Tuesday, 4 November 2014

COMMON SENSE

Assalamualaikum :)


Malam ni free sikit sebab baru habes test tengahari tadi. Tu yang tidur tak ingat dunia lepas isyak tadi pastu sekarang takleh tido. Padan muka! Hahaha. Jadi, tetiba rasa rajin pulak nak melawat blog yg semakin hambar ni. Entri kali ni hanyalah sekadar perkongsian pendapat, pendapat seseorang yang suka memerhati. Seronok kalau kau dapat bukak mata kau luas-luas, banyak benda yang orang tak sedar, tapi kau boleh nampak. Cuba ah buat. Diam. Tengok orang.Tengok je. Pastu pikir la sendiri. HAHA.



Aku rasa gambar kat atas ni sangat-sangat menggambarkan dunia zaman sekarang ni. Yes! Tapi dalam banyak-banyak contoh tu aku terpanggil nak discuss pasal common sense. Sebab aku rasa ramai manusia makin kurang common sense. 

MORE EDUCATION BUT LESS COMMON SENSE

Aku setuju dengan kenyataan ni. Tulah terutamanya mahasiswa- mahasiswa universiti ni haa, makin tinggi belajar, macam makin kurang pulak common sense dia. hahaha. Common sense tu apa sebenarnya? Dalam bahasa mudah dia, common sense ni, kau tak payah belajar kat mana-mana pun. Benda ni kau tau sendiri. Ilmu ni dah sedia ada dalam diri kita, cuma kita tau guna atau tak je. 

Okay, aku bagi contoh sikit orang-orang yang kurang common sense;
1. Nak pinjam barang tapi tak minta izin. Haaa dia buat barang kita tu macam harta dia pulak. Time kita nak guna benda tu takde. Perghh. Sakit hati tauu.

2. Ceroboh privasi. Orang yg takdak common sense ni suka baca-baca mesej kita, bukak fb, twitter kita dan sebagainya dengan selamba badaknya. Yelah, even kita kawan rapat sekalipun kadang-kadang bukan semua benda kau kena tau. Ada jugak rahsia yg kau tak perlu tahu. BUSYBODY sangat dah kenapa? HAHA

3. Kita tengah cakap dengan dia, tapi dia buat apa? sibuk main fon. Respect la sikit orang yg tengah bercakap ni. Kau ingat semorang suka cakap ulang-ulang. Pfttt. Pastu bila tak paham sibuk tanya orang. 

4. Tak reti nak flush toilet. Haih belajar tinggi-tinggi, takkan flush toilet pun tak reti. Janganlah jadi pelajar yang hanya tahu belajar je, benda-benda remeh macam ni kau kena titikberatkan jugak. 

5. Tak alert. Ramai orang tergolong dalam group ni. Selalu update pasal isu semasa, selalu sangat. Tak kesah la berita dunia mahupun berita dalam negara sendiri. Contohnya, pasal Gaza, MH370, minyak naik, macam-macam lagi lah. Yess. Memang bagus orang yg macam ni. Tapi ada satu masalah diorg. Diorg tak alert benda yg berlaku kat sekeliling diorang. Kawan sakit kau taktau. Kawan takde duit kau taktau. Kawan tengah sedih kau taktau. Apa-apa yg berlaku kat dalam family pun kau taktau. Kau memang tanak amek tahu ke saja buat-buat taktau? *GERAM*

Pada pendapat akulah, sebelum kau kesah sangat pasal dunia luar, lebih baik kau jaga dulu benda-benda kat sekeliling kau. Family kau, kawan-kawan kau. Sebelum kau tolong orang luar, lebih baik kau tolong orang-orang yg dekat dgn kau. Cuba amek tahu pasal perkembangan diorg. Dah makan ke belum? Sihat ke tidak? Memang benda ni nampak remeh. Sebab hari-hari kau jumpa orang yg sama, tapi tak bermaksud kau boleh take it for granted. Masa sekarang memang diorg ada, tapi kalau satu hari nanti diorg dah takde, pergi dari hidup kau, jangan menyesal tak sudah. 

Sebenarnya banyak lagi isu - isu common sense yang boleh kita rungkaikan. Tapi kalau nak suruh citer semua sampai esok pun tak habes. Aku cuma kasi contoh yang obvious je. Sebab benda ni sangat common, lagi lagi budak U. Perangai-perangai orang yg kurang common sense nilah yg selalu buat kita annoyed, pissed off, kalau boleh bunuh dah lama bunuh. Mesti pernah jadi kat semorang kan benda gini. HAHAHA. Oleh itu, renung-renungkanlah dan marilah kita ubah diri kita supaya dapat jadi orang yg ada common sense. :)

byeeeee~


No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda disini. thanks. :)