kau tipu aku?

eh lu tipu gua? memang makan kaki la wehhh...

minta maaf agak kasar di situ. kahkah. 

aku nak buat pengakuan sikit kat blog ni yg sebenarnya aku dah banyak kali kena tipu tanpa aku sedari. Almaklumlah rosnadia rosli ni memang cepat percaya kat kata2 org. Even baru kenal sekejap pun aku dah percaya. Puiiih..sekarang tak lagi la. Aku pun taktahu apa masalah aku padahal selama ni dah banyak kali kena tipu tapi still tak sedar diri lagi. HAHA. 
******

SCENE 1

sedang aku belajar di meja study atau lebih tepat lagi di Kolej Matrikulasi N9..tiba-tiba
beep2..1 message received (tipu je tu bunyi msg aku sedap sikit) 

"salam, awak ni sapa ye? berani2 kacau laki saya"
WTH? Boyfriend orang pun gua tak berani nak usha ini kan laki org.


Berderau darah aku masa dapat mesej daripada no. tak dikenali tersebut. Satu bilik jadi ribut pasal mesej tersebut. Kemudian ayuni bilik depan pula muncul. Pantas mereka tolong me'reply'kan. Aku hanya mampu terdiam di tepi. Dok pikir-pikir laki sapa pulak yang aku kacau ni.


Tak lama lepas tu kami berbalas-balas mesej dengan isteri orang tu...tiba-tiba

"saya puan siti nazira.."
NAZIRAAAAA!!! budak aras aku rupanya! puiii..baru aku sedar yg aku telah di'prank'.
Sejak hari tu, terus aku jadi semakin rapat dengan beliau. Kata beliau "tu lahh..lain kali save no. aku".


*****


SCENE 2

Juga di matrik..
sedang aku sedap melayan FACEBOOK..
POPP


Acip kawan akak aku..tiba2 chat ngn aku. Tak pernah2..


"eh, aku nampak gambar kau ngan akak kau kat satu laman web ni."
ahhh..dah sudah. Gambar apa pulak ni?
gelabah dah gua. Terus call kaklong. sekali lagi bilik aku jadi ribut. Ayuni seperti biasa mesti enterprem.
Paling tak tahan..aku sampai nak demam. Okayy lawak gila.


Sejam lepastu..baru aku sedar aku diprank sekali lagi.


*****

SCENE 3

Masih menetap di matrik.
handphoneku berdering.
0177****** is calling.. no. tak dikenali.


aku memang tak suka angkat fon orang tak kenal ni lantas DIRA terus merampas telefon itu daripadaku.
Dia hanya terdiam. Lalu memaki hamun pemanggil itu. Tanpa ragu-ragu, aku grab fon ku lalu bertanya siapakah gerangan pemanggil tersebut.


"saya ni kakak si *****. awak ni awek dia ke?" kata perempuan tersebut bernada marah.
aku hanya terpaku. terkedu. terkujat. lagi sekali jantungku berdegup kencang. EHHH? bila masanya aku ada boyfriend pulak ni. si ***** tu pun aku tak kenal. Aku hanya mampu mendengar cacian si kakak tadi tanpa berkata apa-apa. Si Dira yg tadinya panas hati terus merampas kembali fon daripada aku.


Aku kata kat dira, aku tak kenal laki tu pun. Lantas Dira terus sambung marah pemanggil tersebut sambil membela rosnadia rosli yg kononnya kudus ini lalu mereka bertekak.


Tak lama kemudian, pemanggil itu mahu berbicara dgn denganku. Suaranya bergetar-getar macam nak nangis.


katanya "nadia, ni aku lah..."
ku detect suara itu dgn lajunya.
okay. "farahin? "
HAHAHAHAHA


Berani2 farahin prank aku di malam yg sunyi itu bersempena hari jadi kawannya di kmj. Masalahnya aku tak terasa pun. Si Dira tu..sampai trauma dibuatnya. HAHA. The best scene ever. Farahin memang sgt hebat bab-bab menipu ni. Aku dah lali dah. Haha. Tapi kesian kat dira lah sebab yg kena maki tu dia. HOHO.


*****


SCENE 4

Di rumah nenek lepas abis matrik.
beep2..1 messege received (aku dah kata tu bukan bunyi msg aku!)


nadia..minta maaf lah aku taknak tapi aku terpaksa ikut kehendak mak bapak aku. Dorg nak jodohkan aku. Aku nak bertunang dah ** hb ni..kau datang tau?
Sentap gila. Dapat msg daripada siti ayuni. Kali ni dia pula jadi watak utama. Aku pun terus beriya-iya bagi mesej nasihat semangat dan sebagainya kat beliau. Terus mesej nad pulak. Siap plan nak pegi rumah ayuni lagi. Berita pertunangan ayuni telah menjadi perbualan heboh di rumah nenekku.


Tapi apakan daya..entah bagaimana sudah kulupa. Rupa-rupanya pertunangan siti ayuni itu hanyalah dusta belaka. Aku ditipu sekali lagi.


kenapa aku senang ditipu? Oh tidak!!  


-to be continued-


GAMBAR INI TIADA KAITAN ANTARA YG HIDUP MAHUPUN YG MATI

Comments

  1. hahaha... klako la...
    sbb tuh jgn t'lalu p'cye kn org sgt...

    *peringatan tuk ko n aq gak hehehe

    ReplyDelete
  2. haha. lepas ni memang aku tak percaya laaah. hahaha XD

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda disini. thanks. :)

Popular posts from this blog

Matrikulasi VS Asasi

Rupa VS Personaliti

COMMON SENSE