From Kindhearted to Heartless

Assalamualaikum semuaaa :)


                        Long time no see. Rindunyaaaa nak menulis. Rasa macam dah berzaman tak share kisah kehidupan kat blog ni. Heheh. Sorry bizi benar gamaknya. Macam-macam benda jadi. Kaklong kawen, pastu baru tukar kerjaya lain, so dua bulan ni tengah menyesuaikan diri dengan environment baru, cara kerja baru dan colleagues baru. It takes time, sebab tu takde masa nak sharing citer. Tapi sekarang inshaAllah dah okay sikit!

                        Okay, kalau ada sesapa ingat lagi, aku pernah post entry tahun lepas under tajuk 'aku nak apa sebenarnya?', aku tak suka kerja dalam lab, aku suka bercakap, kena interact dan tanak bercakap dengan orang yg sama je hari-hari. Allah itu maha mendengar. Allah knows the best. Rasanya apa yang aku impikan dulu dah pun jadi kenyataan. Hari-hari kerja angkat telefon, berjalan sana-sini, deal dengan department lain, tak duduk dalam ofis je 24 jam. Jaga anak2 yg hampir 70++ orang tu. HAHAHA. Mula-mula masuk, aku blur gila. Banyak term-term pelik yg boss aku terangkan semua aku tak paham. At least kerja lama dulu memang aku ada basic account, kerja baru ni zero knowledge about logistics. Taktau la cemana dia boleh percayakan aku untuk pegang position tu. First day kerja, dah culture shock sebab aku ditempatkan dalam section yg orang-orangnya mostly lelaki. Perempuan cuma ada 2 orang termasuk aku.

                   Sebelum aku terima offer kerja tu, aku ingatkan tugas aku byk dalam office. Rupa-rupanya aku silap. Hahahaha. Tugas aku kena menjaga kebajikan pekerja-pekerja logistics yg 100+ orang tu. Check attendance depa, settlekan leave application, overtime, uruskan hal uniform, passport untuk pekerja asing, gaji shortage, stationery dll. Belajar system yang company guna. Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan, senang tangkap apa yg diorang ajar. Thanks to partner kita yang dah resigned tu ;) Benda paling merisaukan time tu ialah tak ingat nama orang. Hahahah. Sampai sekarang pun still ada yang aku confuse lagi nama dengan muka depa. Terutamanya Indonesian, sebab semua muka cam lebih kurang je. Lol.

                          One of the best thing kat company baru ni, hehehehe diorg panggil aku Nadia okay! Suka gila. Dalam ramai-ramai employees dekat beribu tu boleh pulak takde orang nama nadia. Hahaha. Bagus. Oh ye, kalau dulu kan ofismate rata-ratanya dah kahwin. Kali ni colleagues ramai budak-budak. XD Macam-macam perangai diorg ni. Umur sememangnya tak melambangkan kematangan. Ini serius. Ada yg aku jumpa umur 19 tahun tapi perangai matang gila. Ada yg dah 30 tahun, tapi still perangai tak matang. Tapi tulah, sebab ramai sangat remaja muda-mudi ni kann, depa kuat merajuk, cepat tacing, kena marah sikit esok demam. Tak keje. Hahahaha. Pening nak melayan. Lagi satu, depa ni gila bola! Asal ada match je, mesti pegi stadium. Terhibur jugaklah dengan perangai budak-budak ni, lawak-lawak diorang. Takde laa rasa macam dah dewasa. XD

                          My life right now is so far so good. Alhamdulillah. Kadang-kadang rasa macam I lost myself. Sebab Rosnadia dah berubah sangat-sangat (Memen pun cakap benda ni). Dulu clingy pergi mana-mana kena berteman, tapi sekarang breakfast, lunch sorang-sorang pun watlek watpeace je. Dah tak overthinking macam dulu. Dulu kalau ada masalah mesti susah hati gila pastu asik pikir je benda tu. Sekarang, ada masalah kat tempat kerja pun watlek je. Kena marah pun buat rileks je, makin menjawab orang yg marah tu. XD  Dalam otak siap pikir, rileks benda boleh settle. Once balik rumah je, terus lupakan semua pasal kerja. Bila dah sampai tempat kerja baru fikir balik. Pastu sekarang dah malas layan orang. HAHAHA. Dah takde istilah nak jaga hati org dah. Kalau tak suka memang nampak sangat. Macam ada tulis kat dahi ;I HATE YOU; LOL. Tapi tu yg bahaya tu. Aku kena jadi caring balik macam dulu, sebab aku kena jaga ramai anak-anak ni. Kesian dorg kalau aku malas layan. Tapi tulahhhh. I became heartless gila tho! Orang cakap pape pun tak terasa langsung. What happen to me?! its a good thing or bad thing? IDK. 


'If you're expecting that people will be good to you because you're being good, you're screwed. You can't expect that lion won't bite just because you don't bite them'


                    Mostly orang-orang kat tempat kerja tau background aku. Dulu study dalam medical field. Ramai sebenarnya orang tanya soalan ni. Tak menyesal ke kerja lari bidang? Tanak cuba try apply hospital/ private lab? Taktau nak jawab cemana. Senyum jelah. HAHAHA. For time being, dah rasa comfortable dengan kerjaya sekarang. Menyesal? Ada rasa terkilan sikit laa, sebab dulu belajar lain, tetiba kerja lain. As for me, tak kesah la kau kerja apa sekalipun, asalkan kau enjoy dengan kerjaya kau, kau ada passion nak majukan diri dalam kerjaya kau, dan kau bersungguh-sungguh dengan apa yg kau tengah buat sekarang, its more than enough. Lastly, semoga kita terus berjaya dalam apa jua yg kita lakukan. Kalau aku free nanti aku update lagi pasal kehidupan ye. Semoga semua yg baca ini sentiasa dilindungi Allah dan dipermudahkan segala urusan. Byeeee



P/S: Rindu kaklong, kaklong dah tak duduk sini. Huhu. 

Comments

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda disini. thanks. :)

Popular posts from this blog

Matrikulasi VS Asasi

COMMON SENSE

Rupa VS Personaliti