Belajar kerana Allah

Assalamualaikum sahabat sekalian, 


lately entry-entry yg aku post semua kaitan dengan pelajaran je kan? haha. mesti korang bosan je. Aku pun bosan sebenarnya..tapi saja nak berkongsi kerana itu satu tuntutan kita sebagai umat Islam ni. Hari tu result aku dah keluar dah cuma belum official je.  Alhamdulillah..untuk semester 2 ni pointer aku naik sikit drp sem lepas. Itu semua berkat usaha, doa dan tawakal. Tapi actually aku dapat sokongan kuat drp rakan2...tu yg bersemangat gila belajar. Aku tak tahu kenapa tapi rupa-rupanya ayat yg pendek itu mampu membuat aku tenang lantas terus tak fikir aku belajar sebab nak final tapi aku belajar kerana Allah. Even time last paper haritu..sikit lagi aku nak give up jawab biostat tu pastu aku try pelan2..then secara tiba2 Allah bantu..dan seterusnya mampu jawab paper itu dengan jayanya. Syukur sgt2. :)



KATA-KATA DARIPADA SAHABAT AKU, SYAI YANG SANGAT-SANGAT MEMBUKA MATA DAN MEMBUATKAN AKU BERMUHASABAH DIRI


Kebahagiaan BELAJAR KERANA ALLAH-Tersenyum biarpun tak mampu menjawab satu2 soalan kerana yakin dan pasti bahawa Ujian adalah tarbiyyah diri. -Tersenyum kerana yakin dan pasti, ALLAH maha adil.. siapa berusaha dia pasti dapat.-Tersenyum kerana yakin, kegagalan bukan pengakhiran hidup. tapi sebuah teguran dari ALLAH ke atas diri kita.


DI KALA SEMUA RASA PUTUS ASA NAK SAMBUNG STUDY..TIBA-TIBA HAFIZ PULA MUNCUL DENGAN KATA-KATA YG SANGAT MEMBERIKAN SEMANGAT DAN DORONGAN KEPADA KAMI


"belajarlah kerana Allah, bukan semata mata hanya kerana pointer"kalau ada rasa buntu, kecewa, sedih, tak larat ketika tengah study, ingatlah Allah.insya Allah, jikalau kita berusaha, Allah akan bagi. sedikit ke, banyak ke, xkisah.segala apa yang Dia berikan, adalah yang terbaik untuk kita semua.dan ingatlah, jangan putus asa dari mencari rahmat Allah,sesungguhnya, Dia tidak zalim.usaha, doa, tawakkal, dan akhir sekali, redha dengan ketentuanNya. ketahuilah, dapat rendah pon ujian dari Allah, dapat tinggi pon ujian dari Allah juga.kenapa Allah bagi ujian? supaya kita sentiasa ingat kat Dia.. :)


Aku bersyukur kerana dikurniakan sahabat-sahabat seperti mereka. InsyaAllah sedikit perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada kalian. ^^




Comments

Popular posts from this blog

Matrikulasi VS Asasi

Rupa VS Personaliti

COMMON SENSE