Friday, 10 August 2012

Last Choice

orang2 : kau dapat pilihan ke berapa wehh tawaran utk masuk UM ni?
aku : errrrr..last choice. HAHA
Pelbagai reaksi aku terima waktu aku bagitau aku dapat pilihan ke berapa. Ada yg cool, relax cakap OHH. Ada yg kata aku tipu. Ada yg siap gelakkan aku. Panas betul waa! Mesti korang xpernah terbayang pun kan ada org dapat last choice utk UPU. Aku pun tergelak sendiri gak masa dapat tau. Camne aku boleh dapat last choice sehh..sampai hati diorg xnak tgok pilihan aku yg kat atas2 tu.

Actually dalam byk-byk pilihan aku..yg last tu lah paling aku tak mau sebenarnya. Tu pun aku pakai letak je. Ijazah Sarjana Muda Sains Bioperubatan - Universiti Malaya . Aku tanya sume org kat rumah ni. Aku tanya mama. Mama kata okay. Walhal aku dah tak tahu nak letak apa lagi kat pilihan tu. Dan tu lah satu- satunya pilihan yg aku letak UM. Semua orang berebut nak masuk UM tapi aku sebaliknya. HAHA. Mesti korg pelik. Aku pun tak tahu kenapa tapi aku lebih suka UKM :)

Akhir kata, walaupun aku dapat last choice dan aku sendiri pun ragu-ragu setiap kali nak bagitau org pasal hal ni. Aku malu sebenarnya. Yelah orang lain dok bangga dapat 1st choice, 2nd choice and I was the only one who got last choice dude. Aku tetap bangga dengan diri sendiri sekurang-kurangnya aku dapat ke menara gading. hehe. InsyaAllah aku akan buktikan kat orang2 yg ketawakan aku tu yg aku juga mampu graduate dan berjaya suatu hari nanti. Mungkin lagi hebat drp org yg gelakkan aku tu kan? siapa tahu..

I Strongly Believe that I will Graduate with First Class Honor. yeahhhh!

teringin gila nak baling topi graduasi tu..pastu genggam ijazah !hehe

*p/s : kejadian ni berlaku setahun lepas ye. haha. tahniah la kepada adik-adik yg dapat masuk U tu! yayyy tak sabar nak dapat junior..hehe ^^

Thursday, 9 August 2012

zaman kanak-kanak aku!

sedapppp..time kecik2 dulu nak pilih warna pun berebut2 padahal rasa dia sama je kan? lol
DULU kalau jumpa benda ni kat dalam tin biskut, jakun gila kot. haha. 
kecik2 dulu selalu main benda ni ngan kaklong. HAHA
sedap an jajan2 ni?



::Adakah semasa kecil dulu anda pernah buat perkara perkara berikut?

                                     
ni time aku kecik2 dulu..bangun2 je dah ada kat atas katil. heaven gila

1. Buka kipas meja , cakap dengan kipas sebab nak dengar suara bertukar.
2. Naik kereta dan tengok bulan. Ingat bulan tu ikut kita.
3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari "handle", rasa hebat.
4. Masa sekolah, ade orang bagi milo percuma, lepas ambil sekali menyamar jadi orang lain, ambil milo lagi sekali.
5. Masa sekolah, ade orang dtg jual vitagen/susu/buku/barang, bawak balik list, mintak duit nak beli kat mak bapak.
6. Lukis burung guna huruf M atau V
7. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit
8. Masa kecil fikir bentuk hati yang sebenar macam ni ---> ♥
9. Tutup pintu peti ais perlahan lahan, sebab hendak tengok lampu peti ais padam.
10. Kalau tak siap kerja sekolah , sengaja tinggalkan buku latihan di rumah.
11. Pergi dekat peti ais tempat freezer atas tu dan bubuh muka kasi sejuk.
12. Main game Pacman atau Mario
13. Main tanah / main longkang
14. Mintak biodata kawan2
15. Kalau pergi shopping mesti pergi tempat TOY dulu.
16. Buat jet kertas
17. Tengok Power Rangers, Flashman, Maskman, etc.
18. Lawan pemadam / main ceper
19. Main getah
20. Minum air panas dlm piring

mesti korg terkenang2 je time baca entry ni. haha. rinduuuuuuu gila zaman kanak2 aku!

semua kat atas ni aku pernah buat except yg last tu je. haha. seronok betul kan zaman kanak2..tak pikir benda lain, seingat aku dulu2 aku cuma pikir nak main je. tido, makan, main ngan kawan2. hoho. Sekarang ni bila dah semakin tua ni, macam2 benda kena pikir. Phewwww~

"Zaman Kanak-kanak hanya tinggal memori indah yg tidak mungkin kembali, apa yg penting sekarang ciptalah memori yg indah sementara kita semua masih bernyawa ^^v peaceee!"

