Saturday, 15 November 2014

Rupa VS Personaliti

Assalamualaikum kawan2 :)


             HAHA. Bertemu lagi kita, kalau korang perasan skrg makin rajin pulak aku mengupdate blog kan? hahaha. Semuanya sebab sem ni aku tak busy macam sem-sem lepas! yihaaaa. Akibat relax sangat, aku pun makin malas belajar dan result pun kelaut aritu. Padann mukaaa! Takpelah lepas ni aku belajar betul2. Okay malam ni nak citer sikit pasal rupa vs personaliti. 

             So persoalannya, apa yg membuatkan korang suka pada seseorang? Rupa atau personaliti? Aku yakin, bila first time kita suka kat seseorang, mesti kita tengok rupa dia. Haaaa tipulah kalau kata suka bukan sebab rupa. HAHAHA. Bak kata kawan aku, lumrah manusia sukakan benda-benda yg cantik-cantik. Muka yg hensem. Tapi selalunya suka sebab rupa ni boleh dikategorikan sebagai love at the first sight. Aku mengaku laa, aku sebagai perempuan pun suka tengok lelaki yg hensem. Tapi sekadar suka tengok jelah, tak pernah terfikir pun sampai nak jadikan dia crush ke, nak bercinta ke, apatah lagi nak berkahwin dgn orang-orang yg hensem ni. Pada aku sekadar rupa yg cantik/hensem je tak boleh pegi jauh. Mungkin lah sekarang ni rupa orang tu cantik/hensem tapi bila dia dah tua..dah tak cantik/hensem dah adakah rasa cinta kau terhadap dia akan berkurangan atau sama je? haaa sebab tulah aku pelik bila ada orang siap letak criteria lelaki idaman- hensem. Aku rasa benda ni dah tak relevant kot. 

             Ada pulak orang siap ada senarai lagi, criteria lelaki/perempuan idaman diorg. Nak yang putih, cantik/kacak, kurus, tinggi, blablabla. Oh please lah, benda-benda ni semua tak menjamin kebahagiaan pun weh. Tolonglah berpijak pada bumi yg nyata. Janganlah cari seseorang yg terlalu perfect. Macam aku sendiri. Serius cakap, aku takde langsung senarai lelaki idaman. Kalau aku suka, aku suka jelah. Aku pernah je suka kat orang yg gelap, orang yg pendek. Aku selalu je cakap aku tak suka lelaki putih, tapi pernah je tersuka kat lelaki putih. HAHA. Sebab apa jadi macam tu....jawapannya sebab PERSONALITI !



                Hell yeah, honestly speaking, aku 100 kali ganda lebih tertarik dengan personaliti seseorang berbanding rupa. Aku rasa bila personaliti seseorang tu menarik, dia nampak sejuta kali lagi cantik/hensem walaupun sebenarnya muka dia biasa-biasa je. Sebab tu sebelum aku suka someone, selalunya aku akan melalui proses perkenalan dulu. Kadang-kadang masa first time jumpa tak suka pun kat orang tu, pastu dah lama-lama kenal, kita jadi suka kat dia. Sebab dia baik, rajin, bertanggungjawab, lepas tu entah macamana hari ke hari aku nampak orang tu jadi makin hensem sebab perangai dia. Semua perkara yg dia buat dapat menawan hati kita bila personaliti dia menarik. Lebih-lebih lagi kalau dia jadi diri sendiri, dia tak fake, tak cover-cover. Haa lebih kurang camtu laa. Pernah dulu, aku suka kat someone ni, mmg tak dapat dinafikan hensem orangnya. Tapi bila aku dah kenal. Aku jadi tak suka, sebab personaliti dia langsung tak best. Contohnya, tak hormat orang tua, berlagak, tak beradab dll. Sejak tu aku sedar, rupa memang tak melambangkan perangai seseorang. Suka orang sebab rupa je memang tak berkekalan. 

                 Selain daripada memilih pasangan hidup, topik yg aku bincangkan ni pun boleh kita apply dalam memilih kawan. Korang berkawan dgn seseorang selalunya atas dasar apa? Muka diorang ke? Harta diorang ke? Perangai diorang ke? Haaa, kalau aku sendiri memilih kawan berdasarkan perangai diorang. Jadi orang yg betul-betul rapat dgn aku, orang tulah yg aku paling suka perangai dia. Kadang-kadang bila aku perati sekeliling,ada orang yg cantik, tapi sayang perangai tak sama dengan rupa dia. Sebab tulah, aku selalu rasa kawan-kawan rapat aku, yg sangat baik ni, aku nampak diorang sangat-sangat lawa! Hati diorang mulia berbanding orang yg cantik tapi perangai buruk. 

               Bila mana kawan aku sendiri selalu cakap ---siapalah aku ni? takde orang pun suka kat aku---Aku rasa sedih. Hmmm. Aku rasa korang layak dapat pasangan yg terbaik. Tapi tulah kebanyakan lelaki di luar sana hanya memandang rupa semata tanpa mengenal hati budi seorang wanita. Aku sebagai perempuan sendiri kadang-kadang rasa sedih bila tengok seorang lelaki dipermainkan wanita yg cantik ni. Berdasarkan observation aku, perempuan cantik ni selalunya fake je depan lelaki. Aku sebagai perempuan sendiri dapat bezakan kot mana perempuan yg baik mana yg tak. Kalau kau betul nak tahu dia tu baik ke tidak, cuba tengok cara dia layan kawan perempuan dia dgn cara dia layan lelaki. Kalau dia layan lelaki extra nice berbanding kawan perempuan dia, nampak sangat dia fake! Orang-orang macam ni nakkan perhatian je, tapi dgn kawan sejantina sendiri takde pulak dia nak buat benda sama. Huu

           So in a nutshell, tolonglah celikkan hati anda, berhati-hatilah dalam memilih pasangan/kawan. Jangan hanya memandang luaran seseorang, yg penting dalamannya. Sukakan luaran hanya sementara, tapi bila kita sukakan dalaman seseorang, perasaan tu akan berkekalan selamanya. ^^

No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda disini. thanks. :)