Kehidupan di Unversiti

                Alhamdulillah syukur kepada Allah. Sedar tak sedar dah setahun aku bergelar mahasiswa universiti malaya dan dengan jayanya aku telah tamat pengajian sebagai pelajar 1st year tempoh hari. Sekarang ni tgah cuti semester. hoho. Itulah yg paling seronok! aku juga telah merasa kehidupan di universiti yg selama ini digelar syurga dunia. Kalau zaman dulu..ingat lagi..cikgu2 semua kata..dan org2 semua pun kata life kat U la yg paling indah. Tapi actually aku belum rasa lagi bende tu. HAHA.

              Pada akulah bila dah bergelar mahasiswa ni kann..banyak aspek yg sememangkan berbeza daripada apa yg aku bayangkan selama ni. Tapi yg memang xboleh dilupakan masa 1st time nak daftar sebagai pelajar UM. First time in my life tiba2 aku menangis pulak masa nak register tu. Adoii kelakar sungguh. Time kat matrik dulu tak pulak..sedangkan tu kali pertama aku tinggalkan rumah. Rilek je. xnangis even rindu kat rumah pun tak. HAHA. Waktu MHS/ orientasi tu aku rasa paling sebak sekali. Sayu je rasa. sebab aku teramat2 lah boring dan sesungguhnya aku benci perasaan tu sebab aku xkenal seorang pun kat kolej tu. Cisss..memaki hamun je time tu. hoho. Pastu dok jeles ngn budak2 pasum sebab diorg dah kenal sesama diorg..dan diorg majoriti kat situ. Sapalah aku ni. budak matrik je pun. :(

             Tapi tu masa orientasi je..sehinggalah aku mula kenal sorg demi sorg makhluk2 kat kolej tu dan coursemate2 aku. Aku dah boleh adapt dgn environment kat situ dan sampai semester 2 ni alhamdulillah hidup lagi aku. hahaha. Aku macam dah paham pulak perangai semua org. Macam2 org aku jumpa kat UM ni. Dan sememangnya berbeza ngn org2 yg aku kenal sebelum ni. Memanglah semua org ada perangai yg berbeza2 kan. Tapi sebenarnya apa yg aku boleh kata..pelajar UM atau dengan kata lain..coursemate aku ngn budak2 kolej aku ni (tu je yg aku kenal. haha) semua perangai sepattern je. Dorg ni sgt2 baik dan rajin belajar. 

            Budaya ni aku rasa sgtlah pelik bin ajaib sekali. haha. Almaklumlah aku ni fakulti perubatan dan budak2 kolej aku pun majoriti daripada fakulti perubatan. Mereka sgt2 rajin dan aku sebenarnya culture shock jugak mula2 masuk U ni. HAHA. Mana taknya..aku yg selama ni berhuha2 tiba2 masuk sini semua kuat belajar. Pehhh..tensen jugak mula2. Even tgah free2, ada masa terluang sikit pun..dorg dok bincang pasal pelajaran. hoho. baguskan? hmmmm..aku pun pelik jugak kadang2 dorg ni xreti nak berbual mende lain ke? haha. Budak pandai mmg macam tu kot. Macam xde life pulak kan. Tapi sebenarnya perkara ni lah yg menyebabkan aku semakin rajin belajar sekarang. Taktahu la tapi aku sendiri yg rasa aku makin rajin. Lagi satu, perangai pelajar2 UM ni sgt2 baik. Seriously, diorg semua ni baik gila. Kalau kakak aku gelarkan skema la kot. Aku bersyukur jugak sebab dapat kawan2 macam ni. Kalau tak mesti aku dah rosakkan? HAHA. Nak2 dekat KL lagilah senang je kita nak terjebak dgn benda2 negatif. FUHH..


korang nak tau tak perkara yg sememangnya meleset dgn apa yg aku bayangkan selama ni :