Tuesday, 7 August 2012

Hidup seorang kidal


Assalamualaikum semua^^ sihat tak korang hari ni? hehe. Tangan aku tiba2 je rasa gatal nak taip entry. HAHA. Sapa kat sini kidal sila angkat tangann. Okay aku tak nampak pun. Tapi yg penting kita gengg!! Left-handed ni rare species tau. Susah gila nak jumpa..sebab aku eksaited gila kalau tau kawan aku kidal gak. Mungkin korang yg guna tangan kanan ni tatau susah senang org kidal kan? mehh aku bagitauu.

Fakta seorang kidal :

  • Menurut Scientific American, 15% penduduk dunia merupakan seorang kidal. Lelaki 2 kali ganda berbanding perempuan. No wonderlah jarang jumpa perempuan kidal. Seriously, dalam ramai2 kawan aku takde seorang pun perempuan kidal wehh..kalau ada pun chinese je. Sedihh :(
  • Orang kidal ni lebih genius. eheemm. Aminnn..bukan aku yg cakap okay. ni fakta! haha
  • Kalau mak bapak kidal, 50% kemungkinan anak mereka juga kidal. Kalau mak bapak right-handed, 2% je anak mereka mungkin kidal. Aku lah makhluk bertuah tuu..mama abah dua2 guna tangan kanan..entah macam mana aku boleh kidal tatau la. Aku ngan adik yg last je kidal dalam family kitorg.
  • Kajian menunjukkan, golongan kidal ni dapat handle large amounts of stimuli lebih baik berbanding mereka yg right-handed. Sebab tu mereka lebih terer main video games. Ohh yeke? aku jarang main game..so aku tatau. hehe.
  • Selalu orang kata, golongan kidal ni kreatif. Tapi ada betul jugak. Bukan aku nak kata aku ni kreatif tapi aku suka seni, benda2 yg cantik. whoooaa.
  • Ada orang pernah kata..orang kidal ni pandai urut. ececece..tapi siyess kakak aku kata aku urut sedap. HAHA.
  • Golongan kidal dikatakan amat rapat dan sangat pentingkan family. Yesss! sokong sangat!!


Kelebihan kidal berdasarkan pengalaman aku.

  • Insan terpilih..sebab antara rare species kat dunia. HAHA. sila bangga sapa kidal.
  • Senang tulis jawi berbanding tulis rumi. eccece..patut tulisan jawi aku lawa! *okay perasan.
  • individu kidal menggunakan otak sebelah kanan yang menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan. Fuyoohhh.
  • Boleh makan sesuka hati kalau tengah study. Ehehe, aku selalu buat ni..tangan kiri tulis, tangan kanan suap jajan kat mulut. Oyehh. patut notes aku kotor. HAHA

tapi banyak jugak kekurangan org kidal ni.

