak jah . Femes bendanya . Sama je, bilangan follower tu adalah bertambah sikit . Anyway, semoga lepas ni rajin rajin la berblogging macam Miss Fieza tu . Haha, semangat dia berkobar kobar lepas aku keluar paper ni . So, Good Luck . Ahaha .

    ReplyDelete
  2. hahahaha. ngok gila! ni pun buat post sebab tengah cuti sem. kalau tak..takde maknanya. haha. okayy blogger femes. nanti saya rajin2 kan buat entry ye. hihihi. :D

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda disini. thanks. :)

Popular posts from this blog

Matrikulasi VS Asasi

Rupa VS Personaliti

COMMON SENSE