Thursday, 17 July 2014

TIPS RESULT CEMERLANG

Assalamualaikum...

Salam ramadhan, hari ni aku nak share sikit tips yg aku petik daripada laman luahan UM bagaimana untuk mendapatkan result yg cemerlang. Sekadar perkongsian akan kuselitkan juga pengalaman aku sendiri. Bukan nak membangga diri tapi sekadar berkongsi ilmu.

1. Jangan menganjing lecturer/cikgu lebih-lebih nanti ilmu tak berkat.

Yang ni aku sokong sangat2! Berdasarkan experience aku sebelum-sebelum ni..kalau aku benci atau kutuk mana2 lecturer, mesti result aku untuk subjek tu tak berapa bagus sangat. Sejak tu aku dah mula remind diri sendiri untuk belajar menyukai semua lecturer yg ajar aku. Kalau aku tak berapa berkenan pun..aku diam jelah. Kalau tak berkenan dgn cara dia mengajar pun..aku malas nak kutuk, mengata. Biarkan je. Kadang2 aku perati kawan2 aku, kalau benci lecturer, memang kutuk2 habis-habisan. Macam2 kata-kata kesat keluar. Kesian lecturer tu, penat dia mengajar..awak kata bukan2 kat dia. Cuba awak berada kat tempat dia..pandai ke nak bagi semorang paham apa yg awak ajar? RENUNG-RENUNGKANLAH

2. Setiap hari baca al-quran at least one page beserta maksud.

Okay tips yg ni sangat berkesan untuk aku. Aku ni boleh dikategorikan sebagai manusia yg biasa-biasa je, tak alim sangat. Iman pun kejap naik kejap turun. Dulu..kadang2 lepas balik kelas, maghrib tu malas ngaji. Tapi sejak dah setahun ni, sejak third year, aku amalkan..macamana pun jadi..aku mesti baca quran lepas maghrib satu muka surat pun takpe. Alhamdulillah, result aku untuk 2 sem ni maintain..sikit lagi nak dekan. Hati aku pun rasa tenang sangat. Kadang2 waktu kita sedih, kecewa ke, bila kita baca al-quran..maksud tafsiran al-quran tu seolah-olah menjawab segala persoalan kita. Bagi kita semangat.

3. Jangan pernah skip class.

Haaaa..ini sangat penting. Aku taktau la orang lain camana tapi kalau aku skip class, seharian tulah dibelenggu rasa bersalah. Sebab tu aku jarang skip class. Tak kesah la korang bangun lambat ke hape ke..yg penting datang kelas. Tunjuk muka. Paham ke tak paham ke lecturer ajar apa belakang citer. Yang penting usaha. Allah suka orang yg berusaha. Ilmu pun berkat. Inshaallah.

4. Kalau rajin buat solat dhuha.

Tips yg terakhir ni aku tak pernah buat lagi. Inshaallah akan kucuba sem depan. Mana tau rezeki nak dapat result lagi cemerlang sem depan. hihi.

Akhir kata, result cemerlang kadang-kadang bukan hanya bergantung pada kaedah pembelajaran semata-mata, tapi hal-hal kecik dan dianggap remeh nilah selalu yg menghalang kita daripada mendapat result cemerlang. Muhabasah diri, perbetulkan mana salah silap. Inshaallah kita semua berjaya dunia akhirat.

No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda disini. thanks. :)