Sunday, 31 May 2015

broken hearted

Assalamualaikum..

Lately ni asik rasa sedih je. hahaha. Emosi tak stabil. K bukan takat sedih jelah siap nanges bagai lagi. Over betul. Nak buat cemana seorang nadia ni mmg dilahirkan sbg manusia yang over dan annoying. Ramai yg ckp camtu. hmm. Malam tadi nanges buat keberapa kalinya utk sem ni. Sem yg penuh dengan tangisan. Tapi kali ni bukan tangisan meratapi nasib. Tapi tangisan untuk seorang sahabat. Sampai tak boleh tido. Orang lain punya masalah tapi kau pulak yg over lebih. Pehal? hahaha. Sbb aku mmg camni. XD Entahlah mungkin sbb aku pernah suatu ketika dulu rapat dgn dia. Aku dah masak sangat dgn perangai dia. Dia bukan jenis org yg suka luahkan masalah. Maksudnya kalau dia luahkan tu..dah tahap kritikal. Sepanjang aku kenal dgn dia, dia selalu pikirkan pasal org lain lebih dari diri sendiri. Dia terlalu baik. antara manusia paling baik aku pernah jumpa. Sbb tu aku sayang sangat2 kat dia walaupun aku tak tunjuk. 

Instinct aku tak pernah salah. Sebenarnya dah lama aku perasan dia sedih. Bukan macam dia yg dulu. Rupa-rupanya tulah masalahnya. Mungkin salah satu faktor aku sedih sgt sbb aku ada bersama-sama dgn dia masa dia start sukakan budak tu. Kadang2 rasa macam aku yg salah sbb aku yg banyak citer pasal budak tu kat dia sampai dia jadi minat. Sbb ramai org taktau pasal dia sbb terlalu misteri. Mula-mula dulu dia suka main-main. Tapi lama-kelamaaan aku tgk rasa suka dia tu bersungguh-sungguh sampai aku nasihat kan dia jgn main2 weh nanti kau suka betul2. hmmm tapi tulah. cinta tu datang sendiri..kita tak boleh nak hindar. tapi kenapa harus begini? :( 

Serius aku sedih sangat masa tau hati kau sakit, hati kau remuk, hati kau patah. Rasa macam situasi kita dulu tp ofkos lain. Kau punya lagi parah. Tapi aku serius paham perasaan tu. Zaman di mana aku rasa down sangat2. Tak boleh nak pikir betul2. Tak boleh nak luah apa yg kita rasa. Zaman tiba2 kita yg banyak ckp jadi pendiam. Senyuman kita jadi fake. hmmmm. Sabarlah wahai sahabat, aku sentiasa doakan kau. inshaAllah satu hari nanti kau akan dapat kebahagiaan dengan kesabaran kau, pengorbanan kau yg terlalu banyak tu. Aku doakan kau dikurniakan pasangan hidup yg jauh lagi layak dan terbaik untuk kau. Allah tahu apa yg terbaik utk hamba-Nya. Jgn sedih. Nanti aku jadi makin sedih jugak. Aku nak kau bahagiaaaaaaaa. Aku menjauh pun sbb nak tgk kau bahagiaaaa. Tapi kenapa kau jadi macam ni pulak skrg? Kau buat aku sedih. :( :( 

Tinggal lagi seminggu nak habes sem. Hati aku macam dah tak betul skrg ni. Sedih memanjang. sedih dgn segala-galanya. Sedih nak berpisah. K tanak taip dah la nanti nanges lagi. hmmmmmmmmm


p/s: baca entri kali ni dgr lagu drama band - biarkanlah ni pulak. hahaha. hmm aku suka lagu ni sbb rasa dekat sangat dgn hati ni. mungkin kena jugak dgn entri kali ni. kbai. 


1 comment:

  1. kadang-kadang orang tak paham knp kite sedih...tapi menangis bagus untuk hilangkan rasa dalam hati...untuk bersihkan jiwa

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda disini. thanks. :)