Tuesday, 24 June 2014

Buddies Takkan Terpisah

Assalamualaikum, 

Lama rasanya tak update blog. Biasalah alasannya busy busy busy. Tapi kali ni aku serius. Tahun 3 Semester 2 ni sangat penat! Boleh kata setiap minggu mesti ada presentation, assignment, test. Semester 6 ni la paling mencabar. Fuhhh, letih weh..hari ni baru aku rasa boleh bernafas dengan normal. HAHA. Sebab dah habis exam! yahooooooooooo. Dalam masa yang sama, aku rasa sedih jugaklah sebab lepas ni aku dah tak duduk dengan member2 baik aku, buddies takkan terpisah. Tapi kitorang terpisah gak. Sobssss.

Ceritanya cenggini, sebenarnya daripada sem lepas dah plan sesama nak duduk luar. Pastu entah macamana baru aku sedar, aku lupa nak bagitau mama pasal benda ni. So bila masanya tiba. Aku cakap kat mama boleh tak kita nak duduk rumah sewa blablabla. Mula-mula mak aku kasi walaupun sewanya mahal sikit tapi dia ingatkan aku nk duduk rumah sewa tu untuk praktikal je. Bila aku cakap aku nak duduk sampai final year, laju mama bantah! huwaaaaa

Sebak, serius sebak. Macam-macam jugaklah bermain kat kepala otak ni. Yelah, nanti tinggal aku jelah kat kolej 6 ni haaa. Ada pun member yang biasa2 je. Tak gila-gila sangat dan tak boleh nak berhaha-haha sangat. Mama kata...orang berebut-rebut nak duduk kolej, kau nak duduk luar pulak. Takpelah mungkin ada hikmah disebalik semua ni. *nangis* 

Walau apapun terjadi, semoga persahabatan kita kekal selamanya sahabat! Biar sampai ke syurga. Semoga kalian hidup dengan aman bahagia. Semoga kalian tidak lalai dan leka dengan hal duniawi. Serius aku bakal rindukan aktiviti tengok movie hantu dengan korang setiap hujung minggu. Lepak sesama. Gosip sesama pasal coursemate. Aku bakal rindukan gelak ketawa korang yang macam pontianak tu. Aku bakal rindukan lawak hambar korang. Marathon citer korea kita sampai dua tiga pagi pastu kena sound dengan bilik sebelah. Aku bakal rindukan semuanya. Kerana egoku yang tinggi menggunung, aku malu nak cakap...sebenarnya aku sayang gila kat korang. Sampai sini jelah, takut makin panjang aku tulis nanti banjir pulak bilik ni. Byeeee 

2 comments:

  1. Jangan sedih-sedih . Duduk dekat mana-mana pon tak kisah, yang penting dapat belajar dengan selesa . Choiii, haha .

    ReplyDelete
  2. heyy! i just realize this comment! HAHA. Thankss paan :)

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda disini. thanks. :)