Friday, 15 July 2016

Raya 2016

Assalamualaikum guys...

                Salam 10 Syawal :) Lamanya tak update blog. Rinduuuu. Hihi. Rasanya belum terlambat lagi nak wish, Selamat Hari Raya Aidilfitri semua yang baca blog ni. Maaf segala salah silap sepanjang perkenalan kita, maaf seandainya ada entri-entri aku selama ni yang menyakitkan mata, menyakitkan hati dan mengganggu hari - hari korang. So macamana raya tahun ni ? Best tak ? Harapannya semorang happy laa ye. 

                Entri kali ni just nak citer pengalaman raya 2016 ni je. Muehehe. Raya tahun ni berbeza sikit dengan raya - raya sebelum ni. Kalau dulu bila raya duit makin bertambah, maklumlah dapat duit raya kan? Tahun ni raya duit makin berkurang, bukan makin bertambah. HAHAHAHA SAD. Sungguhpun begitu, Alhamdulillah boss bagi duit raya. :D dapat lah tambah - tambah pendapatan sikit. Pergh baru laa rasa macamana beli barang raya semua guna duit sendiri. Nak shopping pun berkira-kira. Kalau dulu, shopping guna duit abah, pakai amek je mana yang berkenan, mana nak tengok harga. Aku shopping untuk diri aku, dengan adik-adik sikit pun dah tercekik-cekik. Macamana laa abah dengan mama boleh sara kitorang 5 beradik ni belikan barang raya. Sorang dah berapa ratus. Huhu. Belanja untuk lauk raya lagi. Perghhh. Thanks abah. Thanks mama :( 

                 Macam biasa, setiap tahun family kitorang akan beraya kat rumah nenek which is 30 minit je dari rumah. LOL. Tak sempat rasa jammed, dekat sangat. HAHAHA and macam biasa aku antara orang-orang kuat merewang masak lauk raya (aku tak masak pun, tolong-tolong prepare bahan je XD). Kaklong pulak setiap tahun kerja sehari sebelum raya, ciss sajelah tuu nak skip. Tapi kannn makin lama rasa macam raya dah tak meriah macam dulu. Family paklong dah tak raya rumah nenek, yelah sebab family paklong pun dah bertambah besar sejak dah ada cucu ni. Malam raya tuu, kitorang geng-geng cousin ni pergi bazar ramai-ramai angkut 10 orang satu kereta. Esok nak raya, malam nilah baru sibuk nak cari butang baju melayu laa, shawl laa, haih budak-budak ni. XD Kitorang meninggalkan mak-mak dan bapak-bapak kat rumah. Yang muda-muda ni keluar berjalan. Amboiii. Nasib baik dah siap masak semua petang tu. 

                Dan akhirnya pagi raya pun menjelma. Ehem ni yang special sikit tahun ni, kita bagi duit raya! Hehehee. Eksaited okayyy. First time bagi duit raya kat mama, abah, dengan nenek. Duit raya untuk depa ni special sikit. Duit raya untuk adik - adik lain pulak amount diaa (aku up sikit dari duit raya tahun lepas), Pastuuu bagi kat sepupu sepapat, anak-anak sedara. HAHAHA sepatutnya rasa sedih duit makin kurang, tapi taktau laa kenapa aku rasa seronok pulak bagi orang duit. Rasa macam dapat membahagiakan orang. LOL. Aku pernah dengar kat radio, dalam rezeki kita ada jugak rezeki orang lain, jadi jangan takut untuk berbagi/memberi. InshaAllah nanti Allah lipat gandakan rezeki kita. :) 

Mai laa rumah kalau nak duit raya, ada tinggal lagi sikit :P
                Lepas salam-salam bermaaf-maafan sesi amek gambar semua, family kitorang gerak pergi kampung abah pulak which is.....10 minit je dari rumah nenek! hahahahah. Amende laa kawen dekat-dekat ni. Tak rasa balik kampung langsung, rasa singgah rumah jiran kampung sebelah je. Kah! *nanti aku nak kawen dengan orang jauh sikit laa, at least lain daerah ke hahahah* Lepas bermesra dengan family sebelah abah. Petang tuu kitorang gerak pergi rumah paklong pulak. Okay, sambung raya kedua pulak. Pagi tuu aku sakit perut! Huwaaaa. Sokmo camtu kalau raya je mesti ceri beri. :( Perut aku ni memang bermasalah betul laa, tak boleh campur-campur makanan banyak sangat, nanti dia buat hal. Petang tuu kitorang 3 family gerak balik kampung nenek kat Batu Pahat. Family paklong dengan makngah pulak tak ikut. Diorang wakilkan anak-anak bujang diorang je. Ceh, first time tetiba rajin pulak budak-budak tu balik kampung. Drive sendiri masing-masing kemain. HAHA. 

               Sampai kat Batu Pahat, bergaul dengan sedara-mara laa. Baru setahun tak balik raya lol. Makin besar budak-budak ni, dah bujang-bujang dah. Makin kacak, makin hipster, bekerjaya pun ada jugak. Malam tu ada majlis aqiqah, lepas habis kenduri dalam pukul 10.30 camtu, bebudak lelaki ajak lepak tengok wayang. Bukan senang masing-masing nak berkumpul camni. Kitorang pun cousin-cousin ni convincekan kaklong ajak dia ikut sekali, yelah sebab tahun depan kan dia dah jadi isteri orang, mana boleh melepak2 lagi. sobssss. Angkut sekali 13 orang, guna 3 kereta. Masing-masing dah ada lesen, bekerjaya laju je kannn. Pastu tinggalkan yang berumur kat rumah. Astagaa XD Tak senonoh perangai. 

The Legend of Tarzan. Okay laa. Not that bad. Cuma bagi aku bosan sikit. HAHAH

               Balik dari wayang, melepak pulak kat dataran BP. Nak balik rumah, malam masih muda katanya. Gila bebudak ni. Pegi dataran bukan buat apa pun, dok gosip pastu merenung langit. lol. Pukul 2 pagi balik rumah terus tido. Raya ketiga sambung beraya lagi kat rumah sedara mara lain kat Batu Pahat. Sampai depa nak jodohkan aku pulak dengan sorang abang ni. Haih nenek punya idea laa ni. Ewww tanak laa sedara mara ni tak berkembang! hahah. Petang tu balik dan akhirnya sampai ke Kota Tinggi tercintaaa. Tu jelah kot significant events raya ni. Selebihnya melayan tetamu kat rumah and finally back to reality. Sigh. Camtu jelah raya 2016 Rosnadia. Tak special mana pun cuma Alhamdulillah syukur dapat beraya bersama keluarga tersayang. Okayyy selamat hari raya people! Maaf zahir batin. Selamat meneruskan kehidupan. Sesiapa free jemputlah datang beraya kat rumah kita. Hee bye uolsss!


Payung gambar Qisya jelah. Ni sehari sebelum raya. Gambar raya dia semua moody. Haih.



p/s: sorry gambar raya takde, malu nak share! hahahah. oh btw, tak suka gilaa orang wish selamat hari raya guna shortform mat ri yee tuuu. annoying gila. kbai. 



No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda disini. thanks. :)