Tips-tips belajar yang berkesan

Lepas habis setahun belajar di universiti ni, baru aku boleh concludekan dan aku dah mula dapat sikit-sikit gambaran macam mana nak study bila dah masuk degree ni. Semoga apa yang ingin aku kongsikan ini dapat memberi manfaat dan peringatan untuk kita bersama. 


  1. Jangan study last minute. Kalau akulah baca last minute memang tak masuk pape pun.
  2. Elakkan tidur kat kuliah. Aku selalu je tidur kat kuliah. opss..bukan tidur tapi tertidur sebab letih. Elakkan la kalau boleh sebab mostly soalan-soalan final yang keluar lecturer ada sebut kat kuliah. Nampak je macam dia bercerita tapi actually itu satu clue. Sebab soalan final aku hari tu ada yang dia tak ajar pun tapi dia pernah mention kuliah. So take note la.
  3. belajar menggunakan internet. Belajar bukan semata-mata guna buku atau nota yang lecturer sediakan sahaja tapi cubalah belajar dengan cari info tambahan pasal topik yang kita belajar tu. Mungkin kita akan lebih faham. 
  4. belajar secara konsisten. belajar secara berterusan ni sangat-sangat berbantu. betul ni. Trylah buat slow-slow. Try fahamkan dulu topik tu. Kemudian esok baca lagi. Lama-lama dah faham sepenuhnya.
  5. Jangan hafal semata-mata tanpa memahami. tak guna jugak kalau kita penat-penat hafal pastu bila soalan belit-belit sikit dah tak dapat jawab. Yang penting kat sini..pahamkan dulu topik tu.
  6. belajar secara berkumpulan / study group. jadi orang janganlah sombong sangat. Sepandai-pandai mana pun kita tapi kalau sombong tak guna jugak. Banyak sebenarnya korang boleh dapat kalau study group ni. Maybe kawan yg sorg ni ada take note lecturer cakap apa. Kita saling lengkap-melengkapi.
  7. Pastikan dapat markah yg terbaik untuk test/ kuiz/ conass. berdasarkan pengalaman aku la. basically, gred-gred yang aku dapat untuk final lebih kurang sama je dengan gred yang aku dapat time conass. Maksudnya tu..aku mesti berusaha gigih lagi utk conass-conass sem depan. Don't take it for granted benda-benda macam ni. Memanglah nampak macam remeh je kan kuiz/test semua ni. Tapi carry mark tu la yg membantu sebenarnya.

WAKTU STUDY WEEK

  • Jangan study benda yang kau dah paham atau subjek yang kau suka. kalau ye pun la nak study jugak. Study time dah abis study subjek susah.
  • Mulakan study subjek killer / susah gila nak paham.
  • Study topik yang kau langsung tak pernah sentuh sebelum ni. Contohnya topik tu je yang tak keluar time conass hari tu. So, bacalah topik tersebut.
  • Jangan study kuat sangat sampai tak cukup tidur. seriously, tak membantu pun study kuat-kuat ni. Nak study kuat patutnya sebulan sebelum exam.
  • Jaga kesihatan dan jaga pemakanan. kalau aku perut lapar tak boleh study. HAHA. Kesihatan memang penting gila! aku dah dapat pengajaran semester 1 lepas bila final paper killer aku demam. Wooo..tak guna belajar kuat2 pastu demam kan? 
  • Jangan hafal apa-apa. Ni cuma pandangan aku sebagai mahasiswa. Tolonglah jangan baca subjek yang menghafal ni time study week. Benda ni buang masa je. Betul ni sebab bila kau hafal time study week then seminggu lepas tu confirm2 kau lupa semua yg kau hafal tu. Unless dengan subjek kena hafal tu kau buat formula untuk hafal ke. Yang tu lain cerita. 
  • Jangan tension sangat waktu macam ni..pegilah lepak-lepak ke..jogging ke. 

WAKTU FINAL

  • take note soalan-soalan spot. Baca je semua topik tapi fokus lebih sikit kat topik yang mungkin keluar. macam aku semester 2 hari tu..soalan spot semua keluar.
  • bukak facebook. Nampak macam ngek je kan suruh bukak fb time final. HAHA. jangan salah faham..dah penat-penat study kena rest jugakkan? tapi seorang rakan aku dapat pengajaran haritu..sebab soalan spot ada orang post kat fb..tapi dia tak bukak. so, bila dah exam..soalan sebijik macam budak tu post. 
  • lepas habis 1 paper..rest la dulu. takkan balik bilik terus baca untuk next paper. Kalau aku lepas habis 1 paper..aku makan2...pastu tido..HAHAHA.
  • waktu menghafal yg tebaik untuk aku bila dah degree ni. antara lepas maghrib sampai 12 malam. 
  • Jangan tidur lambat. Takut-takut kau tak bangun pulak hari exam kang. hoho.
  • baca benda2 yg kau lupa sahaja pada hari exam.
  • elakkan berbincang dengan rakan sebelum masuk dewan peperiksaan.
  • bila dah hari exam...makin banyak kau baca..makin banyak kau lupa..(aku macam ni).

banyak sangat dah ni. HAHAHA. Insyaallah bermanfaat. minta maaf kalau ada kesilapan..aku hanya berkongsi pandangan dan cara aku sendiri kaji menerusi pemerhatian  terhadap keadaan sekeliling dan juga pengalaman diri sendiri. 

Comments

Popular posts from this blog

Matrikulasi VS Asasi

COMMON SENSE

Rupa VS Personaliti