Friday, 11 April 2014

ALAM MAYA VS ALAM NYATA

Assalamualaikum semuaa :)

Hari ni aku nak citer pasal suatu fakta, kenyataan ataupun 'assumption' daripada observation yg aku buat. So, macam tajuk yg engkorang baca la. Dalam alam maya (social media) dan alam nyata (real life), adakah perangai korang sama je ke ataupun berbeza sama sekali? Ask yourself.

picture tells a thousand words.

K. Bila korang tengok gambar ni apa korang rasa? terasa? HAHAHA. Deep! Tapi inilah kenyataannya. Dalam dunia yang serba serbi hebat dengan teknologi ni..mewujudkan insan-insan yang lebih berani di depan keyboard berbanding real life. Sebagai contoh, kat kelas aku..ramai yang camni. Kat kelas masing-masing langsung tak bercakap (okay takde la langsung tak..cuma jarang je), tak bertegur sapa pun, tapi bila kat twitter kemain rancaknya..dah macam best friend 10 tahun. kahkah. Tapi kenapa tak in real life? kenapa?

Jangan la tanya aku kenapa. Aku pun taktahu. Ke sebab manusia sekarang ni semakin pemalu? Kurang keyakinan diri? I don't know. Dan kerana itu jugalah...aku tak suka sangat interaction kat dalam alam maya ni. Bukan sebab sombong. Cuma aku malas je. Gua rasa ni semua harapan palsu. In real life, takde pulak korang nak berbual rancak camni. HAHA. 

Kan ke best kalau kerancakan interaction di alam maya tu diapply ke dunia nyata. Mesti best kann? Mesti dah boleh jadi buddies takkan terpisah. Tulahh, susah la benda ni. Serius susah. Aku dah 3 tahun belajar kat UM, tapi still tak berapa nak rapat sangat dengan beberapa coursemate aku. Tak macam time matrik dulu, Kenapa? Aku pun taktauu. HAHA. Tapi i still try my best nak rapatkan ukhuwah dengan diorang. Wish me luckkk! 

Ohh and one more thing, aku tak suka berkenalan dengan orang-orang kat alam maya ni. Sebabnya..aku tak rasa kat dunia nyata perangai diorang pun camtu. Tapi kalau ditakdirkan satu hari nanti aku bertemu jodoh melalui alam maya ni, aku terima seadanya. Hihi. Okay itu saja utk entry kali ni. Ni semua sekadar pandangan sahaja, tak semuanya betul, tapi ada juga yang betul. So renung-renungkanlah. 

"So instead of starting a conversation in social media, why don't you try starting conversation in real life" 

kbyee :)

1 comment:

  1. Fakta yg sangat menarik pluss awesome ! suka sangattt heheh

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda disini. thanks. :)