Road to Graduation

Assalamualaikum...

            Macam dah lama tak update blog. Trip to Sabah aritu pun aku tak habes citer lagi. HAHA. Tengoklah kalau rajin aku sambung, kalau malas..biarkan citer itu terkubur begitu saja. XD Nak bagitau. Hari selasa next week aku grad! alhamdulillah. Penat lelah 4 tahun, rasa susah, rasa sedih, rasa murung, banyak onak duri akhirnyaaa nak grad dah. Tak sangka aku boleh buat. Walaupun hasrat nak dapat 1st class tu tak berjaya pun, takpe this is more than enough..syukur dapat grad dengan kawan2. Tapi lagi best kalau semua classmate dapat grad sekali.. :( takpelah Allah ada plan lagi baik untuk diorang. InshaAllah. 

             Disebabkan waktu grad nanti tak boleh nak bagi speech panjang2..biar aku tulis kat sini. hehe. First and foremost, syukur kehadrat Allah s.w.t atas segala perancangan, pertolongan, kemudahan dan segala ujian yg membuatkan aku jadi manusia sekarang. Terima kasih kepada mama dengan abah besarkan kita selama ni sampai masuk U, penat cari duit, jaga kita masa sakit, selalu risaukan kita, dan banyak lagi pengorbanan lain. Terima kasih kepada family jugakk yg selalu support apa-apa yg aku buat terutamanya kaklong dan memen. Thank you sebab selalu dengar keluhan aku bila aku down, selalu dengar citer sedih aku. Sorry sebab selalu citer ulang-ulang. Well you know me more than anyone else, kalau asik citer tuu maknanya aku suka sangat la tuu. hahaha.

             Next, nak ucap terima kasih banyak-banyak kat semua tenaga pengajar yg sangat baik. Terima kasih atas segala didikan dan ilmu yg dicurahkan. Tak lupa juga kepada coursemates dan roommates dari hari pertama masuk biomed sampai dah 4 tahun kita kenal. Terima kasih selalu menceriakan hari Rosnadia kat UM. Walaupun aku tak suka orang panggil aku ros, tapi sebab korang asik sebut je..hmm not bad. Sedap jugak kengkadang. XD Kepada kawan kita yg paling rapat, kita dah kenal sehari sebelum masuk biomed sampai sekarang. Terima kasih stay dgn aku sampai laa ni. Thanks sebab paham aku yg complicated ni dan terima aku seadanya, aku taktau kenapa tapi bila aku citer masalah kat kau, aku rasa calm. hilang semua masalah, rasa macam kau percaya kat aku walaupun orang lain semua tak percaya aku. :( maaf tak dapat jadi kawan yg baik utk kau. Kalau kau sedih pun aku tak dapat nak tolong sebab kau suka pendam. Tiap kali nak cakap, aku takut aku buat kau lagi sedih. So aku pun citer laa benda2 merepek utk buat kau happy. Loser gila rasa. 

               Kepada sesiapa yg pernah hadir dalam hidup aku dan rapat walaupun sekejap..terima kasih byk2. terima kasih sudi mendengar citer-citer aku. Ketahuilah aku jarang nak kongsi citer dengan orang. Terutamanya hal-hal peribadi dan masa lalu aku. Jadi...bila aku citer tu, maksudnya aku percaya dan selesa dengan kau. Maaf seandainya aku ni annoying dan over. Thank you for those great memories. Kepada yg pernah aku sakiti, ampun dan maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. Maaf seandainya terngumpat, terbash, terkutuk. Maaf kalau ada perkataan dan perbuatan aku selama ni yg menginggung hati. 

              Sebenarnya aku sedih, sebab ikatan semorang dah makin terlerai. tak macam dulu-dulu waktu first year dgn second year. rasa semua org takde masalah, happy je. Kenapa harus membenci, sedangkan menyayangi itu lebih indah? well, everything changed. people changed. takpelah, yg penting memori tu tetap ada dan inshaAllah selagi tak hilang ingatan, memori indah tu semuaa akan ada dalam ingatan sampai ke akhir hayat. Akhir kata, selamat bergraduasi semuaaaa! lepas ni semorang akan bawa haluan masing-masing. susah dah nak jumpa. jaga diri baik-baik. kalau lepas ni dah jarang contact, aku nak korg tau..aku sentiasa ada kalau korg perlukan. :) 

Sincerely, 
RR.

P/S: untuk yg selalu wassap aku tanpa jemu tu, masyeh banyak2. hidup aku mungkin takkan seceria ni tanpa kau. haha. oh sesiapa yg baik hati, kalau rajin dtglah aku grad nanti sebab aku forever alone. buddy pun ada sorg je. takmcm org lain. mesti takde hadiah pun. sobss 


Comments

  1. I guess you already graduated. Hi ros. Im just a second year student in um that passed by your blog. N i was stalking some of your post, what youve been thru in um n i can see that i am also facing a little bit problem like yours. Friends, lonely n all. Good to see that i am not alone (facing this kind of problems) (idk y i said that) but i just want to wish you, happy graduation, you finally made it! May all your journey afterwards are blessed by Allah n good luck in your future undertakings.

    Sincerely,
    Anonymous who just curious what youve been thru from 2012-2015 because i read your first post about mhs in um.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi junior! Thank you for having so much time reading some of my posts. You still have a long journey awaits. Those problems/conflicts you're facing right now or might be later will make you strong and mature, so be brave to face it. Whenever you feel sad or lonely, just remember Allah is always there for you. Good luck on your studies, enjoy your degree life. Make lots of memories with your friends while you still can. :)

      Delete
  2. Da grad aqu tahu ros ada blog.. hahaha
    All the best ros, syg ko.. tke care ♥

    ReplyDelete
    Replies
    1. heyyyy I know who you are! Thank you. Good luck! rindu dan sayang awak selalu. haha :D

      Delete
  3. Kenapa dah lama tak update? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry busy sikit. Hee. InshaAllah jap lagi nak update entry baru :)

      Delete
  4. Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
    Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
    Memiliki 8 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
    Link Alternatif :
    arena-domino.club
    arena-domino.vip
    100% Memuaskan ^-^

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda disini. thanks. :)

Popular posts from this blog

Matrikulasi VS Asasi

Rupa VS Personaliti

COMMON SENSE