WARKAH UNTUKMU SAHABAT!

Dear sahabat, 

                 Assalamualaikum...aku harap kau sihat2 belaka. Ohh bukan harap..tapi aku nampak kau makin sihat sekarang. Makin bahagia. Makin bertenaga dan tak sedih lagi macam dulu. Alhamdulillah. Aku happy tengok kau happy. Serius. Kalau kau nak tahu, sejak kau muncul dalam hidup aku lebih kurang setahun lalu. Aku rasa happy. Sebab kita sekepala. Lagi satu sebab benda yg kau pikir selalunya sama dgn aku. Apa yg orang tak sedar, kau sedar. Aku lagi la sedar. Sebab aku suka perhatikan sekeliling. haha. 

                Tapi...sebenarnya aku pun sedar...kau datang kat aku sebab kau nak minta pertolongan aku. Kau nak suruh aku bantu kau. Selamatkan persahabatan kau dgn si dia yg semakin bergolak ketika tu. Aku tolong pun ikhlas. Sebab aku kesian gila kat kau..macamana dia boleh tetiba putuskan persahabatan korang macam tu je without any valid reasons. 

                 Aku bagi nasihat macam2 kat kau..boleh kata setiap hari jugak aku bg kata-kata semangat kat kau. Kau terlalu lemah sahabat. Kau tak boleh hidup tanpa dia. Tapi lama kelamaan aku tgk kau dah mula kebal. Tak serapuh dulu. Sesi kaunseling ni pun berterusanlah sampai ke cuti semester 2nd year. Waktu cuti pun kau terus menghantui aku dgn kisah sedih kau tu. Aku tak kesah pun sebenarnya..walaupun aku sebenarnya dah muak dengar rintihan kau. Tapi sebabkan aku sayangkan kau. Aku gagahi juga terus positifkan kau dgn segala kata-kata semangat yg aku ada. 

              Entah macam mana...kita jadi semakin rapat. Aku selalu share kat kau citer2 hidup aku. Sampai crush aku siapa pun kau tahu. Yang ni aku tak penah bagitau sesiapa pun. Kau la yg 1st. Lepas tu, kita masuk 3rd year..waktu tu kau dan si dia masih belum berbaik. Walaupun korang sudah berkomunikasi sedikit. Kau tetap jugak try nak berbaik dgn dia. Tapi perjalanan tu masih jauh lagi. 

             Kemudian....kau mengikut jejakku mengambil kelas bahasa. Kelas yg sangat seronok bagi aku. Tapi selalu yg aku tak boleh lupa..sebelum pergi kelas aku akan lepak kat bilik kau. Sambil nak tido, kita akan berdiskusi macam2 benda. Luahan hati dan sebagainya. Aku suka sangat. Sebab aku jarang nak share citer dgn orang. Sebab selalunya org malas nak dgr citer aku. 

             Bila kita ke PORT DICKSON dgn coursemate ramai2. Malam tu pun aku ada share something kat kau..pandangan aku pasal coursemates kita. Sebab kau sibuk sangat nak tahu. Aku pun bagitau la. Tapi aku pun taktau aku patut kasitau kau ke tak. Sebab byk rahsia yg aku tau tapi takde org yg tau. Hmmm. Lepas tu, setelah macam2 perkara terjadi masa sem 1. Entah bagaimana, aku lupaa..kau telah pun berbaik dgn si dia. 

            Masuk semester 2, kau betul2 mula rapat kembali dgn si dia. Kali ni bukan rapat biasa. Tetapi terlebih rapat daripada dulu sehingga langsung tak boleh berenggang. Kau mula tinggal di kamarku. Tido bersama si dia setiap hari dan meninggalkan roomatemu sendirian di kolej. Kemana-mana kau mesti bersama si dia. Dalam kau tak sedar, kau mula mengenepikan aku dari hidup kau. Mungkin kau tak sedar kerana terlalu gembira, tetapi aku rasa kehilangan kau. Sebenarnya jauh di lubuk hatiku, banyak sangat benda aku nak share dgn kau. Terlalu banyak aku memendam sampai kadang2 aku lupa nak cakap benda tu. Dan akhirnya, aku tak cakap langsung. Tapi satu benda yg buat aku tersentap. Kau lupa janji kau. Janji manismu dulu...mungkin kau pun sudah lupa janjimu padaku. 

           Kini....kau semakin menjauh, aku juga semakin menyepikan diri. Kalau kau perasan, aku dah kurang bercakap berbanding dulu. Bukan terasa hati...cuma terpikir sesuatu. Siapakah aku ini di matamu? Bila kau susah..kau cari aku..tapi bila kau senang..kau terus campak aku. Adakah kau hanya pergunakan aku sahabat? Adakah itu nilaiku sahabat? Kenapa kau tega ketepikan orang-orang yg menyayangi kau seperti aku dan roomatemu demi si dia? Kenapa sahabat? 

          Akhir kata, terima kasih atas segala memori indah yg kau beri padaku. Semoga kau bahagia selalu sahabat. Aku sentiasa doakan yg terbaik utk kau. Aku rindukan kita yg dulu. Walaupun aku mungkin tidak bernilai di matamu tapi kau sangat bernilai di mataku. Wahai sahabat, i love you forever :)




Luahan hati,
RR






Comments

  1. Saya sangat sebak membaca entry awak kali ni . Sangat sedih . Saya faham apa yang awak rasa :') ianya sangat menyakitkan kan ? Tapi saya tau,awak seorang yang kuat dan tabah . Allah beri dugaan kepada orang yang kuat dan mampu menghadapinya walaupun perit . Awak memang seorabg yang kuat. Akhir kata,janganlah hilang segala-galanya hanya kerana satu sahabat yang tidak menghargaimu,masih ramai lagi sahabat yang suka berkawan denganmu . Buka lah mata,bukalah hati . Lihat dunia . Assalamualaikum :)

    ReplyDelete
  2. Sabar nadia, waktu akan mengubati semua kedukaan hati mu walau pun memori lama tak dapat dilupakan. Aku sedang menghadapi keadaan yg sama dengan dirimu skng jd aku faham bagaimana perasaanmu. Ingatlah, semua ini milik Allah. Dis yg memberi, dan dia punya hak utk menarik kembali. Tetapi pasti utk kebaikan mu jua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Allah tau apa yg terbaik untuk hamba-Nya. Stay strong!

      Delete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda disini. thanks. :)

Popular posts from this blog

Matrikulasi VS Asasi

Rupa VS Personaliti

COMMON SENSE