Wednesday, 4 February 2015

Sepatutnya Cuti Sem

Assalamualaikum semuaa :)

                   Lama gila tak update blog. Bajet-bajet bizi laa ni. HAHA. Sepatutnya sekarang ni cuti sem, sepatutnya lah tapi aku bertapa lagi kat UM ni haa siapkan FYP yang taktau la bila nak siapnya. Rindu gila kat umah, family semuaa sampai demam-demam, selesema ni haa. Sobssss. Takpe jumaat ni nak balik Johor dah! yayyyy. Oh nak citer ni, aritu result 4th year sem 1 aku dah keluar. Alhamdulillah lulus semua. Tapi pointer aku..kahkahkah. Jatuh terjunam-junam hoii. Sebab aku banyak main ni sem lepas, kuat pegi mamak, hmm kuat menjemah, malas study, dan semakin bersosial dgn orang2 kot. hahahah. Tapi bila bagitau mama, mama watlek watpeace je. Mama kata oh takpelaa, okay la tuu. HAHAHA. Mama selalu macam tuu. Semua benda dia okay. Tapi bila mama kata okay, aku lega laa sebab satu-satunya insan yg aku nak impresskan dengan result aku kat dunia ni, mama sorang je dan keluarga aku ofkos. 

               Ingat lagi dulu, masa kat matrik semester 2..aku sanggup tak belajar sebab nak cipta memori dengan kengkawan (gua memang takleh move on lagi dengan kehidupan matrik gua. XD) Siap kata gini, aku takkan menyesal walaupun result aku tak 4 flat asalkan aku ada kenangan dengan korang. KAHKAH. ayat bunuh diri gila. Tapi memang aku buat betul kot. Setiap petang aku keluar melepak kat astaka, panjat bukit tengok sunset, macam-macam lagi laa kitorg buat. Ah seronok! Pada aku lah, tak guna kalau kau pandai, tapi kau takde pengalaman langsung, kau tak bergaul dengan orang. At the end of the day, kau takde benda nak citer kat anak cucu kau bila kau dah tua nanti. Pengalaman itu sendiri aku rasa lagi banyak mengajar kita berbanding ilmu yang ada kat dalam buku. Sebab tu aku malas belajar kot sem lepas, sebab nak cipta memori. XD

               Sebenarnya aku nak tulis entri ni pendek je, tetiba jadi panjang pulak. K takpe. Nak citer lagi, hahaha. hmm cuti sem ni selain daripada masuk lab, kerja aku tak lain tak bukan, tgk movie! Banyak gila movie aku tengok tp semuanya memang worth-watching. Serius best. Nanti kalau aku rajin aku kasi review sikit pasal movie2 tu. Banyak benda laa aku belajar dr movie2 gitu, pasal kehidupan, pasal Islam. K dah laa penat pulak, tulis entri rajin pulak, thesis semua kelaut. Kalau rajin nanti bila2 aku update lagi. Byeee selamat malam :)

Gambar ni memang takde kaitan pun dengan entri ni. sukati aku laa nak post gmbar mende. Suka gmbo ni cam comel je. kahkah


No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda disini. thanks. :)