pendiam vs banyak cakap

Salam ramadhan semua.

Terasa nak tulis entry pulak lepas atiqah abdull razak melawat blog aku tempoh hari. Haha. malu sebenarnyaa. >.< tetiba rasa tertarik pulak nak ketengahkan topik pendiam vs banyak cakap/ peramah ni. Agak-agak korang dalam kategori yang mana ek? tapi actually benda ni korang sendiri sedia maklum dengan perangai korang. ye dak? Tapi orang sekeliling kita pun ada hak nak nilai kita ni macam mana.

As for me, aku rasa pendiam dengan banyak cakap tu dua2 pun character aku. haha. tamak gilaa. Kalau nak tau aku ada banyak personaliti sebenarnya dan aku yang sebenarnya ialah aku yang kat rumah tu. Jadi family aku je yang faham betul aku ni sebenarnya orang yang macam mana. Tapi tu tak bermaksud aku propa je selama ni kawan ngan korang kan? tidak sama sekali. perangai yang aku paparkan kat korang semua tu lah perasaan aku yang sebenarnya. ececece.

Satu benda yang tak pernah berubah dari dulu sampai sekarang..nak tau apa? haha. first impression orang kat aku.

"PENDIAM-------PEMALU-------SKEMA"

Kalau hari ambil kad penyata kat sekolah..aishhh, aku paling tak suka. Aku bukan risau pasal result aku tapi aku risau apa cikgu nak cakap kat mama pasal aku. Dan setiap tahun..masa sekolah rendah sampai aku sekolah menengah..mesti cikgu akan kata...

"ROSNADIA NI PENDIAM ORANGNYAA..!" aku bosan seyh dengan benda ni. HAHA

Untuk pengetahuan korang, aku ni bukan macam orang lain yg jenis peramah dengan semua org. Aku rasa aku boleh masuk kat group pendiam kalau first time jumpa org. Dan aku akui zaman sekolah aku sangat pendiam. Ehh, sangat ke? ntahh. Aku cuma bising dengan kawan2 rapat aku je dan diorang jelah yg paham perangai gila aku.

Tapi bila aku start masuk matrik..aku mula belajar bergaul, bersosial la konon. Haha. Mama la yg suruh..dia risau sangat anak dia ni takde kawan. Bukan bersosial pun i mean belajar berkomunikasi. Aku mula belajar start conversation dengan org yg aku tak kenal. Rasa kelakar gila kot. Teringat ada satu hari tu..first day aku tukar masuk sains hayat. Bapak risau gilaa. sorang pun aku tak kenal kat praktikum tu. Nak2 pulak budak sc hayat kan? semua skema. Sampaikan aku beranikan diri jugak aku yg tegur budak lelaki kat kelas aku tu. Sebab dia diam gila. Maklumlah time tu yg baru tukar berapa ketul la sangat. Budak laki tu pun tergolong dalam pelajar transfer jugak macam aku.

"weh..kau nak tak kertas ni? nanti aku photostatkan" kata aku.
"hmmm.." jawab lelaki tersebut.
Dia hmm je bro. Malu tak malu aku. Terus aku rasa macam lelaki usha perempuan tapi kali ni situasinya terbalik. Nampak tak permainan dia kat situ. HAHA. Tapi dari situlah aku mula belajar menjadi sedikit peramah sampai akhirnya claassmate kat matrik dulu tak percaya bila aku kata aku pendiam dulu kat sekolah. Wahaha. Kehidupan di matrik sangatlah seronok sebab aku kenal ramai orang dan benda yg aku tak pernah terbayang pun sebelum ni. The most interesting part is, kebanyakan kawan2 aku kat sana semua lebih berusia daripada aku. HAHA. Jangan marah geng. Aku gurau je pun. Yelah tua setahun je kan. Aku kenal diorang pun sebab rumate aku lah, Atiqah yg paling aku sayang tu. Seriously, semua sempoi gila..muka je legend tapi dalam hati ada taman! dan yg paling kelakar..aku bahasakan diri AKU KAU je dengan diorang. Pun bolehh..baru nampak muda :P

Begitulah kehidupan sosial aku di matrik sampai ada yg menggelarkan aku PUSAT GOSIP di kmns ni. Boleh fight ngan cikgu amir kata diorg. Ntah aku pun taktahu camne benda ni boleh terjadi. Boleh dikatakan semua gosip liar kat kmns aku tau disebabkan kenalan-kenalan aku. Dan seolah-olah semua ada kaitan antara satu sama lain. Aku kenal si A. Rupa-rupanya..dia satu kelas dengan si B kawan aku. Awek si B pulak satu kelas pulak dengan member aku si C. Lastly, aku kenal semua budak kat kmns. HAHAHA. Okay aku tipu! takde la sampai semua aku kenal. Hiperbola je tu nak tunjuk ramai sangat yg aku kenal an? haha.

Bila dah masuk U ni..lain pulak kisahnya. Aku tak tau sama ada aku peramah sangat atau diorang yg pendiam sebenarnya? ohho. aku suka sangat bercerita sampai kawan2 aku malas nak dengar. Bila aku kata aku pendiam diorang tak percaya. Nampak tak revolusinya tu. Honestly, aku cuba sedaya upaya nak kawal percakapan aku sekarang ni.





In a nutshell, aku akan menjadi pendiam dengan orang yg aku tak biasa, tak selesa, tak rapat, tak sekepala, tak suka.  ehh? tapi aku memang macam tu. Aku hanya banyak cakap dengan someone yg aku betul-betul selesa, kawan rapat sebab aku suka perangai korang. Kalau aku boleh cerita segala-galanya yg tak penting pun pada korang..tu maksudnya aku dah anggap korang macam family aku. Ada paham? Hehe. Tapi serius ahh..aku ada satu tabiat yg aku sendiri pun tak tahu nak nilai baik ke buruk. Obvious gila kalau aku tak suka kat orang. Aku akan diam je sediam-diamnya. Tak pun aku malas nak layan. Thats why aku sangat benci orang yg talam dua muka. Berpura-pura baik je depan kita belakang dok mengutuk-kutuk. Puih.

Kalau betul la korang kawan aku..rasanya korang boleh nilai kot macam mana perangai aku dengan korang dan siapa sebenarnya korang pada aku. HAHA. Sekian sahaja untuk kali ini. Sehingga berjumpa lagi. Byeeee.

Comments

  1. Susa juga nk berckp banyak pda org yg kita x rapat ... Aku jga seorg pendiam tpi aku x sombong sperti mne org sangkakan trhadap driku ...

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda disini. thanks. :)

Popular posts from this blog

Matrikulasi VS Asasi

COMMON SENSE

Rupa VS Personaliti