Tuesday, 16 August 2011

Pelikkah Korea Utara ???

ASSALAMUALAIKUM...

malam ni aku nk citer serba sedikit mengenai KOREA UTARA yg korg mungkin tak tahu..al maklum laa..sejak dari sekolah dulu aku memang minat gila subjek SEJARAH..hehe. Tibe2 rasa nak tau sgt pasal negara ni. Yelah, aku kan suka sgt lagu2 ngn drama2 korea..tp sume tu dr korea selatan..so mcm mane plak ngn korea utara? Mcm xpernah dgar lgsung apa2 citer pasal korea utara ni kan..Lantaran itu, aku pun google la info pasal korea utara..and inilah hasilnya..


Nama rasmi korea utara ialah Republik Demokratik Rakyat Korea. Dulu korea utara dan korea selatan pernah mnjadi satu negara tetapi terpisah lepas perang dunia ke-2. Korea utara ini boleh digelar sebagai negara paling tertutup di dunia. Mungkin terlalu sedikit yg diketahui dunia tentang kehidupan masyarakat di negara Republik Demokratik Rakyat Korea. 


Berikut adalah beberapa fakta tentang korea utara yg mungkin boleh mengejutkan korg semua:

  • Di korea utara tiada org bersiul
bahkan dikhabarkan byk org korea utara tidak pandai bersiul. Mereka menganggap bahawa 
bersiul adalah hal yg pantang di negara mereka.

  • North korean traffic lady
istilah ini hanya wujud di korea utara khususnya di Pyongyang. Kononnya tiada traffic light di bandar itu dan sebagai gantinya petugas polis yg biasanya wanita ditempatkan bg menggantikan tugas traffic light di jalan.

  • Tidak boleh tulis menggunakan dakwat merah
umumnya dianggap kerana tidak sopan. Di korea utara, dakwat merah hanya digunakan untuk menulis nama2 org yg telah meninggal dunia.

  • ada channel tv khusus yg menayangkan video game
permainan tersebut dipanggil paduk. Permainan ini mirip seperti permainan catur.

  • Tayangan iklan di tv lebih lama berbanding acara utama
seperti yg kita tahu, biasanya waktu iklan lebih sedikit berbanding acara utama. Sebaliknya, hal yg berlaku di korea utara, tempoh iklan lebih lama sampaikan acara utama terasa mcm selingan je.

  • Negara yg banyak loudspeaker
hampir di setiap jalan terdapat byk loudspeaker dengan volume maksimum yg megiklankan pelbagai produk dagangan. Dari bawang sampai produk komputer. Akan tetapi, loudspeaker di sekolah lebih kuat.

  • Tidak menggunakan pisau
Di Korea Utara, orang tidak menggunakan pisau untuk memotong bahan-bahan makanan seperti  sayuran, daging, dan sebagainya. Mereka menggunakan gunting panjang. Korg dapat melihat pemakaian gunting itu saat bersantap di semua restoran di negera itu.

  • Tiada kereta2 buatan jepun
Korea menjadi satu-satunya negara yang tidak memiliki kereta2 buatan jepun yang berkeliaran di jalan-jalan di negara itu. Kereta2 buatan Negara lain pun tidak akan kita jumpai. Semua kereta mesti buatan Korea Utara.

  • Nombor rumah yg pelik
Selalunya kalau rumah kita bernombor 1 maka rumah di sebelah akan bernombor 2. Tapi nombor rumah mengikut urutan seperti itu tidak berlaku di Korea Utara. Contohnya, di sebelah rumah bernombor 1 adalah rumah dengan nombor 88, sementara rumah dengan nombor 2 plak berada kat hujung jalan. Setelah diperhatikan, ternyata penomboran rumah disesuaikan dengan usia rumah tersebut. Sebuah rumah yang berusia paling tua yang terletak di sebuah jalan maka rumah itu akan diberi nombor 1. Rumah dengan nombor 2 adalah rumah yang dibangun setelah rumah yang bernombor 1 tadi. Begitulah seterusnya.



  • Media Korea Utara
Media massa di negara tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh Kim Jong-il, Pemimpin Agung Korea Utara.
Informasi dijaga ketat, sama ada ke luar atau ke dalam Korea Utara. Perlembagaan Korea Utara menjamin kebebasan berpendapat  tetapi kenyataannya, pemerintah melarang pelaksanaan hak-hak ini. Reporters Without Borders pada tahun 2008 menggolongkan media di Korea Utara dlm ranking 172 dari 173, atas dari Eritrea.







cara perbarisan di korea utara yang unik

 Apa yg pasti, kita tak mungkin akan didedahkan mengenai korea utara memandangkan negara tersebut cenderung terpisah daripada publication. Info ini pun telah diketahui oleh  Ian Scot, blogger asal negera Barat yg cuba mengunjungi 100 negara di berbagai belahan dunia. Diantara negara-negara yang dikunjunginya, Ian merencanakan tinggal atau menetap lama di 20 negara. Dan salah satunya adalah Korea Utara.


PELIK ATAUPUN TIDAK...KORANG NILAI LA SENDIRI !


sumber : ian-englishmanabroad.blogspot.com.
 darkroastedblend.com. 

1 comment:

  1. aneh jugak..
    nasib baik malaysia x begitu..lau x xhidup aku..
    hohoho..:p

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda disini. thanks. :)