Sunday, 15 May 2016

Angka Dua Puluh Empat

Assalamualaikum :)


Hai, lamanya tak update blog. Aritu sampai termimpi-mimpi tengah update blog. Kah! Over sangat. Tatau la blog ni yang rindu aku ke aku yg rindu blog ni. Kemain sampai masuk mimpi. HAHAHA. Macam dah lama tak bercerita kan? Hihi. So refer pada tajuk atas tu. Ehemmm. Pada 4 April yang lalu, Rosnadia dah mencecah usia 24 tahun. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bertaubat dan berubah. Syukur. Thank you Allah.

Saja nak post gmbo ni sebab bunga ros dah layu menandakan rosnadia semakin berumur. kahkah

Bila dah 24 tahun ni kann, serius rasa macam dah dewasa....

Kalau dulu kawan-kawan semua sebaya, huha- huha sama-sama, menggila sesama, sekarang kawan ofis rata-rata semua dah kawen dan mak bapak orang. Tak boleh nak hahaha sangat. Topik perbualan pun lebih kepada ibu-ibu dan hal rumahtangga. Aku yang single ni pun hanya mampu berhuhu. XD Sungguhpun begitu, thanks to them, banyak jugak aku belajar selok belok rumahtangga ni. Oh btw, konon-konon nak suruh semorang panggil nadia, ceh tetiba ada sorang akak ni pun nama nadia. Benciiiiiii. Akhirnya semorang panggil aku ros. Sobs. :( Kalau dulu hari-hari keje membaca, menghafal, sekarang 24 jam hidup dengan kalkulator dan mengira. Walaupun penat berfikir tapi i love it. Seronok bila dapat balancekan nombor. Satu kebahagiaan. :D

Aritu ada sorang akak ni citer, dia tanya kat husband dia..

Akak: B (dia panggil laki dia B uols), kenapa B tak pernah reply mesej dengan wassap saya? Dah seen tapi tak penah nak reply. Pastu wassap pun dah jarang.. 
Laki dia: Buat apa nak reply..kan dah dapat. Dah ada depan mata. 

HAHAHAHA tergelak aku dengar! Pastu depa kata gini, nilah lelaki time mengayat bukan main lagi, mesej 24 jam, bila dah dapat..satu mesej pun susah nak reply. Memang betul laa apa diorg cakap tu. Aku tak kawen lagi pun aku tau situasi macam ni akan berlaku. Inilah silap kebanyakan lelaki, diorang taktau perempuan ni makhluk paling complex yang dahagakan perhatian. Mungkin pada lelaki, kalau dah kawen, kena stop buat semua benda yang dia pernah buat waktu bercinta dulu, sweet-sweet ke, mesej-mesej ke, yelah sebab dah jadi bini pun, dah ada depan mata. Perempuan pulak, bila lelaki stop buat semua benda tu, diorg ingat lelaki dah tak sayang laa, ada orang lain laa, see betapa overthinkingnya orang perempuan. Perempuan perlu lelaki convincekan setiap masa yang lelaki tu sayangkan dia. So in marriage, both parties must be understanding. Lelaki tak fikir macam perempuan and perempuan tak fikir macam lelaki. To find out more about how difference men and women are , you can read Men Are from Mars, Women Are from Venus.  Kah! I should be a doctor love though. XD 

Okay laa, tu pasal kawan-kawan keje, next...waktu tidur! Kalau zaman-zaman muda remaja dulu tido pukul 2, 3 pagi pun no hal. Pukul 6 pagi pun pernah. Sekarang? Heh..pukul 10.30 - 11.00 malam mata dah ngantuk gila. Paling lambat pun tido pukul 1.30. Im getting old. Sigh. Betapa berubahnya hidup aku tahun ni nak compare dengan tahun lepas, how I miss my university life. Rindu semoranggg. Masing-masing dah ada life sendiri, semoga kita sama-sama berjaya dan tabah mengharungi segala onak dan duri kehidupan. Welcome to the real world ! Sekarang dah kena hadap macam-macam jenis ragam manusia, selfish, suka cari salah orang, kaki bodek etc. Kalau dulu zaman study jumpa macam-macam jenis orang yang perangai pelik-pelik, haa ni dah masuk alam kerja, Fuh, lagi banyak kerenah, so be strong everybody! We can do this. 

jumpa kat facebook. nah kata-kata semangat utk semua orang. :)

Okay tu je kot untuk entry kali ni. Sorry merepek-repek. HAHAHA sukati aku laa blog aku! XD InshaAllah kalau rajin lain kali aku update lagi. Heee. Bye. Muahciked. 





2 comments:

  1. Rindu Ros jugak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha sapa yang rajin sgt komen ni? Jommm keluar makan sesama one day! 😂😂😂

      Delete

sila tinggalkan komen anda disini. thanks. :)