CRUSH

Assalamualaikum...

            Salam ramadhan uollss. hehe. Hari ni aku tak keje sebab nuzul al-quran. So dapatlah rehatkan diri sehari. Nak citer ni, semalam result final exam aku aritu dah keluar. Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Keajaiban telah berlaku. HAHA. Speechless jugaklah aku tengok result sendiri. Sebab result aku berubah daripada yg keluar dekat board department kitorg. Nak jadikan citer, haritu ada satu subjek ni aku dapat A- entah macamana bila result official keluar, tiba-tiba subjek tu aku dapat A. Terkejut sangat2!! Sebab pointer aku pun naik laa. hahahhahaha. yg paling aku excited sangat ni..pointer aku sama dgn crush! Crush yg dah berkurun lama sejak first year. Susah betul aku nak move on. Haih. Tapi adakah ini petanda bahawa kami berjodoh? Adakah ini cuma kebetulan atau satu suratan? (Haktuih) 

          Nampak tak betapa stalkernya aku. Pointer crush aku pun aku tau. Takdelah. Bukannya stalker sangat pun..dah dia yg war-warkan pasal pointer dia kat social media. Tu yg aku tau tu. haha. Kesian crush aku..dia frust menonggeng sebab pointer dia kurang 0.02 je lagi nak dekan (sama macam aku la tu). Tapi gua watlek watpeace je. Maybe sebab pointer aku sama ngn dia kot. Tu yg happy. hahaha. Lagipun, aku bersyukur sangat2 sbb aku tak expect apa2 pun sem ni sbb subjek sume susah gila kot. 

         Tapi sebenarnya, rasa geram jugak lah sikit..last sem kurang 0.01 kali ni kurang 0.02 pulak. Haih takde rezeki nak buat macamana. Kawan aku kata lepas ni dah takde title dean list dah, sebab bila masuk fourth year ni kredit hour tak cukup utk bergelar dekan. haha. Takpelah, alhamdulillah dulu pernah merasa dean list. Bersangka baik dgn Allah, mana tau kalau tiap2 sem aku dapat dean list, pastu aku jadi angkuh, riak, sombong. Sebab tu Allah tak bagi. Syukur :)

        Yang penting aku bangga sangat dgn crush aku! Tehehe. Susah tau nak jumpa lelaki pandai ni. Lagi2 orang yg aktif sangat macam dia. Dahlah hensem, ramah, aktif, pandai. Gituuuuu. Bak kata si dia, yg dapat dekan pun tak semestinya rezeki dia melimpah ruah bila dah grad nanti. Apa-apapun percayalah pada allah, have faith in Him. Dia tau segala-galanya yg terbaik utk hamba-Nya. 

teringat pulak zaman dulu-dulu waktu bertentang mata dgn crush, waktu seakan berhenti, senyum terukir di bibir , matamu seakan berbicara. (sila muntah :p) hahaha. i miss that moment. 

Comments

Popular posts from this blog

Matrikulasi VS Asasi

COMMON SENSE

Rupa VS Personaliti