Saturday, 5 July 2014

Ramadhan Datang Lagi !

Assalamualaikum semua, 

Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke-7 kita berpuasa. Syukur. Semoga kita semua mampu menahan diri daripada lapar, dahaga serta perkara-perkara yg membatalkan puasa. Dalam masa yg sama, jangan lupa kawal nafsu ye kawan2. Kalau beli makanan untuk berbuka tu berpada-pada. Jangan membazir. Jangan lupa jugak solat terawih. :)

Nak kongsi sikit ni, disebabkan hari ni off day..takde lab posting, so aku pun berehat jelah kat bilik. Pastu gatal2 tangan bukak youtube, entah camana terjumpa satu video ni. 

Hafiz Indonesia 2014 | Musa 5,5 Tahun Hafal 29 Juz | Membuat Semua Juri Menangis dan cium tangan


Mohon kawan2 tengok ye. Rasa sebak sangat aku tengok video ni. Tatau kenapa. Pertama, aku kagum sangat dengan budak 5 tahun ni. Hebat sangat dia mampu hafal 29 juzuk al-quran, aku waktu kecik macam dia..masih lagi main2. Waktu tu sembahyang pun ikut2 orang tapi tak reti baca pun. Kedua, aku sedih dengan diri sendiri. Malu sangat rasa. Kita yg dah besar ni, dah dewasa..nak hafal 1 juzuk al-quran pun payah. Menitis air mata jugaklah aku tengok video ni, betapa lemahnya aku sebagai hamba Allah. Hmmmmm. Tapi takpe, aku akan jadikan adik ni sebagai motivasi untuk aku berubah menjadi insan yg lebih baik. Inshaallah aku pun nak cuba menghafal sikit2. 

Tu sajalah untuk entry kali ni, semoga Allah bukakan pintu hati kita semua untuk sentiasa berubah kearah kebaikan dan sentiasa beriman kepada-Nya. Aamin. Selamat berpuasa kawan2 :) byeeee
 

No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda disini. thanks. :)