Bersyukurlah!

Assalamualaikum dan selamat malam,

             Emo pulak malam ni sebab tadi baru lepas tengok cerita Jepun Boku No Ita Jikan. Haha. Cuti- cuti ni takde keje lain la selain layan movie, drama. Bahagia sungguh hidup! Sebenarnya terpanggil nak tengok cerita tu sebab ada Miura Haruma je. *hensemgilabakhang* Tapi once dah baca sinopsis cerita tu, jadi lagi tertarik pulak. Cerita ni mengisahkan seorang graduan universiti yang menghidap penyakit ALS (Amyothropic Lateral Sclerosis) ataupun dikenali sebagai motor neuron disease. Penyakit ni menyebabkan hilangnya kemampuan untuk bergerak, muscle weakness, lama-lama jadi susah nak bercakap, trouble swallowing dan akhirnya terlantar di kerusi roda. Hmmm. Tapi yang lagi sedih,jangka hayat pesakit ALS ni hanyalah 3 hingga 5 tahun lepas onset of the disease. Huwaa dan masih belum ditemui lagi treatment utk penyakit ni. 

           Cerita ni baru 4 episode tayang kat jepun tapi tu pun dah rasa sedih. Apa yang aku boleh kata, cerita ni ala-ala One liter of tears versi lelaki kot. Hoho. Tapi takleh kalahkan one liter of tears laa. Setiap episode aku menangis berliter-liter. Sedih betul la cerita tuu. Point dia kat sini, sebenarnya..kita kena bersyukur dengan apa yang Allah dah kurniakan kat kita. Syukurilah apa yg kita ada, kerana kalau suatu hari nanti nikmat tu hilang, barulah kita sedar betapa bernilainya nikmat Allah tu. For instance, macam nikmat kesihatan ni lah, ramai yg tak sedar betapa bertuahnya kita sebab diberikan kesihatan yg baik. Ramai yg kurang bersyukur tanpa sedar ada orang yang kurang bernasib baik, menghidap penyakit yg tiada penawarnya. 

              Sedar atau tidak, kita manusia ni jarang bersyukur dengan apa yang kita ada. Sering inginkan benda yang kita tiada, inginkan sesuatu yg lebih. Hmmm. Sebagai contoh yg paling dekat laa utk pelajar macam aku ni, result exam. Katalah result yg kita dapat tu tak memuaskan hati, jangan condemn diri sendiri. Sebaliknya bersyukurlah. Pertama, sebab Allah bagi lulus. Kalau gagal sekalipun, at least grednya okay sebab dah nak dekat lulus. Kedua, bersyukurlah sebab Allah kurniakan kesihatan yg baik waktu jawab exam. Cuba waktu exam tu sakit..mesti result lagi teruk kan? #thinkpositive. Sebab aku dah berpengalaman, bila mana aku sakit sehari sebelum paper killer, Physiology masa 1st year dulu! Perghh memang tak study langsung masa tu. Sempat la baca chapter last je. Lol. Nasib baik lulus. Okay jugaklah grednya. Alhamdulillah, allah bantu. Ketiga, bersyukurlah sebab dapat jawab beberapa soalan walaupun bukan semua. Ini tidak, baru 2 soalan takdapat jawab dah mengeluh itu ini. Kita selalu lupa yg tolong kita tu Allah. Macamana kalau langsung takdapat jawab semua soalan? haaa...so tolonglah belajar bersyukur. 

     In conclusion, bersyukurlah kepada Allah atas segala nikmat-Nya, pemberian-Nya mahupun pertolongan-Nya. Mungkin lepas ni patut tukar sikit doa lepas solat tuu..instead of minta itu ini, apa kata kita berterima kasih kepada Allah atas segala-galanya. :) Dan bersyukurlah kerana masih diberi peluang daripada langsung takdapat peluang. 

That's all from me. Renung-renungkanlah and gudnite ~ *gua tido lambat pulak malam ni *

#muhasabahdiri 

BOKU NO ITA JIKAN
-hensemnyaaaa miura haruma walaupun sakit. Sobss- 




Comments

Popular posts from this blog

Matrikulasi VS Asasi

Rupa VS Personaliti

COMMON SENSE