Anjakan Paradigma

Aku nak berkongsi sikit cara belajar yang aku amalkan sejak zaman sekolah sehingga masuk degree ni. Baru aku perasan, cara belajar aku dah berubah. Seriously, mungkin cara kita belajar berubah mengikut suasana dan keadaan sekeliling. Aku percaya setiap orang ada cara belajar sendiri kan? Aku just nak share je. Bukan bermakna  aku ni hebat sangat. Nak kata pandai sangat pun tak jugak. InsyaAllah apa yang aku kongsi ni boleh memberi manfaat kepada orang lain. Mana tahu tiba-tiba cara yang aku amalkan ni berkesan untuk orang lain jugak. Kan bagus tu. hehe ^^

ini sekolah aku dulu. hehe

Waktu sekolah
selalunya kalau dah nak exam..aku akan study start kol 2.30 petang sampai kol 4.30 petang. Then, aku rehat-rehat makan-makan. Cikgu dulu pun pernah pesan kalau lepas asar tak baik study. 1 ilmu masuk 10 yang keluar. Malam study macam biasalah. tapi waktu sekolah aku tidur cepat. Paling lambat pun pukul 12. tapi selalunya pukul 11 malam aku dah tido. Kemudian, aku akan bangun pukul 3.30 atau 4 pagi..itu waktu mujarab aku untuk menghafal segala benda yang aku dah study. Sampailah pukul 5.30 pagi. Zaman sekolah aku memerlukan suasana yang senyap dan sunyi untuk baca buku. 

matrik kesayangan KMNS - bersama kawan2 yg comey

Waktu Matrikulasi
First time aku duduk asrama. haha. okayy..seriusly sangat tak tahu macam mana nak belajar sebab memang takde persekitaran yang sunyi kan. ada kawan-kawan lagi. Aku mula belajar berkumpulan. Mula-mula tu aku rasa macam takda function pun study group ni. Tapi lama-lama aku rasa benda ni best. Sebab kalau kawan-kawan terangkan kita lagi paham kot. Then, bila dah start duduk hostel ni..aku tak lagi amalkan bangun pagi-pagi study. Sebab lampu yang terang tu aku rasa mengganggu roomate-roomate aku yang sedang tidur. Cara aku belajar dah 100% berubah. hoho. Aku mula belajar sambil mendengar lagu menggunakan earphone. Functionnya sebab aku nak dapatkan fokus kat benda yg aku baca sambil ditemani lagu yg aku suka. Dan cara ni sgt berkesan. Bila nak start study aku mesti pakai earphone. 

#cara belajar kat universiti aku share entry seterusnya ya disebabkan banyak sangat info nak bagi. kehkeh




Comments

Popular posts from this blog

Matrikulasi VS Asasi

COMMON SENSE

Rupa VS Personaliti