FINAL YEAR

Assalamualaikum semuaa :)

                    Ehem, macam tajuk entri yang korang baca tu. Hehe. Sekarang aku dah masuk tahun akhir. InshaAllah kalau takde repeat pape tahun depan grad! Aamin. Hmm bila dah masuk 4th year ni, rasa macam dah nak berpisah dengan semorang. Aku sedih sebenarnya bila pikir. Hmm. Nanti mesti jadi macam kat matrik dulu, bila dah berpisah tu, semua tak jumpa balik dah sebab duduk negeri lain-lain. Sampai sekarang aku takleh move on mengenangkan perpisahan paling tragis dengan classmate dulu. Malam tu kitorang buat BBQ dengan majlis perpisahan. Macam-macam game kitorg main. Truth or Dare. HAHA. 

Part paling last sekali, kitorang nyanyi reramai lagu Brothers - Doa Perpisahan 

Pertemuan kita di suatu hari, Menitiskan ukhwah yang sejati, Bersyukurku ke hadrat Ilahi di atas jalinan yang suci...
                    Aku baru nyanyi bape ayat ni, terus terdiam bisu. Pastu tanpa sedar, air mata dah meleleh-leleh dah. Rasa macam nak banjir dah time tu. HAHA. Makin lama suara semorang makin hilang, lagu tu tak sempat habis pun. Cikgu syed pun hilangkan diri. Rupanya dia menangis kat belakang astaka. Yang paling sayu waktu tu, Munirah, dia nangis paling kuat time tu. Dengan teresak-esak tu dia cakap, korang..kita dah nak berpisah ni. Lepas ni, tak jumpa dah. Hmmmm sumpah sedih gila waktu tu. Budak laki pun semua kesat air mata, mata masing-masing sembap gila. Aku pun nangis teruk malam tu. Bonding kuat gila time tu, walaupun kenal setahun je tapi dah rasa macam adik-beradik. Malam tu macam-macam luahan rasa terkeluar. Rasa tak puas hati kat orang itu ini. Sampailah seseorang ni pun confess kat aku. Dia minta maaf buat aku camtu. Tapi aku tak sempat nak cakap apa pun..tiba turn aku, tetiba mak guard halau suruh balik blok masing-masing sebab dah tgh malam. Aku pun nak cakap something sebenarnya tapi terkubur macam tu je. Takpelah, aku dah lama maafkan kau. Biasalah kita bebudak lagi time tu. Soal hati dan perasaan ni benda rumit. 

                       Okay sudah dgn kisah sedih, mari kita berbalik pada topik asal. Haaaa, sebenarnya waktu sekarang ni aku nak luangkan sebanyak masa yang mungkin dgn coursemate! Sebabnya aku nak cipta memori indah. Supaya bila dah tua nanti, aku senyum sensorang mengenang zaman U aku. kahkah. Overrr. Dan kerana itu juga lah aku join Wheelchair Race aritu, sukaneka biomed, lepak-lepak dgn coursemate. Tapi kann..sem ni rasa macam makin rapat sikit lah dgn coursemate. Semuanya bermula bila kitorang makan kat mamak sesama. Malam tu aura dia lain macam. Rasa macam kena rasuk pun ada. Kahkah. Jadinya, macam-macam lah citer yang terkeluar malam tu pasal orang itu, orang ini. Dan time tu jugaklah terkeluar perangai sebenar aku yg suka menjemah ni. Astaghfirullahaladzim. Hahaha

                Banyak sangat berita mengejutkan yg kitorg terima malam tu. Balik kolej pukul 1 lebih, yang lawaknya masing-masing tak boleh tido mengenangkan berita tergempar yg kitorg dengar time tu. Jah bersungguh wassap aku cakap takleh tido. Syai pun rupa-rupanya takleh tido jugak tapi tanak wassap sebab ingatkan kitorang dah tido. Padahal masing-masing tak boleh tido. Hahaha. Tapi serius cakap, sepanjang aku duduk kat UM, aku rasa malam tu conversation yg paling best sekali. Timing cantik. Tempat best. Geng jemahnya pun terbaik. Jah pun kata, dia have fun gila malam tu. Sebab rasa rapat. Kenapa tak buat mende ni daripada first year dulu? Haihh


                    Haaa betul lah tu. Kalau kau cakap dengan aku time tengah malam, time tulah selalunya aku bercakap jujur. Kahkah bahaya betul. So, bila dah tengah malam elakkan bercakap dengan aku. Tapi sekarang ni susah dah nak kumpul reramai macam dulu. Masing-masing busy dgn FYP. Tup tap tup tap..eh dah mid-sem break. Ni first time aku tak balik umah. Sedihnyaaaa ya Allah! huwaaaaa. Takpelah berkorban sikit. Sebenarnya aku ada banyak lagi mende nak citer tapi lain kali jelah. Sebab dah tengah malam sangat ni. Nak kena tido, esok nak pegi fieldtrip kat Melaka. Ngeeeee. Okay jumpa lain kali. Byeeeee ~

*mid-sem break je rajin update* kahkah






Comments

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda disini. thanks. :)

Popular posts from this blog

Matrikulasi VS Asasi

Rupa VS Personaliti

COMMON SENSE