  • Susah nak pegang gunting. Mesti korg yg right- handed ni tak penah tau pun kan? Tapi FYI, aku pegang gunting guna tgn kanan okayy. HAHA. puas aku biasakan time kecik2 dulu.
  • Susah nak pegang mouse lappy. Mouse pun aku pegang guna tgn kanan okay. Hebat kan? haha.
  • Susah nak iron baju. Sebab dah bertahun2 aku practice akhirnya aku berjaya guna tgn kanan nak iron baju. hehe.
  • Susah nak tulis kat meja kuliah. Ni aku palingg gerammm. Asal meja kuliah belah kanan je. Puihh, susah gila aku nak tuliss. Patut la aku selalu tertido kat kuliah. HAHA
  • Korg pakai jam tgn ape? golongan kidal aku rasa pakai jam tgn kanan. tapi aku sebaliknya. aku pakai tgn kiri so kalau nak tulis aku terpaksa bukak jam. Sian aku. 
  • Susah main badminton. Wohoo~ tapi lin dan kidal kot. pemain no. 1 dunia tu. *tiba2 rasa emosi pulak teringat LCW kalah semalam. takpe LCW, malaysia still love youuu.
  • Tangan kotor lepas tulis. Peh benda ni mmg drp aku kecik lagi. Penat nak hilangkan dakwat pen kat jari kelengking tu. Aigooo. Sebab tu aku lagi suka tulis jawi. Tangan bersih je. HEEE
  • Susah nak pegang sudu. Korg mesti tatau kan? Selama ni aku cover macho je depan korg pegang sudu tgn kanan. HAHA. makan pun slow je cam org makan berdamai. Padahal..aku pegang dah gigil2 dah ni. Fuhh..karang aku pakai tgn kiri org pandang slack pulok. 
  • tak ikut sunnah nabi. Yelahhh.buat pape sume guna tgn kiri. Sunnah nabi kan tgn kanan. Kadang2 aku try jugak guna tgn kanan. Tapi dah sejak azali kidal. Sebab tu kadang2 aku terbagi barang/ bayar duit ke guna tgn kiri. Minta maaf ye. hehe
  • Susah nak masak. Aku baru discover ni setelah lama org2 cakap baru aku sedar. Dah lama mama cakap aku pegang sudip macam kekok je. Aku nak siang ikan pun agak payah. Nasib la labuuu. Aku berusaha nak jadi calon isteri mithali ni. Oyehhh!

Lu org nampak tak kesusahan kitorg tu? sedih kann? Walaupun begitu, aku sangat bangga kerana dilahirkan sebagai seorang kidal.  I MAY BE LEFT HANDED bUt I'M ALWAYS RIGHT! HEHE ^_^

Saturday, 4 August 2012

perbezaan orang kapel dengan orang single

Orang kapel - tak boleh berjauhan dengan handphone. Kalau boleh 24 jam pegang hp tu. Makan dengan hp, tido sebelah hp..kalau boleh tengah melepas pun pegang hp gak.
Orang single- handphone letak sepah-sepah..atas peti sejuk, bawah katil dll. Handphone mati 2 hari pun buat dek je. 

Orang kapel- handphone sentiasa ada kredit. 
Orang single-handphone dah 10 bulan tak topup..tunggu expired date baru nak topup agaknya. HAHA

Orang kapel- suka menyendiri sorang2..dok berangan-angan atas katil..banyak menghabiskan masa dengan tepon sendiri berbanding keluarga.
Orang single-suka menghuha-huha..berborak2 dengan keluarga..tgok tv..main2 ngan adik

Orang kapel- suka berjiwang tak tentu pasal kat Facebook, twitter dan orang malas nak layan.
Orang single-sesekali nak jugak jiwang2 kan? tup tap tup tap..ramai pulak yg dok heran. Lu ingat lu sorg je ke pandai jiwang? :P

Orang kapel- cenderung menjadi stalker yg sangat hebat di Fb, twitter dll. Stalk si bf/gf kot2 si dia curang ke kan?
Orang single-pandai jugak stalk orang tapi rasanya tak sampai tahap gaban macam org kapel. 

Orang kapel- kerap tido lambat disebabkan calling2 dengan yg tersayang.
Orang single-tido lambat sebab tgok movie, main game dll.

Orang kapel- bila dapat mesej--->tak heran pun, setiap 1 minit mesej masuk.
Orang single-bila dapat mesej---> laju2 cari tepon..kot2 ada lelaki/perempuan nak msg an? sekali tgok2 maxis/celcom bagi msg. Ciissss *foreveralone

Orang kapel- tak ramai sangat kawan (kalau pompuan laa)
Orang single-kawan sebanyak yg tidak. Baik laki baik pompuan.

Orang kapel- papehal sume buat dengan pasangan masing2. Katalah satu tempat belajar dengan pasangan..makan sama2..pegi kelas sama..pokoknya buat apa2 semua dgn org yg samalah.
Orang single-ari senin usrah dengan geng surau..selasa pegi karaoke dgn coursemate..rabu lepak tgok bola dgn rumate. Nampak tak? Gila bapak ramai punya kawan..ari2 lepak dengan org berbeza. 