  • Dulu orang pernah kata..kalau kat U ni ko nak dapat A/lulus senang je..bodek lecturer..tapi sebaliknya yg berlaku aku..istilah bodek lecturer tu xpenah wujud pun kat kos ktorg ni. Markah yg korg dapat 100% atas usaha korg sendiri. Susahhh kot.
  • Kalau org2 kat U mesti kata assignment menimbun lah kan? tapi asal aku rasa selama 2 semester ni aku pnah dapat assignment brapa kali je. Macam boleh dikira. Tapi ni tak termasuk subjek U la. sebab subjek U tu mmg wajib kan. 
  • Dulu org kata..yg penting kat U ni aktif kolej je. confirm dapat stay kolej sem depan tapi hakikatnya..org yg aktif kolej pun xdapat stay sebaliknya org yg xmasuk pape dapat pulak stay kolej. *yg ni kat kolej aku je. haha. masalah dalaman yg sememangnya sukar dirungkaikan.
  • Aku dok bayang makanan kat U sedap gila sebab makanan kat matrik dulu pun dah gila sedap. Tapi hakikatnya aku dapat kolej yg mana makanannya mmg bukan selera aku. Kat rumah pun aku jarang makan telur goreng tau! :(  Dan akibatnya..aku selalu skip makan dan akhirnya..aku yg kurus ni makin kurus tinggal tulang. huwaaa.
  • Dulu aku dok bayang kat U xyah belajar kuat2 macam dulu..tapi hakikatnya..aku jadi makin kuat belajar sebab taknak repeat dan tengok org lain lagi hebat belajar baik laki baik pompuan. Fuh, pressure betul duk fakulti medic ni.
  • Aku dok berangan dulu belajar kat dewan kuliah besar..pastu nak duduk belakang2 macam kat matrik dulu tapi hakikatnya..kami ada Lecture Theatre yg kecik je sebab kitorg sikit. Plus aku duduk barisan hadapan sekali kat kuliah. hahahaha..itu mmg lawak! XD
  • Orang pnah cakap dulu..kat U lah tempat nak cari pasangan, jodoh dan sebagainya tapi apakan semua itu hanyalah tipu belaka. Nak2 kos aku lelaki melayu ada 3 org je. HAHA. 

sebenarnya banyak lagi benda yg aku xcerita..tapi buat masa sekarang ni..ni jelah yg dapat dikongsikan memandangkan post ni pun dah panjang gila. hehe. Insyaallah ada masa aku post lagi ye. Apa yg boleh dirumuskan kat sini. Setakat ni aku xnmpk lagi keindahan hidup di Universiti tapi aku xtahu apa yg akan berlaku 3 tahun lagi. Mungkin time tu aku boleh berkata-kata seperti kebanyakan org yg hidup di U ni paling bahagia. Yang paling penting sekarang ni..aku akan terus menjalani hidup sebagai seorang mahasiswa universiti dan semester depan aku akan masuk 2nd year dan jadi senior. Oyehhh :D

Okay setakat tu sahaja. Assalamualaikum sahabat semua^^


        

Comments

  1. Waa, entry panjang bebenak kali ni ye. tapi siyes ! Interesting. nanti update lah lg okey . ^^

    ReplyDelete
  2. Wow..it was great experiences...if u not busy can u post or tell us about your experiences at matric..maybe it can help for those who had done for their SPM....but the way good luck for your study :)
    #helppeopleisagoodbehaviour

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah. Thank you for your suggestion :)

      Delete
  3. Asslm kak. Saya tengah tunggu panggilan utk ijazah. Ada jugak la berangan nk elajar di UM. Nk tanya, betul ke kt UM ada diskriminasi markah oleh lecturers?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, akak pun tak sure dik, depends on faculty sebenarnya. Tapi jarang dgr kes macam tu. Arini result UPU keluar kan? congrats and good luck in your studies :)

      Delete
    2. Hello! Saya memang budak Pasum tapi saya x tau keadaan kolej budak fakulti medic. Utk persediaan boleh x bgtau satu bilik tu berapa org? Ape je kemudahan yang disediakan? And Kakak duduk dekat kolej kediaman ke 6 Kan?

      Delete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda disini. thanks. :)

Popular posts from this blog

Matrikulasi VS Asasi

Rupa VS Personaliti

COMMON SENSE