Tuesday, 21 January 2014

Tamat Semester 5

Assalamualaikum~

Maaf dah lama tak update blog. hehe. busy memanjang sem 5 lepas. Penat dgn assignment yg menimbun dan testttt testtt testtt. fuh. Alhamdulillah habis dah final exam hari tu. Kalau nak tauu..sem lepas la aku paling banyak berjalan. berjimba-jimba. haihh happy betul. Tapi dalam happy2 tu..ada je benda sedih yg jadi. Hmm..sebab tu org tua-tua kata " jangan suka sgt...nanti nangis." Sem lepas jugaklah aku paling byk nangis aku rasa. hmmm. tapi takde yg tau pun. hahaha. malu ahh kalau org tgok kita nangis. lolzz. Time study week arituu..handphone aku rosak. Dulu masa 2nd year handphone masuk dalam laut. Haishh macam-macam hal la nadia ni. Tapi takpe la..ada hikmahnya...aku dah kurang buat benda2 lagha sekarang ni. Kalau tak..main fon 24 jam. Sekarang, fon tak charge berminggu2 pun buat dek je. HAHA. Pastuuuu..ada lagi benda paling sedih....masa ari kamis study week arituu..sebelum paper Clinical Chemistry, aku dapat tau yg nenek sakit. Sakit stroke kecil..mcm arwah atuk kena dulu. Waktu dapat tau tu..rasa mcm nak gugur jugak la jantung. Tapi nasib baik mampu bertahan lagi..mampu kuat lagi..sbb tau Allah kan ada. Pastu kaklong cakap nenek dah tak banyak ckp macam dulu. Ingat-ingat lupa..shafiq pun dia dah tak ingat. :( Tapi alhamdulillah syukur sgt pada Allah berapa hari lepas tu..nenek semakin pulih. Dah boleh berjalan. Cuma cakap kurang sikit. Dan disebabkan nenek sakitlah aku buat keputusan utk batalkan percutian aku..yg sepatutnya kitorg pegi genting highland. Lepas tu call kaklong, dia kata nenek dah makin sihat. Siap cakap kat tepon lagi dgn aku. Hehe. Nenek ingat aku..nenek kata aku cucu kesayangan dia lepas kaklong. hmmm sedihhhh. Sekarang ni..dah balik rumah. Tolong jaga nenek. Alhamdulillah nenek makin okayyyy. hehhehe. tapi sebenarnya rindu sgt nenek yg banyak cakap, kuat marah2 aku. Hmmmm. Nak masak pun nenek dah tak ingat sekarang. Nasib baik lah nenek dah turunkan ilmu memasak dia kat aku sikit. So, hari-hari aku dgn kaklong la yg tolong masak. Lastly, semoga Allah sembuhkan penyakit nenek ni..supaya nenek sihat mcm sediakala dan panjang umur sbb kitorggg sayang sangat kat nenek!! :)


Bye, jumpa lagi entry akan datang *kalau adela. haha*




No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda disini. thanks. :)