Friday, 10 August 2012

Last Choice

orang2 : kau dapat pilihan ke berapa wehh tawaran utk masuk UM ni?
aku : errrrr..last choice. HAHA
Pelbagai reaksi aku terima waktu aku bagitau aku dapat pilihan ke berapa. Ada yg cool, relax cakap OHH. Ada yg kata aku tipu. Ada yg siap gelakkan aku. Panas betul waa! Mesti korang xpernah terbayang pun kan ada org dapat last choice utk UPU. Aku pun tergelak sendiri gak masa dapat tau. Camne aku boleh dapat last choice sehh..sampai hati diorg xnak tgok pilihan aku yg kat atas2 tu.

Actually dalam byk-byk pilihan aku..yg last tu lah paling aku tak mau sebenarnya. Tu pun aku pakai letak je. Ijazah Sarjana Muda Sains Bioperubatan - Universiti Malaya . Aku tanya sume org kat rumah ni. Aku tanya mama. Mama kata okay. Walhal aku dah tak tahu nak letak apa lagi kat pilihan tu. Dan tu lah satu- satunya pilihan yg aku letak UM. Semua orang berebut nak masuk UM tapi aku sebaliknya. HAHA. Mesti korg pelik. Aku pun tak tahu kenapa tapi aku lebih suka UKM :)

Akhir kata, walaupun aku dapat last choice dan aku sendiri pun ragu-ragu setiap kali nak bagitau org pasal hal ni. Aku malu sebenarnya. Yelah orang lain dok bangga dapat 1st choice, 2nd choice and I was the only one who got last choice dude. Aku tetap bangga dengan diri sendiri sekurang-kurangnya aku dapat ke menara gading. hehe. InsyaAllah aku akan buktikan kat orang2 yg ketawakan aku tu yg aku juga mampu graduate dan berjaya suatu hari nanti. Mungkin lagi hebat drp org yg gelakkan aku tu kan? siapa tahu..

I Strongly Believe that I will Graduate with First Class Honor. yeahhhh!

teringin gila nak baling topi graduasi tu..pastu genggam ijazah !hehe

*p/s : kejadian ni berlaku setahun lepas ye. haha. tahniah la kepada adik-adik yg dapat masuk U tu! yayyy tak sabar nak dapat junior..hehe ^^

No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda disini. thanks. :)