Orang kapel- jaga penampilan kasi cun/hensem kaw2 punya demi pasangan masing2.
Orang single-buat tak heran je..buat nak lawa2..pakai bedak pun dah cukup bagus. HAHA

Orang kapel-selalu berpenyakit hati..makan hati..mana taknyaa..asyik risau pasangan masing2 curang atau ada yg lain/ tak boleh biar diorang ramai sikit dgn yg lain jantina. 
Orang single-selalu bahagia, ceria seolah-olah baru dilahirkan semula. Tak risau pasal apa2..pikirkan diri sendiri je.

Orang kapel- nak pergi mana2..pegi dgn sapa..kena report dulu kat pasangan.
Orang single-nak pergi mana2..lantak aku lah! bebas2~ haha.

Orang kapel- selalu bf/gf pegang password fb..kadang2 tolong mainkan sekali. Remove org2 yg tak patut.
Orang single- Facebook aku sorg yg punya! Nak menggatal dgn sesapa pun lantak aku lahh. Kau ado?

Orang kapel- sentiasa ada yg temankan..Untunglah ada yg sayang!
Orang single- kadang2 sunyi jugak. Forever alone. Takpe at least aku ada Allah :)


Rasanya daripada lists kat atas ni korang boleh tau kot aku yg mana satu. Saya single! haha. Macam promote diri la pulak. Memandangkan umur aku yg semakin tua ni..emosi agak terganggu jugak bila dihujani soalan2 sensitif pasal teman lelaki. Memang aku takde teman lelaki lagi tapi InsyaAllah satu hari nanti aku ada suami. Senntapppp tak? HAHA. Kalau kau bercinta sebab sunyi baik tak payah la der..aku hanya akan bercinta bila aku dah bersedia satu hari nanti. Yelah, diri sendiri pun tak terurus nak jaga org lain. Memang tak ahh. Jodoh itu rahsia ALLAH! Semuanya Allah dah tentukan. Sabar dan berdoa ye. Hehehe. Renung-renungkan lah! 


Agak2 apalah future husband aku tgah buat sekarang ni? hmmm ^^

ada lagi tak lelaki macam ni? bertuah la kalau dapat suami macam ni. ekeke


Wednesday, 1 August 2012

pendiam vs banyak cakap

Salam ramadhan semua.

Terasa nak tulis entry pulak lepas atiqah abdull razak melawat blog aku tempoh hari. Haha. malu sebenarnyaa. >.< tetiba rasa tertarik pulak nak ketengahkan topik pendiam vs banyak cakap/ peramah ni. Agak-agak korang dalam kategori yang mana ek? tapi actually benda ni korang sendiri sedia maklum dengan perangai korang. ye dak? Tapi orang sekeliling kita pun ada hak nak nilai kita ni macam mana.

As for me, aku rasa pendiam dengan banyak cakap tu dua2 pun character aku. haha. tamak gilaa. Kalau nak tau aku ada banyak personaliti sebenarnya dan aku yang sebenarnya ialah aku yang kat rumah tu. Jadi family aku je yang faham betul aku ni sebenarnya orang yang macam mana. Tapi tu tak bermaksud aku propa je selama ni kawan ngan korang kan? tidak sama sekali. perangai yang aku paparkan kat korang semua tu lah perasaan aku yang sebenarnya. ececece.

Satu benda yang tak pernah berubah dari dulu sampai sekarang..nak tau apa? haha. first impression orang kat aku.

"PENDIAM-------PEMALU-------SKEMA"

Kalau hari ambil kad penyata kat sekolah..aishhh, aku paling tak suka. Aku bukan risau pasal result aku tapi aku risau apa cikgu nak cakap kat mama pasal aku. Dan setiap tahun..masa sekolah rendah sampai aku sekolah menengah..mesti cikgu akan kata...

"ROSNADIA NI PENDIAM ORANGNYAA..!" aku bosan seyh dengan benda ni. HAHA

Untuk pengetahuan korang, aku ni bukan macam orang lain yg jenis peramah dengan semua org. Aku rasa aku boleh masuk kat group pendiam kalau first time jumpa org. Dan aku akui zaman sekolah aku sangat pendiam. Ehh, sangat ke? ntahh. Aku cuma bising dengan kawan2 rapat aku je dan diorang jelah yg paham perangai gila aku.

