Jodoh VS Mati

Assalamualaikum dan salam ramadhan...


          Seringkali kita dengar orang berbicara soal jodoh lagi banyak berbanding mati. Sikit-sikit cakap pasal kahwin, jodoh, suka orang ini, suka orang itu, crush ke mamat ni, crush ke minah tu. Kalau bersembang topik jodoh, kencang betul, tapi bila berbicara tentang mati..krik krik krik. Itulah manusia yg sukakan perkara indah-indah, kahwin sapa tanak kan? kalau cakap pasal mati. diam seribu bahasa. takut. itulah manusia termasuklah orang yg sedang menaip ni pun. huhuhu. 

           23 tahun. Ramai kawan-kawan aku yg telah mendirikan rumahtangga. Bukan setakat dirikan rumahtangga je. Ramai jugak yg dah ada anak. Tidak ketinggalan mereka-mereka yg dah bertunang. Asal scroll fb je frust. Ada satu masa tu musim kahwin. Maigod penuh newsfeed gambar kawan kahwin. Kita hanya mampu like jelah. HAHA. Tahniah kepada kawan-kawan yg cepat bertemu jodoh. Aku? Jodoh tengah on the way, sesat kot kat memana. Takpun saja nak main cak-cak dgn aku XD. Jodoh itu rahsia Allah. JODOH juga perkara yg BELUM PASTI. Kalau tak bertemu jodoh di dunia, inshaAllah ada jodoh di syurga sana. Itu pun kalau masuk syurga laa. Hmm. Tapi MATI ITU PASTI !

            Ye, aku akan mati. Mungkin esok mungkin lusa. Mati itu tidak mengira usia. Bila-bila masa Allah boleh tarik nyawa kita. Tempoh hari aku dikejutkan dgn berita kematian rakan matrik aku. Sedih. Terkejut. Kemalangan jalan raya meragut nyawa dia. Baru 23 tahun. Dah berapa orang kawan aku dijemput Ilahi pada usia muda. Salah seorang daripadanya, Bestfriend aku sendiri. Dia pergi seawal usia 13 tahun. Masih segar lagi di ingatan aku. kita belajar sama-sama, borak sama-sama, main sama-sama. Disebabkan aku dan dia tidak bersekolah di tempat yg sama, aku hanya boleh jumpa dia waktu cuti sekolah je. Satu hari tu, dia call rindu katanya. bila lagi boleh jumpa? cuti nanti kita jumpa, balasku. tapi dia ckp...takut tak sempat (dia mcm tau-tau je dia dah nak pergi). Taklama lepas tu, aku dapat berita dia meninggal duniaaa sebab semput teruk. Allah :( :( Terkilan sungguh aku rasa. Sahabat, sungguh aku rindu sangat kat kau sampai saat dan ketika ini pun aku tak pernah lupakan kau. Moga kau tenang dan bahagia di sana. 

              Saat paling sedih dalam hidup aku adalah kehilangan insan yg tersayang. Arwah atuk! :( Dah dekat 4 tahun raya sunyi tanpa atuk. Raya dah tak meriah macam dulu. Dah tak ceria macam dulu sebab atuk dah takde. Atuk pergi pun sebab sakit. Hmm. Turn aku bila pulak? Sebab kematian? Semuanya rahsia Allah. Mungkin aku boleh mati akibat accident. Mungkin jugak sebab sakit. Dengan kondisi badan aku yg lemah ni, alhamdulillah aku hidup lagi sampai saat ni. Syukur allah panjangkan umur. Ada jugak orang mati waktu tido. Kalau dah ajal sampai, tengah gelak pun kau boleh mati. Jadi dah ready ke nak menghadap kematian? Dah cukup ke segala amalan? Ofkos belum! *nanges*

            Lately aku selalu cakap pasal mati, dekat rumah, dekat kawan. Depa semua marah. Tapi paling kelakar bila abah asik terbeli baju putih je. Pastu mama kata gini, abang, orang kata kalau asik beli baju putih tu tanda-tanda dah nak sampai ajal. On the spot, terus abah kasi baju tu kat adik aku! XD see abah pun takut mati. Aku rasa dah tiba masanya aku fikir pasal mati lebih daripada jodoh. Kerana mati itu dekat (macam bio twitter orang tu :P). Imam Ghazali kata, benda yg paling dekat dengan kita adalah Mati kerana Allah SWT telah berfirman bahawa setiap yg bernyawa pasti akan mati. Jadi mari kita perbanyakkan amalan kita di dunia ini. Nanti kat akhirat boleh rehat puas-puas. :)

              Akhir kata, jangan asik bercakap soal jodoh tapi takde action. Kalau betul nak dapat jodoh yg baik-baik, perbaiki diri dulu, persiapkan diri menjadi insan yg lebih baik, dalami ilmu-ilmu perkahwinan. Tapi dalam masa yg sama, fikir soal mati. selalu ingat mati. pertingkatkan amalan setiap hari utk bekalan di akhirat kelak kerana mati itu pasti (pesanan utk orang yg taip ni jugak yg kemain sembang kencang). Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat insan-insan yg telah meninggalkan kita. Moga Allah jaga mereka di sana. Moga mereka tergolong dalam kalangan orang-orang yg beriman. 

Sekian. 



p/s: bila aku dah takde nanti, kalau kau rindu aku, mohon sedekahkan al-fatihah. terima kasih :)

Comments

  1. Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
    Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
    Memiliki 8 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
    Link Alternatif :
    arena-domino.club
    arena-domino.vip
    100% Memuaskan ^-^

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda disini. thanks. :)

Popular posts from this blog

Matrikulasi VS Asasi

Rupa VS Personaliti

COMMON SENSE