Thursday, 9 August 2012

zaman kanak-kanak aku!

sedapppp..time kecik2 dulu nak pilih warna pun berebut2 padahal rasa dia sama je kan? lol
DULU kalau jumpa benda ni kat dalam tin biskut, jakun gila kot. haha. 
kecik2 dulu selalu main benda ni ngan kaklong. HAHA
sedap an jajan2 ni?



::Adakah semasa kecil dulu anda pernah buat perkara perkara berikut?

                                     
ni time aku kecik2 dulu..bangun2 je dah ada kat atas katil. heaven gila

1. Buka kipas meja , cakap dengan kipas sebab nak dengar suara bertukar.
2. Naik kereta dan tengok bulan. Ingat bulan tu ikut kita.
3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari "handle", rasa hebat.
4. Masa sekolah, ade orang bagi milo percuma, lepas ambil sekali menyamar jadi orang lain, ambil milo lagi sekali.
5. Masa sekolah, ade orang dtg jual vitagen/susu/buku/barang, bawak balik list, mintak duit nak beli kat mak bapak.
6. Lukis burung guna huruf M atau V
7. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit
8. Masa kecil fikir bentuk hati yang sebenar macam ni ---> ♥
9. Tutup pintu peti ais perlahan lahan, sebab hendak tengok lampu peti ais padam.
10. Kalau tak siap kerja sekolah , sengaja tinggalkan buku latihan di rumah.
11. Pergi dekat peti ais tempat freezer atas tu dan bubuh muka kasi sejuk.
12. Main game Pacman atau Mario
13. Main tanah / main longkang
14. Mintak biodata kawan2
15. Kalau pergi shopping mesti pergi tempat TOY dulu.
16. Buat jet kertas
17. Tengok Power Rangers, Flashman, Maskman, etc.
18. Lawan pemadam / main ceper
19. Main getah
20. Minum air panas dlm piring

mesti korg terkenang2 je time baca entry ni. haha. rinduuuuuuu gila zaman kanak2 aku!

semua kat atas ni aku pernah buat except yg last tu je. haha. seronok betul kan zaman kanak2..tak pikir benda lain, seingat aku dulu2 aku cuma pikir nak main je. tido, makan, main ngan kawan2. hoho. Sekarang ni bila dah semakin tua ni, macam2 benda kena pikir. Phewwww~

"Zaman Kanak-kanak hanya tinggal memori indah yg tidak mungkin kembali, apa yg penting sekarang ciptalah memori yg indah sementara kita semua masih bernyawa ^^v peaceee!"

No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda disini. thanks. :)