Tapi bila aku start masuk matrik..aku mula belajar bergaul, bersosial la konon. Haha. Mama la yg suruh..dia risau sangat anak dia ni takde kawan. Bukan bersosial pun i mean belajar berkomunikasi. Aku mula belajar start conversation dengan org yg aku tak kenal. Rasa kelakar gila kot. Teringat ada satu hari tu..first day aku tukar masuk sains hayat. Bapak risau gilaa. sorang pun aku tak kenal kat praktikum tu. Nak2 pulak budak sc hayat kan? semua skema. Sampaikan aku beranikan diri jugak aku yg tegur budak lelaki kat kelas aku tu. Sebab dia diam gila. Maklumlah time tu yg baru tukar berapa ketul la sangat. Budak laki tu pun tergolong dalam pelajar transfer jugak macam aku.

"weh..kau nak tak kertas ni? nanti aku photostatkan" kata aku.
"hmmm.." jawab lelaki tersebut.
Dia hmm je bro. Malu tak malu aku. Terus aku rasa macam lelaki usha perempuan tapi kali ni situasinya terbalik. Nampak tak permainan dia kat situ. HAHA. Tapi dari situlah aku mula belajar menjadi sedikit peramah sampai akhirnya claassmate kat matrik dulu tak percaya bila aku kata aku pendiam dulu kat sekolah. Wahaha. Kehidupan di matrik sangatlah seronok sebab aku kenal ramai orang dan benda yg aku tak pernah terbayang pun sebelum ni. The most interesting part is, kebanyakan kawan2 aku kat sana semua lebih berusia daripada aku. HAHA. Jangan marah geng. Aku gurau je pun. Yelah tua setahun je kan. Aku kenal diorang pun sebab rumate aku lah, Atiqah yg paling aku sayang tu. Seriously, semua sempoi gila..muka je legend tapi dalam hati ada taman! dan yg paling kelakar..aku bahasakan diri AKU KAU je dengan diorang. Pun bolehh..baru nampak muda :P

Begitulah kehidupan sosial aku di matrik sampai ada yg menggelarkan aku PUSAT GOSIP di kmns ni. Boleh fight ngan cikgu amir kata diorg. Ntah aku pun taktahu camne benda ni boleh terjadi. Boleh dikatakan semua gosip liar kat kmns aku tau disebabkan kenalan-kenalan aku. Dan seolah-olah semua ada kaitan antara satu sama lain. Aku kenal si A. Rupa-rupanya..dia satu kelas dengan si B kawan aku. Awek si B pulak satu kelas pulak dengan member aku si C. Lastly, aku kenal semua budak kat kmns. HAHAHA. Okay aku tipu! takde la sampai semua aku kenal. Hiperbola je tu nak tunjuk ramai sangat yg aku kenal an? haha.

Bila dah masuk U ni..lain pulak kisahnya. Aku tak tau sama ada aku peramah sangat atau diorang yg pendiam sebenarnya? ohho. aku suka sangat bercerita sampai kawan2 aku malas nak dengar. Bila aku kata aku pendiam diorang tak percaya. Nampak tak revolusinya tu. Honestly, aku cuba sedaya upaya nak kawal percakapan aku sekarang ni.





In a nutshell, aku akan menjadi pendiam dengan orang yg aku tak biasa, tak selesa, tak rapat, tak sekepala, tak suka.  ehh? tapi aku memang macam tu. Aku hanya banyak cakap dengan someone yg aku betul-betul selesa, kawan rapat sebab aku suka perangai korang. Kalau aku boleh cerita segala-galanya yg tak penting pun pada korang..tu maksudnya aku dah anggap korang macam family aku. Ada paham? Hehe. Tapi serius ahh..aku ada satu tabiat yg aku sendiri pun tak tahu nak nilai baik ke buruk. Obvious gila kalau aku tak suka kat orang. Aku akan diam je sediam-diamnya. Tak pun aku malas nak layan. Thats why aku sangat benci orang yg talam dua muka. Berpura-pura baik je depan kita belakang dok mengutuk-kutuk. Puih.

Kalau betul la korang kawan aku..rasanya korang boleh nilai kot macam mana perangai aku dengan korang dan siapa sebenarnya korang pada aku. HAHA. Sekian sahaja untuk kali ini. Sehingga berjumpa lagi. Byeeee.