Thursday, 6 February 2014

TIPS BELAJAR YANG BERKESAN PART 2

Assalamualaikum geng, petang tadi result sem lepas dah kuar! Hoho terus berkobar-kobar nak update blog. Saja nak share ilmu sikit. hehe. Result camana? hmmm. Alhamdulillah. Syukur sgt2. Pointer naik lepas jatuh terjunam-junam masa sem 4. Kurang 0.01 je dah nak bergelar tettttt. aishhh. haha. So, banyak lagi yg kena perbaiki ni utk sem depan. Kena ada plan, kasi cantik punya baru boleh bergelar dean's list. Sem 5 aritu aku kurang makan jajan kot, tu yg pointer naik. wakaka *sem 4 aku merosot sbb mama kata aku banyak makan jajan! LOL*

Here are some tips;

1. Buat mind-map utk every topic. Cara aku belajar skrg macam ni la..so bila study boleh nampak gambaran overall utk topic tu. Lagi mudah nak ingat. Lagi satu kan..kau punya mindset mesti akan cakap "eh sikit je nak kena baca" haaaaa..psikologi ni penting tau. Serius ni! cuba la try. 

Ni mind-map pharmacology masa sem 3 dulu. haha

2. Jangan stress-stress. Kalau stress , satu apa kau belajar tak masuk. Buang masa! so happy-happykan la diri ye bila nak study. 



3. Belajar berfokus. Apa yg aku perhatikan..kebanyakan org susah nak buat benda ni. Waktu kau study, cuba jgn buat benda lain. Belajar utk concentrate. Kejayaan bukan bergantung pada berapa lama kita amek masa utk study sesuatu subjek, tapi kefahaman! Ada orang study berjam-jam, berhari-hari tapi susah nak ingat atau faham. Semuanya sebab tak fokus! Tapi ada je org yg study 2 jam katakan. Sehari sebelum exam. Tapi condition dia study tuu..sangat convenient, effective, dan benda paling penting..dia Fokus! So ilmu senang je nak masuk. 

jgn berangannn! haha

4. Belajar sungguh-sungguh, main sungguh-sungguh. Baru dapat rasakan kepuasan. Pada aku, kalau kita buat apa2 saja dgn bersungguh-sungguh, inshaallah akan dapat hasil yg terbaik. Aku banyak sangat main sem lepas! haha. pergi PD, pergi ICT! pergi KLCC, pergi macam-macamlah! happy betul. Kena kurangkan main ah sem depan, baru boleh dapat dekan kot. haha



5. Jaga hubungan dengan Allah. Study study jugak. Solat jgn lupa. And satu lagi benda yg sangat berkesan aku try buat study week hari tu. Solat tepat waktu. Mengaji kalau rasa dah tepu study. Alhamdulillah lepas tu rasa tenang, baru boleh sambung study balik.:)



6. Belajar berdisiplin. Waktu study week la sangat mencabar utk melawan nafsu sebenarnya. Time tulah rasa nak tidur sepanjang hari. So, kau kena kuatkan semangat! Ingat azam. Macam aku buat hari tu..alhamdulillah berjaya. Benda simple je padahal tapi syaitan banyak sangat menghasut, tu yg jadi susah. haha. Pertama, jgn tido lepas subuh. Kedua, jgn tido lepas asar. Ketiga, tido awal ! its all about sleep. Ohh one more thing, tido before solat zuhur! sangat bagus utk disiplinkan org2 yg nak study. Cuba la buat! hee 

harapannya berlanjutan lah benda ni..jgn buat masa study week je. 

7. dulu kannn..aku tak percaya study depan lappy ni berkesan. tapi sem lepas....aku study depan laptop sepanjang masa hoi ! HAHA. Sebabnya..aku suka tgk music video kat lappy plus lagu best2 sume ada dalam lappy. Tu yg jadi makin semangat nak study. Tapi bila dah ada lappy depan mata ni, kena pandai2 la. Jgn bukak fb, twitter bagai k. Ni sume lagha! haha. Bila kau dah penat study, bukak la. tak salah pun. 



Tu je buat masa ni...dah penat. Gudnite uollss! :D

No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda disini. thanks. :)